Paling Popular

Ogos 19, 2011

DARI BENGKEL TAUKE

Semalam tauke baiki komputer member. dalam post ini tauke tunjukkan bagaimana untuk membaiki komputer DIY. Tak perlu hantar kedai kalau dah boleh repair sendiri. Korang rasa kenapa komputer ni kat display dia keluar macam dalam gambar di atas? Hipotesis awal tauke, selalunya masalah ini berlaku sama ada berpunca dari Graphic Card atau mainboard yang bermasalah. Tapi menurut kawan tauke, dia kata hard disk dia rosak. Sebab masuk windows boleh tapi akan "Freeze@Hang". Ok, takpe jom tengok macam mana tauke check komputer ni.

Disebabkan tauke merasakan kerosakan ini berpunca dari video accelaratonya ataupun graphic cardnya jadi tauke buka casing dan tauke tanggal grapic card komputer ini. Kemudian tauke sambung cabel monitor pada VGA asal yang terdapat pada mainboard komputer ini.
Disebabkan, kemungkinan komputer ini telah diset untuk display utamanya adalah graphic card tadi jadi tauke mengambil langkah selamat dengan reset jumper mainboard supaya display yang akan didetect nanti adalah VGA asal mainboard. "ON" balik komputer  dan hasilnya seperti berikut.

Masalah selesai!!.. Jadi betullah disebabkan oleh graphic card tadi. Tak sampai 15 minit tauke repair komputer ni. Senang tak. Ni gambar graphic card yang bermasalah tadi untuk tatapan korang.
nVIDIA GF8500GT
Namun VGA asal komputer ini adalah standard Intel Graphic biasa. Jadi tak boleh la kawan tauke nak main game ynag tinggi grafiknya. Jadi tauke sarankan padanya untuk beli yang baru jika nak main game-game macam tu. Tapi kalau takat nak main Angry Bird sepatunya tiada masalah.
Disebabkan kawan tauke tu cakap hard disk dia dikhuatiri rosak, tauke check juga hard disk dia. Macam mana tauke check? Nanti tauke tunjuk dalam post lepas ini Bagaimana untuk check Hard Disk anda dengan Ubuntu 11.04. 

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -