Memaparkan catatan dengan label Dari Bengkel Tauke. Papar semua catatan
"Overhaul" Laptop Semata-mata Nak Tukar Hard Disk
DARI BENGKEL TAUKE
Laptop model Dell N4010 adalah antara model yang kena fikir dua kali kalau nak membelinya. Memang designnya cantik dan tauke yakin ketahanan laptop Dell ni tapi model N4010 agak mengecewakan sebab menjadi masalah besar pula bila nak menukar hard disknya andainya rosak atau kita nak "Upgrade". Mana taknya, tiada bukaan di bahagian bawah tempat hard disk tu ditempatkan. Untuk menukar hard disknya yang terletak di bawah mainboard tu kena buka terus semua, dengan erti kata lain overhaul terus. Apa..daa.. (Baca selanjutnya untuk lihat proses overhaul tu)
Laptop ni adik tauke yang punya. Hard disk dia penuh "bad cluster", katanya sebab pernah jatuh hari tu. Kebetulan ada hard disk spare tak guna. Tauke pun tolonglah tukarkan hardisk tu. Tapi yang mengejutkan, setelah lama membelek-belek laptop ni, tauke tak jumpa pun bukaan untuk tukar hard disk tu. Yang ada tempat nak tukar RAM. Tauke pun buatlah survey di internet. Rupa-rupanya model ni memang tak ada bukaan untuk tukar hard disk tu.
Kalau nak tukar hard disk, kena buka semua. Kena keluarkan semua skru yang ada, buka keyboard, bracket, dan akhir sekali buka mainboard barulah jumpa hard disk tu.
Hard Disk ada bawah mainboard tu. |
Tapi nasib baik model dell ni bagi tauke sangatlah mudah kalau nak di Overhaulkan. Tak seperti model lain, kebanyakkan skrunya bersaiz standard jadi tak adalah masalah tersalah skru sampai "loose". Selain itu, segala komponen seperti mainboard, kipas dan sebagainya dipasang agar mudah untuk diselenggara. Nasib baik tak sesukar yang disangka.
Proses tukar hard disk berjaya! |
Tapi sebaiknya Dell kenalah letak bukaan untuk hard disk, barulah senang orang nak selenggara. Disebabkan ini markah untuk model Dell ni tauke tolak 50 markah daripada seratus. Siapa yang nak beli model ini perlu pertimbangkan dulu masalah tiada bukaan untuk hard disk ni. Andai kata korang nak repair sendiri laptop ini boleh muat turun manualnya disini atau kunjungi Facebook Pagenya disini.
p/s - Tauke hanya mengambil masa 1 jam 20 minit overhaul laptop ini. Dahsyat tak? Hehe..
Tag :
Dari Bengkel Tauke,
BPCP Kini Unifi-ed!
DARI BENGKEL TAUKE
Akhirnya.. Kini segala post yang diasilkan di Budget PCpart adalah dikuasakan oleh Unifi..! Hehe.. Bukan dorang sponsor pun, cuma tauke baru je rembat Unifi ni.. Memang laju la Unifi ni. Tauke ambil pakej VIP 5. Ni hasil test speed di Speedtest.net:
Ok la kalau download tu dapat 4.72mbps. Ikut kata orang TM kelajuan tu bergantung dengan jarak tiang fibre optik tu dengan rumah. Tapi tauke hanya mengambil masa kurang 10 minit jer untuk muat turun movie bersaiz 700mb berbanding sebelum ni 1 jam lebih kalau broadband 3G tauke tak kena troutle lagi. Memas puas hati la.
Router Modem yang TM berikan tu pun best jugak. Ada banyak port untuk LAN dan ada wireless lagi. Jenama D-link yang memang terkenal dengan perkakasan "Networking". Dulu tauke pasang Streamyx memang cap ayam jer Modemnya. Sekejap je pakai problem. Kena kilat terus out.
Kalau korang nak tahu, VIP tu adalah singkatan untuk Video+Internet+Phone. Jadi selain internet, tauke juga boleh tengok TV kabel melaui Set Top Box dan boleh buat panggilan telefon melaui Dect Phone yang disertakan. Ni gambar Set Top Box dengan Dect Phone tu:
TV kabel dari TM yang dikenali" HyppTV" ada semua channel TV1 sampai TV9 dan macam-macam channel tambahan yang lain. Buat masa ni promosi dari TM, TV tambahan tu adalah percuma sehingga 1 bulan. Lepas tu kena bayar mengikut pakej kalau nak tengok lagi. Antara fungsi yang best Hypp Tv ni ialah ianya tiada masalah walaupun hujan atau awan mendung sekalipun. Tak macam Astrxx tu la. Hujan je putus. Selain tu sekiranya anda mempunyai TV yang menyokong HDMI technology boleh sambung Set Top Box tu dengan HDMI kabel yang diberi percuma. Gambar memang cantik samapai nampak jerawatlah.
Selaku Die Heart Fan Ubuntu, tauke akan ceritakan kelebihan menggunakan Ubuntu ni dengan sokongan Unifi baru tauke tu dalam post yang akan datang.

Linux,
Sesuatu Yang Baru di Budget PC Part
DARI BENGKEL TAUKE
Dari bengkel tauke, tauke akan membawakan sesuatu yang baru di Budget PC part pada 25 September 2011 ini. Ada apa ya? Nak tahu apa? Layarilah blog Budget PC part pada tarikh tersebut.
Untuk kemudahan korang tauke telah meletakkan gadjet timer yang menunjukkan jumlah masa yang tinggal sebelum 25 September 2011. Boleh lihat di atas, bawah header blog.
Nantikan 25/09/2011..!
Tag :
Dari Bengkel Tauke,
Menguji Kabel HDMI Baru - Jerawat Pun Nampak
DARI BENGKEL TAUKE
Video ini adalah format .avi biasa bersaiz 580 x 312. Video ini kelihatan biasa sahaja tak nampak pun HD.
Video ini pula adalah format .flv, download dari youtube. Lagi nampak tak cantik dan pecah-pecah.
Anda hanya mendapat video yang betul HD sekiranya video itu juga adalah bersaiz sekurang-kurangnya 700p seperti video ini.
Dalam post kali ini tauke nak berkongsi dengan korang ilmu dan dapatan baru yang tauke dapat setelah memasang kabel HDMI pada komputer tauke. Cuba korang lihat "capture screen" di atas, capture tersebut diambil dari filem Surrogates bersaiz 1264 x 528 dari komputer tauke. Jelas tak muka Bruce Wills sehingga jerawat dan kedutnya jelas kelihatan.(Kalau korang nak tengok lebih jelas klik pada gambar). Inilah yang diperolehi setelah tauke menggunakan teknologi HDMI.
LCV TV Sony, Resolusi 1080i HD |
Untuk mendapatkan hasil seperti komputer tauke pada komputer korang, kedua-dua komputer dan skrin monitor mestilah mempunyai port untuk hubungan HDMI. Kad grafik tauke iaitu ATI Radon HD 4500 telah didatangkan dengan port HDMI ini. Tauke menggunakan LCD TV tauke iaitu Sony Bravia 32" sebagai skrin paparan yang mempunyai port HDMI dan boleh menyokong resolusi HD sehingga 1080p. Walaupun grafik kad tauke juga boleh menyokong sehingga 1080p tetapi komputer tauke menjadi sangkut-sangkut apabila disetkan ke resolusi 1080p, tetapi tiada masalah apabila ditukar kepada 1080i. 1080p dan 1080i tidak banyak bezanya kena kedua-duanya adalah resolusi 1920 x 1080. Namun 1080p dikatakan lebih baik untuk skrin seperti HDTV seperti tauke. Nak tahu lanjut boleh baca disini.
Sebenarnya, walaupun korang menggunakan teknologi HDMI ini namun kualiti video yang anda tonton itu tak semestinya cantik. Ia bergantung pada saiz video anda. Sebagai contoh lihat capture screen video di bawah.
Video ini adalah format .avi biasa bersaiz 580 x 312. Video ini kelihatan biasa sahaja tak nampak pun HD.
Video ini pula adalah format .flv, download dari youtube. Lagi nampak tak cantik dan pecah-pecah.
Anda hanya mendapat video yang betul HD sekiranya video itu juga adalah bersaiz sekurang-kurangnya 700p seperti video ini.
Selepas menggunakan kabel HDMI ini, tauke hanya muat turun video di youtube yang beresolusi HD. Walaupun besar tapi kualiti video memang cantik. Teknologi HDMI ini memang best. Menonton filem menjadi lebih menghiburkan dan memuaskan dengan teknologi ini..
Tag :
Dari Bengkel Tauke,
Latest Update - Berjaya Install Ati Driver di Ubuntu
DARI BENGKEL TAUKE
Akhirnya berjaya juga install ATI driver yang stabil untuk Ubuntu...
Sebenarnya Ubuntu dah ada dah driver untuk sokong kad grafik ATI ni. Tapi yang open source punya, dipanggil flglx driver. Tapi kebanyakkan kad grafik ati yang terkini tidak berfungsi dengan baik. Namun Ubuntu turut menyediakan fungsi untuk memuat turun driver dari pengeluar ATI ni namun tauke dah cuba, crash pulak grafik tauke.
Akhirnya baru-baru ini tauke cuba buat sedikit kajian di internet. Tauke cyba install secara manual driver ATI tauke dari website ATI. Akhirnya berjaya...
Lepas ni tauke nak try install fire effect di Ubuntu. Mesti mengancamlah..
Tag :
Dari Bengkel Tauke,
Linux,
Dari Bengkel Tauke - Membaiki Komputer Rosak? DIY
DARI BENGKEL TAUKE
Semalam tauke baiki komputer member. dalam post ini tauke tunjukkan bagaimana untuk membaiki komputer DIY. Tak perlu hantar kedai kalau dah boleh repair sendiri. Korang rasa kenapa komputer ni kat display dia keluar macam dalam gambar di atas? Hipotesis awal tauke, selalunya masalah ini berlaku sama ada berpunca dari Graphic Card atau mainboard yang bermasalah. Tapi menurut kawan tauke, dia kata hard disk dia rosak. Sebab masuk windows boleh tapi akan "Freeze@Hang". Ok, takpe jom tengok macam mana tauke check komputer ni.
Disebabkan tauke merasakan kerosakan ini berpunca dari video accelaratonya ataupun graphic cardnya jadi tauke buka casing dan tauke tanggal grapic card komputer ini. Kemudian tauke sambung cabel monitor pada VGA asal yang terdapat pada mainboard komputer ini.
Disebabkan, kemungkinan komputer ini telah diset untuk display utamanya adalah graphic card tadi jadi tauke mengambil langkah selamat dengan reset jumper mainboard supaya display yang akan didetect nanti adalah VGA asal mainboard. "ON" balik komputer dan hasilnya seperti berikut.
Masalah selesai!!.. Jadi betullah disebabkan oleh graphic card tadi. Tak sampai 15 minit tauke repair komputer ni. Senang tak. Ni gambar graphic card yang bermasalah tadi untuk tatapan korang.
nVIDIA GF8500GT |
Namun VGA asal komputer ini adalah standard Intel Graphic biasa. Jadi tak boleh la kawan tauke nak main game ynag tinggi grafiknya. Jadi tauke sarankan padanya untuk beli yang baru jika nak main game-game macam tu. Tapi kalau takat nak main Angry Bird sepatunya tiada masalah.
Disebabkan kawan tauke tu cakap hard disk dia dikhuatiri rosak, tauke check juga hard disk dia. Macam mana tauke check? Nanti tauke tunjuk dalam post lepas ini Bagaimana untuk check Hard Disk anda dengan Ubuntu 11.04.
Tag :
Dari Bengkel Tauke,
Linux,
Buat Sendiri Home Teathre System Budget Anda
DARI BENGKEL TAUKE
Home Teathe System Tauke - Klik Untuk Besarkan |
Perbezaan Home Teathre System Tauke dan Home teathre yang beli di kedai, selain dari harganya lebih murah. Ia mempunyai lebih banyak kegunaan. Bukan setakat nak tengok filem malah, main game, internet dan sebagainya. Dan kegunaan asasnya iaitu menonton TV mestilah boleh.
Untuk menghasilkan home teathre system tauke ini, tauke menggunakan cpu computer yang tauke ada dan sambungkan ke LCD TV dengan menggunakan HDMI cable tauke. Kebetulan graphic card tauke dah sedia ada Port HDMI dan TV tu pun ada. Harga HDMI cable sekarang ni ada yang murah dan ada yang mahal. Lagi mahal lagi bagus. Tapi tauke punya RM60 pun dah puas hati. Speaker yang tauke gunakan pada asalnya adalah yang besar macam dalam gambar tu. Pakai karoker system, tapi dah rosak. Ampplifier dia out. Jadi tauke guna speaker Sonicgear Ego 2.1, harganya RM40. Walaupun kecil tapi bunyi dia puas hati juga lah. Tauke turut sambungkan pada TV tauke gadget yang dipanggil RMVB player yang membolehkan tauke menonton filem kegemaran tauke secara terus dari external hard disk tanpa perlu membuka komputer tauke. Support banyak format bukan sahaja RMVB malah avi, wav, mp3 pun boleh. Harganya RM99. Tauke beli waktu zaman bujang dulu. Set komputer desktop tauke pula yang disambungkan kepada TV ini memudahkan tauke untuk menonton filem tauke secara terus atau membuka DVD dari pemacu DVDnya. Tak perlu beli DVD player. Dan komputer inilah yang tauke guna untuk main game, internet dan sebagainya. Anggaran harga keseluruhan Home Teathre ini adalah dalam RM1,600 tak termasuk LCD TV tu.
Nanti kalau ada budget lebih, tauke nak tukar TV yang lebih besar.
Tag :
Dari Bengkel Tauke,
CD Ubuntu Pertama Tauke
DARI BENGKEL TAUKE
Tadi waktu tengah cari CD cerita lama tauke, selak-selak CD folder tu tauke terjumpa CD Ubuntu lama versi 5.10 yang Tauke dapat lepas order secara percuma dari Shipit, anak syarikat Carnocal yang menaja Ubuntu ni. Time tu tauke saja-saja order 5 keping, memang dapat 5 keping dorang hantar terus ke rumah dari Amerika Syarikat. Tapi, untuk makluman semua Shipit telah ditamatkan dan antara alasan ia ditutup ialah kerana internet hari ini dah laju. Jadi kalau nak Ubuntu ni dorang cakap suruh download jer. Namun,waktu ni tauke masih belum jatuh cinta dengan Ubuntu ni lagi sebab masih banyak kelemahan dan kekurangan. Tauke lebih berminat dengan distrubution Linux yang lain iaitu Mepis.Apa pun CD ini akan Tauke simpan menjadi kenangan. Mengingatkan Tauke bagaimana mula-mula berjinak dengan Ubuntu ni.