Paling Popular

Disember 02, 2011

DARI BENGKEL TAUKE

Akhirnya.. Kini segala post yang diasilkan di Budget PCpart adalah dikuasakan oleh Unifi..! Hehe.. Bukan dorang sponsor pun, cuma tauke baru je rembat Unifi ni.. Memang laju la Unifi ni. Tauke ambil pakej VIP 5. Ni hasil test speed di Speedtest.net:
Ok la kalau download tu dapat 4.72mbps. Ikut kata orang TM kelajuan tu bergantung dengan jarak tiang fibre optik tu dengan rumah. Tapi tauke hanya mengambil masa kurang 10 minit jer untuk muat turun movie bersaiz 700mb berbanding sebelum ni 1 jam lebih kalau broadband 3G tauke tak kena troutle lagi. Memas puas hati la.

Router Modem yang TM berikan tu pun best jugak. Ada banyak port untuk LAN dan ada wireless lagi. Jenama D-link yang memang terkenal dengan perkakasan "Networking". Dulu tauke pasang Streamyx memang cap ayam jer Modemnya. Sekejap je pakai problem. Kena kilat terus out.

Kalau korang nak tahu, VIP tu adalah singkatan untuk Video+Internet+Phone. Jadi selain internet, tauke juga boleh tengok TV kabel melaui Set Top Box dan boleh buat panggilan telefon melaui Dect Phone yang disertakan. Ni gambar Set Top Box dengan Dect Phone tu:


TV kabel dari TM yang dikenali" HyppTV" ada semua channel TV1 sampai TV9 dan macam-macam channel tambahan yang lain. Buat masa ni promosi dari TM, TV tambahan tu adalah percuma sehingga 1 bulan. Lepas tu kena bayar mengikut pakej kalau nak tengok lagi. Antara fungsi yang best Hypp Tv ni ialah ianya tiada masalah walaupun hujan atau awan mendung sekalipun. Tak macam Astrxx tu la. Hujan je putus. Selain tu sekiranya anda mempunyai TV yang menyokong HDMI technology boleh sambung Set Top Box tu dengan HDMI kabel yang diberi percuma. Gambar memang cantik samapai nampak jerawatlah.

Selaku Die Heart Fan Ubuntu, tauke akan ceritakan kelebihan menggunakan Ubuntu ni dengan sokongan Unifi baru tauke tu dalam post yang akan datang.

5 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Memang best. Berdesup..

  2. Unknown says:

    Masalah gak sekarang ni. Kena beli hard disk lagi ar nampaknya. Download sampai nak penuh dah..

  3. Jack says:

    Power siot. Satu langkah ke hadapan. Berapa kos permulaan? Bayaran bulanan?

  4. Unknown says:

    Sekarang ni promosi.. apply online dapat pemasangan bernilai RM1000 percuma. Tp takleh cayer, tauke raser free sampai biler2.. sebab kalo RM1000 saper nak pasang kan..? Tauke ambik VIP5. RM149 bayar sebulan.. Maklumat lanjut pegi sini-> TM Unifi

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -