Paling Popular

Tutoral - Papar Sarikata (subtitle) Pada Filem Yang Dimuat Turun

BPCP TUTORIAL (PC)


Kepada kaki tengok filem di komputer, kadangkala kalau tengok filem bahasa Inggeris adalah lebih mudah difahami jalan cerita filem tersebut sekiranya ada sarikata (Subtitle) tak kiralah dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tetapi, seringkali filem yang dimuat turun tidak disertakan dengan sarikata.  Dalam tutorial ini Tauke akan tunjukkan 2 cara untuk muat turun sarikata tersebut dan memaparkan pada filem yang ditonton.

CARA 1 - Menggunakan "Media Player Classic".

1. Buka perisian "Media Player Classic" anda.
(Jika belum pernah instal boleh muat-turun disini)

2. Buka atau mainkan video/filem anda. Klik butang "pause" agar anda tak terlepas sebarang adegan dalam filem itu.

3. Pergi ke File > Subtitle Database > Download. Tunggu sebentar. Tidak berapa lama kemudian segala sarikata yang bersesuaian dengan filem anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah. (sekiranya tiada mungkin filem anda terlalu baru atau boleh cuba CARA 2 di bawah)

 4. Sekarang, pilih sarikata yang mempunyai nama file uploader yang sama seperti filem anda. Sebagai contoh di dalam gambar di atas, nama file filem yang hendak ditonton tauke ialah "Europa.Report.2013.720p.BluRay.x264.YIFY", jadi filem ini diupload oleh YIFY, jadi pilih sarikata yang mempunyai nama file YIFY. 
Sekiranya keliru atau tidak ada sarikata dengan nama uploader filem tersebut anda boleh teka sahaja mana-mana yang mungkin betul asalkan bahasanya adalah Inggeris atau bahasa pilihan anda. Tetapi kemungkinan "timing" sarikata itu mungkin lari seperti terlalu lambat atau terlalu cepat sekiranya bukan uploader yang sama. Bergantung pada nasib.
Hasilnya adalah seperti gambar di bawah:

CARA 2 - Muat turun sarikata di Subscence.com

Cara ini agak sukar kalau tak biasa tetapi mudah dipelajari. Dengan cara ini sarikata yang dimuat turun boleh dimainkan dengan kebanyakkan pemain/perisian video.

1. Mula-mula layari laman Subscence.com disini.

2. Di ruang "Subtitle Search" taip judul filem anda. Kemudian klik butang Subtitle Search.

3. Keputusan carian akan dipaparkan. Selalunya keputusan yang paling tepat adalah dibawah tajuk "Exact". Dalam gambar memang paling tepat untuk sarikat yang tauke cari "Europa Report (2013)" kerana filem itu dikeluarkan pada tahun 2013. Klik pada judul yang anda rasakan paling tepat itu.


4. Sekarang, pilih sarikata yang mempunyai nama yang sama atau hampir sama dengan file anda. Lebih-lebih lagi nama uploader filem itu. Sebgai contoh  nama file filem yang hendak ditonton tauke ialah "Europa.Report.2013.720p.BluRay.x264.YIFY", jadi filem ini diupload oleh YIFY, jadi pilih sarikata yang mempunyai nama file YIFY.
5. Butang "Download" akan dipaparkan. Klik pada butang tersebut.

6. Sekarang buka lokasi file yang anda muat turun tadi. File yang dimuat turun itu biasanya format .zip. "Copy" file tersebut. Kemudian pindah file itu ke dalam folder yang sama dengan filem anda.

7. Extract file .zip tadi dan satu file dengan extention .srt akan dipaparkan. File tersebut adalah sarikata filem tersebut.

8. Pastikan nama file sarikata itu sama dengan file anda kecuali extention (.srt) dibelakangnya. Jangan padam .srt itu. Sekiranya sama cuba buka dengan pemain video anda. Sarikata akan dipaparkan.

* Jika tidak  dipaparkan kemungkinan nama file sarikata anda tidak sama dengan file filem anda seperti gambar di bawah. Tukar nama file sarikata anda supaya sama  dengan file anda dengan cara "Rename".

 Nama file sarikata dan video anda kini sama. Cuba cuba buka dengan pemain video anda.
* Sekiranya sarikata masih lagi tidak dipaparkan, kemungkinan besar anda tidak Install codec untuk subtitle pada kumputer anda. Boleh install disini.
Tag : , ,

Timb. Menteri Kewangan - 14.6 Juta Pengguna Perbankan Internet di Malaysia

Info BPCP


Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, pengguna perbankan internet di negara kita kini telah mencapai 14.3 juta individu mewakili 49.1%  atau hampir separuh dari populasi penduduk di negara kita. Peningkatan jumlah pengguna perbankan di negara Malaysia didorong oleh peningkatan penggunaan telefon pintar dan tablet oleh penduduk negara ini.

Menurut Ahmad Maslan, bulan Mac tahun hadapan, cawangan bank-bank di negara ini akan menyediakan kiosk perbankan internet bagi menggalakkan penggunaannya. (Sumber)

Namun Tauke ingin mengingatkan agar pengguna perbankkan internet sentiasa mengambil langkah berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan perbankkan internet. Antara yang banyak berlaku hari ini ialah penipuan di laman scam yang meniru atau mirip dengan laman perbankkan internet yang sebenar. Pengguna harus berhati-hati dengan memastikan alamat laman perbankan yang dikunjungi adalah betul dan bank yang sebenar.

"Imej Keselamatan Unik" - antara ciri keselamatan di kebanyakkan laman perbankan internet.
Kebanyakkan laman perbankan juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tertentu bagi memastikan pengguna tidak tertipu seperti memaparkan Imej Keselamatan Unik sebelum pengguna mereka log masuk ke akaun mereka. Antara ciri keselamatan yang lain adalah seperti pelanggan perlu memasukkan kod TAG keselamatan yang dihantar ke telefon mereka melalui pesanan ringkas. Laman-laman perbankan internet itu sendiri sentiasa memberi panduan atau maklumat terbaru berkenaan penipuan yang melibatkan perbankan internet serta memberi tip untuk mengelakkan dari pelanggan mereka ditipu.

Ciri-ciri keselamatan sebeginilah yang meyakinkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan internet dan seterusnya mendorong peningkatan jumlah penggunannya di negara ini. Selain itu perkhidmatan ini memudahkan pelanggan bank masing-masing melakukan transaksi atau sebarang bentuk perkhidmatan tanpa perlu keluar rumah. Segalanya dilakukan di hujung jari.
Tag : ,

Video Muzik Kreatif Dari Walk Off The Earth


POPULAR di YOUTUBE

Saksikan video muzik kreatif oleh Kumpulan Muzik yang berasal dari Kanada iaitu "Walk Of The Earth" atau ringkasnya mereka dikenali dengan WOTE. Cover Muzik video mereka yang mengambil lagu "Somebody I Used to Know" oleh penyanyi asal Gotye dinyanyikan semula dengan sebuah gitar tetapi dipetik oleh 5 orang ahli kumpulan ini. Muzik video ini telah ditonton lebih 153 juta kali dan telah menaikkan kumpulan WOTE ini.


Di bawah muzik video terbaru yang tidak kurang kreatifnya:


Nak tengok video muzik yang lain kumpulan ini boleh ke saluran Youtube WOTE disini.
Tag : ,

Tron (1982) - Warna 108,000 Frame Dengan Tangan Untuk Hasilkan Kesan CGI

Majalah BPCP

  
Tahukah anda filem asal Tron yang dibikin pada tahun 1982 sebenarnya dirakam dengan warna hitam dan putih sahaja? Untuk menghasilkan kesan-kesan seperti apa yang dipanggil "CGI effect" hari ini mereka mewarnakan secara manual "Roll" filem ini dengan tangan menggunakan teknik yang sama seperti nak membuat cerita kartun.
Bahagian-bahagian tertentu dari filem yang dirakam dipotong dan dibuat sekurang-kurangnya 4 salinan. Salinan pertama adalah salinan hitam dan putih. Salinan kedua dimasukkan elemen warna badan. Salinan ketiga dan yang paling menonjol diletakkan warna bercahaya ataupun "Glow" dan akhir sekali dimasukkan elemen muka. Salinan salinan ini kemudian ditindihkan menjadi satu. Maka terhasillah effect cahaya macam CGI tu.


Hasil akhir
Tapi bayangkanlah, itu baru satu bahagian frame filem yang bersaiz 14 inchi, nak hasilkan pergerakan dalam filem itu kena siapkan segulung filem. Semua sekali ada kira-kira 108,000 frame. Memang rajinlah siapa yang buat kerja mewarna filem ni. Dikatakan, pihak produksi menggunakan bantuan kartunis dari Taiwan untuk menyiapkan efek filem yang berdurasi 72 minit ini.

Lihat hasil akhir melalui trailer filem ini:

Ujian Kompetensi ICT Guru dan Pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia

INFO BPCP

Berdasarkan surat dari Kementerian Pendidikan bertarikh 24 September 2013, semua guru dan pentadbir sekolah diwajibkan untuk mengambil Ujian Kompentasi ICT di laman sesawang berikut: (http://ict-kpm.azurewebsites.net/default.aspx). Ujian ini dijalankan secara berperingkat mengikut negeri sekolah masing-masing seperti yang tertera di bawah.


    Ujian Kompetensi ICT ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Microsoft. Terdapat 30 soalan beraneka pilihan/objektif yang perlu di jawab dalam masa 40minit.

    Walaupun dah mula dijalankan di Perlis, Perak dan Melaka, tetapi di Klang ini khususnya, warga pendidik masih belum mendapat sebarang maklumat berkenaan ujian berkenaan. Ini berdasarkan kursus Sistem Pengurusan Sekolah yang Tauke pergi siang tadi, guru-guru di Klang masih belum maklum berkenaan ujian ini. Mungkin kerana surat edaran dari KPM itu masih belum sampai. Lagipun ujian untuk negeri Selangor bermula 23 Oktober, jadi masih sempat lagi. Apa-apa pun tunggu dan bersedialah. 

    Lampiran : Surat KPM
    Tag : ,

    Esok Sejarah Tercipta - PMR Terakhir

    KATA TAUKE BENGKEL


    Esok murid-murid tingkatan tiga akan menempuh peperiksaan Penilaian Menegah Rendah atau ringkasannya PMR. Sejarah negara juga bakal tercipta kerana peperiksaan PMR esok adalah yang terakhir berikutan pemansuhannya bermula tahun 2014. 

    Tetapi walaupun peperiksaan ini dimansuhkan, bukanlah bermakna tiada mekanisma untuk menilai pencapaian murid-murid menegah rendah tetapi ia diganti dengan SBA iaitu "Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah". Melalui SBA penilaian terhadap murid-murid tersebut dinilai oleh sekolah masing-masing di bawah pengawasan dan pemantauan Lembaga Peperiksaan. 

    Kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan PMR terakhir bermula esok Tauke ucapkan selamat maju jaya dan tenang menempuhnya.

    Google Jepun - Beli Android Aps Dari "Vending Machine"

    ANDROID

    Di Jepun, hampir segala produk di pasaran dijual dengan menggunakan "Vending Machine". Macam mesin jual air tin di kaki lima tu. Dan yang terbaru Google Jepun mempromosikan vending machine mereka yang menjual game untuk Android.

    Mesin ini menjual game untuk Android versi 4.0 ke atas. Kekangan pada mesin ini ialah ia hanya menjual 18 game sahaja pada satu-satu masa untuk dipilih. Pengguna di Jepun memang gemar menggunakan segala bentuk produk mudah alih sebegini. Kalau letak "vending machine" ni di Malaysia macam mana? Ada orang nak guna tak?
    Tag : ,

    Tutorial - Simpan Data Secara Online Dengan Google Form

    BPCP TUTORIAL


    Antara aplikasi atau laman web yang sangat berguna kepada mereka yang mahu menghasilkan borang untuk menyimpan atau merekod data secara online, Tauke cadangkan "Google Form". Salah satu aplikasi di dalam "Google Drive". Kalau anda biasa menggunakan sistem database seperti Microsoft Access, Goggle Form adalah aplikasi yang hampir sama sepertinya cuma dengan beberapa kekangan dan yang paling utama mestilah kena ada internet. Tetapi sangat mudah untuk menghasilkan sebuah borang dengan Google Form berbanding Access.

    Dalam tutorial ini tauke akan tunjukkan asas-asas untuk menghasilkan sebuah borang mudah dengan Google Form.

    1) Mula-mula anda perlu ke laman Google Drive di sini. Kemudian login dengan akaun google anda. (Kalau tak ada lagi akaun kena daftar)

    2) Selepas masuk ke laman utama google drive. Klik pada butang "CREATE" bewarna merah di bahagian kiri atas. Drop down list akan dipaparkan.. Pilih "Form".

    3) Masukkan tajuk borang anda pada ruang "Title" dan pilih tema (Theme) borang kesukaan anda dengan klik pada tema-tema yang dipaparkan. Kemudian klik ok.
    4) Layout borang akan dipaparkan.

    5) Panduan mengisi "Form Description" seperti berikut:
    • Question Title - Sekiranya anda ingin menjadikan ruang untuk memasukkan nama pengguna, taip "Nama"
    • Help Text - Ayat untuk membantu pengguna memahami apa yang perlu dimasukkan. Sebagai contoh, "Sila Masukkan Nama Anda"

    6) Untuk"Question Type", sila pilih jenis jawapan untuk dimasukkan. Ada banyak. Tapi dalam soalan pertama ni Tauke pilih "Text" dimana pengguna perlu menaip jawapan. Kemudian klik butang "Done". Soalan dan ruang jawapan akan dipaparkan.

    7) Untuk menambah soalan/maklumat yang perlu dimasukkan klik butang "Add Item" dan pilih jenis soalan. Dalam gambar di bawah Tauke dah letak Item "Date" untuk meminta maklumat tarikh lahir dari pengguna.

    8) Setelah selesai menyediakan segala ruang soalan/maklumat yang diperlukan, Pada ruang Confirmation page anda boleh tukar sendiri ayat untuk memberitahu pengguna yang data mereka telah  siap dimasukkan Sebagai contoh tauke tukar ke bahasa Melayu ayat confirmation tu. Klik butang "Send Form" setelah selesai.

    9) Paparan berikut akan dipaparkan. Untuk kongsi borang ini atau meletakkan link pada laman web anda, anda boleh copy link yang diberikan di bawah "Link to share". anda juga boleh terus masukkan email orang yang anda ingin kongsikan atau isi borang anda.


    10) Kalau anda paste link tadi pada address browser anda, anda boleh tengok sendiri borang yang telah anda hasilkan.

    Borang yang dihasilkan dalam tutorial ini secara "defaultnya" boleh dibuka tanpa privasi. Maksudnya semua orang boleh buka dan isi asalkan dapat link borang ini. Tetapi layout borang ini hanya anda sahaja yang boleh tetapkan. Sekiranya anda ingin menyediakan borang yang bersifat sulit seperti akaun peribadi syarikat dan sebagainya, boleh tukar privasi setting borang ini. Tauke akan tunjukkan dalam tutorial akan datang.

    11) Setiap borang yang dibuat akan menghasilkan dua "Table" pada laman utama Google Drive anda. Untuk melihat maklumat yang telah di isi buka "Table" yang ada perkataan (Responses). Dan untuk edit borang anda buka "Table" satu lagi. Dalam gambar di bawah "Table" dengan tajuk Borang Pendaftaran (Responses) untuk melihat maklumat telah di masukkan dan "Table" dengan tajuk Borang Pendaftaran untuk edit borang tadi.

    Selamat Mencuba!


    Meja Terapung - Bukan Silap Mata

    MAJALAH BPCP

    Meja terapung ni bukanlah silap mata, tetapi merupakan aplikasi sains. Meja ini adalah gabungan kiub-kiub yang mempunyai magnet di dalamnya. Pereka meja ini meletakkan medan magnet yang berlainan kutub dan saling menolak antara satu sama lain tetapi tidak berpecah kerana terdapal dawai besi halus yang mengikat kiub-kiub ini. Lihat video di bawah:


    Tengok dari video ni, tauke rasa kalau guna konsep yang sama untuk tilam pun ok juga. Mesti empuk jer. Dari segi jangkahayat magnet dengan spring tauke rasa magnet lagi tahan lama dari spring. Tak pun kalau nak pastikan tenaga magnet tu tak susut, buat magnet guna tenaga elektrik macam landasan keretapi "Maglev" tu.
    Tag : ,

    Mesin Untuk Teleport Seperti Filem Star Wars

    POPULAR di YOUTUBE


    Dalam video youtube ini, mereka menunjukkan kepada orang ramai di sebuah pasaraya kononnya mesin mereka mampu memindahkan orang (teleport) seperti dalam cerita Star Wars tu. Betul ke atau hanya ilusi? Lihatlah sendiri.


    p/s - Ada yang mengatakan pasangan kembar yang memungkinkan ilusi ini berlaku.
    Tag : ,

    Europa Report - Misi Rahsia ke Planet Musytari

    WAYANG BPCP
    *Awas!,Mungkin Spoiler.

    Filem dengan genre fiksyen sains ini secara ringkasnya mengisahkan tentang sekumpulan angkasawan antarabangsa yang menyertai sebuah misi rahsia untuk mencari sama ada terdapat kehidupan di salah satu bulan di planet Musytari.

    Filem ini menggunakan teknik rakaman yang agak popular hari ini, iaitu merakam dengan menggunakan kamera yang seolah-olah secara spontan berada di set. Seperti filem "Chronichle" yang menggunakan "handycam" sepanjang rakaman. Filem Europa Report ini banyak menggunakan kamera yang kononnya adalah kamera yang terdapat pada kapal angkasa yang mereka naik.


    Filem ini mungkin membosankan atau memeningkan bagi sesetengah orang kerana plot ceritanya yang banyak "flash-back" dan agak lembap selain dialognya yang banyak. Tetapi peminat Sains Fiksyen mungkin menikmati filem ini kerana dapat melihat kecanggihan teknologi angkasa lepas yang dipaparkan. Klimak kepada filem ini juga adalah pada penghujungnya. Plot ceritanya juga menarik asalkan sanggup menanti hingga penghujung cerita.

    Pelakon Utama: Daniel Wu, Sharlto Copley, Christian Camargo, Karolina Wydra
    Rating BPCP: 6/10

    Trailer:

    p/s - Filem ni rasanya tak masuk Malaysia.
    Tag : ,

    RAM DDR4 - tahun 2014 untuk Server, dan 2015 untuk PC & Notebooks


    BPCP Info


    OK, siap sedia untuk tukar motherboard. RAM DDR4 dah nak keluar awal tahun depan. Sabar dulu. Awal tahun 2014 RAM DDR4 ini akan keluar hanya untuk versi server. Untuk desktop dan notebook RAM ini hanya akan dikeluarkan pada tahun 2015.

    RAM ini lambat keluar disebabkan pengeluar atau pembangun "hardware" bermain dengan harga pasaran. Ini disebabkan harga RAM DDR3 yang jatuh baru-baru ini, Hal ini juga didorong dengan pasaran komputer "PC" yang jatuh merudum. Di Malaysia, memang harga RAM DDR3 ada turun sedikit, tetapi tak adalah banyak sangat.

    Terdapat pelbagai ciri-ciri baik pada RAM DDR4. Antaranya RAM ini menggunakan elektrik yang kurang sehingga 35 peratus berbanding DDR3. Jadi, ia memanjangkan jangkahayat bateri untuk notebook. Seperti biasa, versi ram yang lebih baru pastinya lebih laju dan mempunyai keupayaan menyimpan memori yang lebih besar. "Clock speed" DDR4 boleh mencapai sehingga 3200Mhz berbanding 2400Mhz untuk DDR3.

    Sumber: PC World
    Tag : , ,

    Gambar-gambar Untuk Penyertaan "Wallpaper Default Ubuntu 13.10"


    UBUNTU


    Begitu cun sekali penyertaan-penyertaan dari "phothographer" atau "designer" untuk menjadikan gambar mereka sebagai wallpaper default Ubuntu 13.10. Anda boleh lihat sendiri di laman Flickr disini. Penyertaan dah pun ditutup. Gambar yang dihantar memang sesuai untuk dijadikan wallpaper bukan sahaja di OS linux malah Windows ataupun Mac OS.

    Tetapi gambar yang dihantar kebanyakkannya adalah gambar yang ditangkap dari kamera-kamera canggih seperti DSLR. Tak banyak gambar direkacipta sendiri menggunakan perisian komputer. Gambar yang dihantar juga kebanyakkannya gamabar alam semulajadi atau cicak rasmi untuk versi Ubuntu 13.04 iaitu "Saucy Salamander". Tauke sendiri sering "edit" gambar-gambar dari wallpaper Ubuntu untuk dijadikan latar belakang banner dan sebagainya. 

    Apapun gambar-gambar ni memang cun. Muat turun di link ini: www.flickr.com/groups/2234951@N20/pool/
    Tag : , ,

    Popular di Youtube - Ylvis, The Fox


    POPULAR di YOUTUBE


    Video klip lagu oleh kumpulan pelawak dari Norway, Ylves menjadi popular sehingga mendapat lebih 60 juta tontonan hari ini. Video klip lagu "The Fox" ini sebenarnya adalah "parody" dan bukanlah kerana Ylves ini ingin serius dalam bidang nyanyian. Parody tu bermaksud buat sekadar nak enjoy-enjoy atau melawak. Dan hasilnya memang lawak sari kata lagu ni. Sampai bahagian "chorus" tu lagi lawak. Macam-macam bunyi musang tu buat. Boleh lawan Psylah mereka ni!


    Sedikit info tentang Ylves ni berdasarkan apa yang tauke tengok di Youtube jugak, mereka ni boleh dikatakan sangat berbakat. Boleh tengok video "Prank" dalam lif yang mereka ni buat. Enjoy..!

    Tag : ,

    Ubuntu 13.10 Beta - Sedia Untuk Dimuat Turun

    UBUNTU


    Untuk pengetahuan semua Ubuntu 13.10 atau nama kodnya Saucy Salamander kini sedia untuk di muat turun. Seperti biasa anda boleh muat turun di lama rasmi Ubuntu disini. Perlu diingatkan ini adalah versi beta dimana OS ini masih dalam proses percubaan dan belum rasmi. Biasanya versi rasmi lebih stabil dan telah ditambah baik selepas maklum balas pengguna. Tapi kalau bukan kita yang "test" dan beri maklum balas tu macam mana nak buat penambahbaikan tu kan? Jadi cubalah.

    Tauke masih belum mencubanya tetapi masih lagi dalam proses muat turun versi ini. Tapi tauke harap kelajuannya haruslah lebih baik dari versi 13.04 dan sokongan untuk peranti grafik ATI/AMD.

    Tauke akan "review" ciri-ciri terbaru Ubuntu 13.10 beta ini dalam post yang akan datang. 

    Video di bawah adalah review dari salah seorang uploader di Youtube.

    Navigasi Pantas

    - Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -