Paling Popular

Ogos 23, 2011

GAJET BAJET


Baru-baru ini tauke ada membaiki sebuah Desktop PC kawan tauke. Yang rosaknya adalah kad grafik. Jadi tauke mencadangkan padanya Asus NVIDIA GT520. Kad grafik kategori low-end@bajet tapi sempoi.

Sejak menggunakan Ubuntu tauke telah serik untuk menggunakan kad grafik yang berteraskan ATI Radeon. Belum ada driver stabil untuk model ATI Radeon dalam platform Ubuntu. Banyak fungsi menarik Ubuntu seperti 3D cube, fire effect, water effect dan lain-lain tidak berfungsi jika anda menggunakan kad grafik ATI. Tapi NVIDIA sebaliknya, tiada masalah.



Kad Grafik Asus NVIDIA GT520 merupakan gabungan antara kualiti grafik dan baik dan profil yang sederhana. Dengan heat-sink tanpa kipas, kad ini adalah sangat senyap dan heat-sinknya meliputi hampir keseluruhan peranti pada kad tersebut mengelakkannya dari kepanasan melampau dan sekaligus mengekalkan prestasinya.  

Port DVI, HDMI dan Dual DVI

Didatangkan dengan memori DDR3 bersaiz 1Gb menjadikannya begitu lancar dan efisyen. Dengan port HDMI yang terdapat padanya ia boleh menokong Full HD 1080p dan port Dual Link DVI sesuai dengan kebanyakkan display terkini dengan resolisi sehingga 2560x1600. Kad ini sesuai untuk Gaming, serta mempercepatkan proses edit video atau gambar.

Kad ini tauke beli dengan harga RM190.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -