Paling Popular

Oktober 03, 2013

Info BPCP


Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, pengguna perbankan internet di negara kita kini telah mencapai 14.3 juta individu mewakili 49.1%  atau hampir separuh dari populasi penduduk di negara kita. Peningkatan jumlah pengguna perbankan di negara Malaysia didorong oleh peningkatan penggunaan telefon pintar dan tablet oleh penduduk negara ini.

Menurut Ahmad Maslan, bulan Mac tahun hadapan, cawangan bank-bank di negara ini akan menyediakan kiosk perbankan internet bagi menggalakkan penggunaannya. (Sumber)

Namun Tauke ingin mengingatkan agar pengguna perbankkan internet sentiasa mengambil langkah berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan perbankkan internet. Antara yang banyak berlaku hari ini ialah penipuan di laman scam yang meniru atau mirip dengan laman perbankkan internet yang sebenar. Pengguna harus berhati-hati dengan memastikan alamat laman perbankan yang dikunjungi adalah betul dan bank yang sebenar.

"Imej Keselamatan Unik" - antara ciri keselamatan di kebanyakkan laman perbankan internet.
Kebanyakkan laman perbankan juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tertentu bagi memastikan pengguna tidak tertipu seperti memaparkan Imej Keselamatan Unik sebelum pengguna mereka log masuk ke akaun mereka. Antara ciri keselamatan yang lain adalah seperti pelanggan perlu memasukkan kod TAG keselamatan yang dihantar ke telefon mereka melalui pesanan ringkas. Laman-laman perbankan internet itu sendiri sentiasa memberi panduan atau maklumat terbaru berkenaan penipuan yang melibatkan perbankan internet serta memberi tip untuk mengelakkan dari pelanggan mereka ditipu.

Ciri-ciri keselamatan sebeginilah yang meyakinkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan internet dan seterusnya mendorong peningkatan jumlah penggunannya di negara ini. Selain itu perkhidmatan ini memudahkan pelanggan bank masing-masing melakukan transaksi atau sebarang bentuk perkhidmatan tanpa perlu keluar rumah. Segalanya dilakukan di hujung jari.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -