Paling Popular

Vlogging Semperna Hari Kemerdekaan - matluthfi's 90

MAJALAH BPCP [Video]

Selain kita meraikan Hari Raya Aidilfitri, tidak dilupakan kedatangan 31 Ogos. Hari Kemerdekaan Negara kita. Jadi dalam post kali ini tauke share video dari vlogger iaitu mathluthfi's 90. Video yang mengingatkan kita agar hidup bersatu padu tidak mengira kaum, bangsa dan agama. Layan....



Selamat Menyambut Hari Kemerdekan ke 54 dari Budget PCpart
Tag : ,

Majalah Full Circle Edisi 52 Dah Keluar

OS BAJET/UBUNTU


Majalah Percuma yang memberikan info berkenaan Ubuntu iaitu Majalah Full Circle telah mengeluarkan edisi terbaru iaitu edisi #52 dan boleh dimuat turun disini.

Menarik Dalam Edisi #52:
* Command and Conquer.
* How-To : Program in Python - Part 26, LibreOffice - Part 7, Ubuntu Development - Part 4, GRAMPS - Part 1, and Ubuntu For Business & Education.
* Linux Lab - ZoneMinder CCTV - Part 1.
* Review - Chrombook.
* I Think - Would you like to see an audio editing series with Audacity?
plus: Ubuntu Games, My Story, and much much more!

Dapatkanya sementara masih panas!
http://fullcirclemagazine.org/issue-52

Lagu wajib Bila Raya - Suasana Hari Raya

MAJALAH BPCP [Video]

Kalau hari raya mesti lagu ni antara yang wajib dimainkan di corong-corong radio kan? Lagu ni adalah salah satu lagu favourite tauke. Bila dengar lagu ni, mesti dah terbayang suasana hari raya tu walaupun lambat lagi raya.


Mula-mula dengar lagu ni tak sangka Anuar Zain salah sorang penyanyi lagu ni. Suara macam perempuan.
Tag : ,

BPCP Update Dari Bumi Johor @ Salam Lebaran

KATA TAUKE BENGKEL


Pada tahun ini tauke akan meraikan hari raya aidilfitri di bumi Johor. Tauke yang merupakan orang Perak, merantau ke Selangor dan berkahwin dengan pilihan hati dari Johor Agak sedih kerana buat pertama kalinya hari lebaran nanti tidak diraikan di Perak. Tetapi adalah menjadi lumrah apabila hidup berpasangan untuk saling memahami antara satu sama lain. Tauke dan isteri tauke meggunakan konsep yanga sama seperti orang yang kahwin jauh yang lain iaitu "mengikut giliran". Kalau tahun lepas dah di Perak tahun ni di Johor la pulak kan.

Jadi dikesempatan ini tauke ingin memohon maaf sekiranya ada membuat sebarang kesilapan kepada semua pengunjung Budget-PCpart. Semoga anda terus menjadikan Budget PCpart sebagai Pit Stop Komputer Anda. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

p/s - Kad raya tu tauke carik je kat Google image, pinjam yer pada yang design tu.. Tak sempat nak design  sendiri sebab kat johor ni tauke blogging guna laptop yang tak ada photoshop.

Ulangtahun Ke 20 Linux Hari Ini

OS BAJET

Hari ini Linux menyambut ulang tahun ke 20 kewujudannya. Diasaskan oleh Linus Torvalds yang mencipta Linux ini bermula dari sekadar hobi atau suka-suka tetapi kini Linux telah memberikan pelbagai impak yang besar dalam dunia perkomputeran terutamanya internet.

Semperna ulang tahun mereka Linux Foundation telah mengeluarkan poster infografik berikut yang menunjukkan sejauh mana Linux telah berkembang. (Bahasa Inggeris, tak faham tanya je tauke kat komen)


Tauke tak ada hand phone Android tapi desktop PC tauke ada Ubuntu, yang juga merupakan OS Linux. Tak sabar rasanya nak cuba Ubuntu 11.04. 49 Hari lagi.
Tag : , ,

Steve Jobs Letak Jawatan CEO Apple

MAJALAH BPCP


Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple telah melepaskan jawatannya selaku CEO hari ini. Berikut adalah kandungan email darinya yang dihantar kepada stafnya:

I have always said if there ever came a day when I could no longer meet my duties and expectations as Apple's CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come.

I hereby resign as CEO of Apple. I would like to serve, if the Board sees fit, as Chairman of the Board, director and Apple employee.

As far as my successor goes, I strongly recommend that we execute our succession plan and name Tim Cook as CEO of Apple.

I believe Apple's brightest and most innovative days are ahead of it. And I look forward to watching and contributing to its success in a new role.

I have made some of the best friends of my life at Apple, and I thank you all for the many years of being able to work alongside you.

Steve
Terdapat khabar angin yang menyatakan Steve Jobs berbuat demikian kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Bagaimanapun Steve Jobs sentiasa bersedia untuk mencurahkan segala idea kreatifnya dengan jawatan barunya selaku Pengerusi Lembaga Pengarah. Tim Cook telah disahkan sebagai pengantinya. Boleh baca berita pengesahan itu disini.

Sumber: Geeksaresexy
Tag : ,

Dynamic View - Papar Blog Anda Dengan Cara Yang Sungguh Dynamic

BPCP TUTORIAL

Nak tengok blog Budget PCpart dengan cara yang lebih mudah, menarik dan dinamik? Klik disini atau pilih "Koleksi Post" pada Menu BPCP di atas. Macam mana? Best tak?


Gambar di atas merupakan paparan templete Dynamic View dari Blogger yang membolehkan anda memaparkan blog anda atau mana-mana blog yang anda suka cara style template yang mengkagumkan. Paparan yang ditunjukkan adalah dalam style Flipcard, mudah untuk korang tengok keseluruhan blog post tauke. Korang juga boleh menukar style blog itu dipaparkan dengan memilih pada butang Flipcard itu dan tukar kepada style kesukaan korang lain seperti Mosaic, Sidebar, Snapshot dan Timeline. Di bawah adalah snapshot post tauke dalam style-style yang berbeza.

Mosaic
Flipcard
Sidebar
Snapshot
Timeline
Untuk memaparkan blog korang dalam cara yang sama, pergi ke Dynamic View Tauke, pilih drop down icon sebelah header blog tauke tu dan masukkan alamat blog korang.


X-Man First Class - Kelas Geng X Man Yang Pertama

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Update di Budget PCpart sedikit merudum sebab internet connection tauke menjadi slow akibat aktiviti download filem. Filem terbaru yang ingin tauke review kali ini ialah "X-Man First Class".

Ramai yang agak hampa dengan sekuel terbaru X-Man ini dan beranggapan jalan cerita serta aksinya adalah pada tahap biasa. Pada pandangan tauke lakonannya memang agak kaku kerana pelakonnya seolah-olah terlalu bergantung kepada skrip. Namun tauke yang meminati kartun X-Man sejak kecil serta sangat suka sains genetik kesan belajar Biologi dulu tetap merasakan X-Man First Class ni mantap..! Baca selanjutnya untuk review dari tauke.

Filem ini mengisahkan permulaan sejarah bermulanya Geng X-Man dan juga kumpulan yang protagonis iaitu geng Magneto. Bukan geng bas sekolah. Filem ini berlatar belakangkan zaman perang nuklear antara Rusia dan Amerika Syarikat. Watak yang memainkan peranan utama dalam filem ini ialah Profesor Xavier dan Erik Lehnsher. Mereka lebih dikenali dengan Profesor X dan Magneto. Sejarah hitam magneto dimana ibunya dibunuh menyebabkan dia membesar dengan menyimpan perasaan ingin membalas dendam terhadap pembunuh ibunya iaitu Sebastian Shaw, seorang mutan yang juga mempunyai kuasa yang hebat. Sebastian Shaw yang obses dengan kuasanya yang mampu menyerap sebarang jenis kuasa termasuk kuasa nuklear mempunyai misi jahat ingin mencetuskan perang nuklear antara Amerika dan Rusia.
Magneto
Kalau korang ingat sejarah perang nuklear Amerika dan Rusia berlaku bertahun-tahun, tapi masing-masing takut untuk melancarkan nuklear mereka. Hanya sekadar ugut dengan mengacukan nuklear antara satu sama lain. Cerita ni ambil sejarah perang nuklear tu la.. tapi dalam cerita ini Sebastian Shaw cuba untuk mempengaruhi kedua-dua negara untuk melancarkan nuklear mereka. Bukan setakat acu jer. Antara plot cerita yang penting dalam filem ini ialah bagaimana pendedahan tentang wujudnya mutan yang mempunyai pelbagai kuasa kepada umum. Sebelum ini mutan-mutan ini menyembunyikan kuasa mereka.

Di pertengahan cerita, Profesor X dan Magneto merupakan satu geng yang mempunyai misi yang sama iaitu ingin menumpaskan Shaw dan pasukannya. Tetapi di pengakhiran cerita, mereka berpecah kerana Magneto beranggapan manusia tidak akan dapat menerima kewujudan mutan dan ingin mempertahankan golongan itu. Profesor X pula yakin manusia memerlukan kewujudan dan bantuan dari mutan-mutan ini.

Bintang: 3.5/5
Tag : ,

Sejak 2009, Post Baru Cecah 101 @ Follower Baru 45

KATA TAUKE BENGKEL


Hari ini dalam sejarah, sedar tak sedar post tauke dah mencecah angka 101. Walaupun dah catat sejarah diri tauke tetapi agak menyedihkan kerana tauke telah mula berblogging ni sejak Julai 2009 lagi. Kira-kira 2 tahun lebih. Kalau orang lain dah beratus-ratus postnya. Dah tu pulak follower baru jer ada 45 orang. 

Tapi tauke sedar data di atas sebenarnya berpunca dari diri ini juga yang malas nak sentiasa update. Blogging ini memberikat pelbagai manfaat dan kebaikan kepada diri tauke terutamanya dalam meningkatkan kemahiran tauke dalam bidang pengkomputeran ini. Oleh itu tauke akan teruskan usaha dan atas dasar minat tauke untuk berkongsi maklumat-maklumat berharga yang ada dalam kepala dan update dunia perkomputeran hari ini dengan tema utama iaitu "Bajet". Tauke sangat berterima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog tauke. Kalau blog tauke best beritahulah kawan, kalau tak best beritahulah tauke. Tauke tambah apa patut bagi cukup rasa...

Asus NVIDIA GT520 - Grafik Kad Bajet Yang Low Profile Tapi Sempoi

GAJET BAJET


Baru-baru ini tauke ada membaiki sebuah Desktop PC kawan tauke. Yang rosaknya adalah kad grafik. Jadi tauke mencadangkan padanya Asus NVIDIA GT520. Kad grafik kategori low-end@bajet tapi sempoi.

Sejak menggunakan Ubuntu tauke telah serik untuk menggunakan kad grafik yang berteraskan ATI Radeon. Belum ada driver stabil untuk model ATI Radeon dalam platform Ubuntu. Banyak fungsi menarik Ubuntu seperti 3D cube, fire effect, water effect dan lain-lain tidak berfungsi jika anda menggunakan kad grafik ATI. Tapi NVIDIA sebaliknya, tiada masalah.



Kad Grafik Asus NVIDIA GT520 merupakan gabungan antara kualiti grafik dan baik dan profil yang sederhana. Dengan heat-sink tanpa kipas, kad ini adalah sangat senyap dan heat-sinknya meliputi hampir keseluruhan peranti pada kad tersebut mengelakkannya dari kepanasan melampau dan sekaligus mengekalkan prestasinya.  

Port DVI, HDMI dan Dual DVI

Didatangkan dengan memori DDR3 bersaiz 1Gb menjadikannya begitu lancar dan efisyen. Dengan port HDMI yang terdapat padanya ia boleh menokong Full HD 1080p dan port Dual Link DVI sesuai dengan kebanyakkan display terkini dengan resolisi sehingga 2560x1600. Kad ini sesuai untuk Gaming, serta mempercepatkan proses edit video atau gambar.

Kad ini tauke beli dengan harga RM190.
Tag : , , ,

The Sicko @ Wayang BPCP

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Korang pernah tengok tak certa "John Q" lakonan Danzel Washington? Filem yang mengisahkan seorang bapa yang sanggup merampas hospital kerana menuntuk supaya anaknya yang sakit jantung diberi organ jantung yang baru. Anaknya tidak diberi keutamaan untuk mendapat jantung baru hanya kerana ayahnya tidak mempunyai insuran kesihatan. Rupa-rupanya apa yang berlaku dalam cerita tersebut memang benar-benar terjadi seperti yang ditunjukkan dalam filem berbentuk dokumentari iaitu "The Sicko". Cerita ni dah lama tauke download, tapi baru tengok tadi sebab ingatkan bosan sebab cerita dokumentari, rupanya menarik juga. 


Secara keseluruhannya The Sicko mengisahkan tentang keburukan "Health Sosialisme System" atau "Penswastaan kesihatan" yang terdapat di Amerika Syarikat hari ini. Memang macam cerita John Q tu., siapa ada insuran kesihatan sahaja yang akan menerima rawatan percuma dan diberikan keutamaan walaupun di hospital kerajaan. Walaupun begitu, pemegang insuran kesihatan juga tiada jaminan boleh mendapat tuntutan sekiranya mereka memerlukan wang untuk rawatan penyakit kronik. Pihak insuran akan cuba memanipulasi perjanjian insuran selagi boleh sehingga ke tahap memberi rasuah kepada doktor supaya menulis laporan yang tidak benar berkenaan penuntut insuran.

Dalam cerita ini juga, pengarah turut membandingkan sistem perubatan di Amerika Syarikat dengan negara lain. Dan penemuannya sangat menarik. Tauke merumuskan secara ringkas perbezaan tersebut:
Orang British gelak lepas Micheal Moore tanya bayaran yang
dikenakan. Jawab mereka, Pecuma..
  • Canada - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma
  • Britain - Memang terbaik! Sama gak macam Canada, yang lebih dahsyatnya boleh claim duit untuk perjalanan ke Hospital. Harga ubat di kedai farmasi USD10 tak kiralah ubat paling mahal pun dan percuma untuk golongan tertentu.
  • Perancis - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma. Turut ditunjukkan kerajaan Perancis turut menyediakan pembantu rumah percuma kepada golongan tua dan ibu tunggal.
  • Cuba - Negara miskin, bekas jajahan Amerika Syarikat. Rawatan perubatan? Percuma!.
 Semoga negara kita mengkaji sebaik mungkin sebelum melakukan penswastaan dalam prasaranan dan kemudahan-kemudahan tertentu. Ini adalah penting untuk mengelakkan kita dari senasib dengan Amerika Syarikat.

Tag : ,

Integrate IDM Selepas Update Kepada Firefox 6

BPCP TUTORIAL


Sekiranya korang menggunakan Internet Download Manager dan menghadapi masalah seperti tauke iaitu link pop-up untuk muat turun file dari YouTube tidak lagi muncul selepas update Firefox kepada versi 6, tauke telah berjaya menemui penyelesaian kepada masalah tersebut.  Korang boleh intergrate kembali IDM dengan mengikuti cara yang diajar di laman ini: http://www.internetdownloadmanager.com/support/firefox_integration.html

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -