Paling Popular

September 16, 2011

MAJALAH BPCP

Walaupun harganya tidak boleh dikategorikan sebagai bajet, tetapi sekadar info untuk semua, dalam entri kali ini tauke menyenaraikan 5 Kad Grafik paling top di pasaran hari ini berserta sedikit ulasan yang menunjukkan mengapa kad grafik ini dalam kategori "Top 5".

AMD Radeon HD 6950 


Pertingkatan prestasi aplikasi dan pengalaman anda dengan kualiti video terbaik dengan AMD Radeon HD 6950. Ia didatangkan dengan memori DDR5 2 GB yang berkelajuan 160gbps. Kualiti video yang terbaik adalah disebabkan teknologi 40nm dan architecture VLIW4. Ia mempunyai 250MHz Memory Clock dan 800MHz Engine Clock yang melayakkannya  sebagai salah satu grafik kad yang terbaik. Sekiranya monitor anda mempunyai resolusi HD kad grafik ini menyokong sehingga 1080p. Casing fan dia nampak menarik.
Harga: RM 800++

Nvidia GeForce GTS 450


Nvidia GeForce GTS 450 didatangkan dengan saiz yang kecil tetapi padat dengan fungsi-fungsi yang menarik menjadikannya sebagai salah satu kad grafik yang menarik dan ideal. Ia terdiri daripada teknologi 3D Vision yang pasti menawan penggunanya dalam games, foto dan video. Dimensi kad ini yang berukuran 4.376 inchi x 8.25 inchi dan mempunyai 783MHz Graphics Clock dan 1566 MHz Processor Clock yang meningkatkan keupayaan memproses geometri DirectX 11. Menjadikan grafik yang dihasilkan sungguh realistik.
Harga: RM350++ 

AMD Radeon HD 5770  


AMD Redeon HD 5770 boleh dikategorikan sebagai grafik kad yang mesti dimiliki oleh semua Gamer dan pengkritik grafik, Ia membekalkan prestasi terbaik pada harga yang rendah melalui teknologi EyeFinity yang menyokong fungsi multi-screen dengan baik. Ia juga mempunyai kawalan video gaming tersendiri yang boleh diubahsuai mengikut kehendak anda melayakkanya untuk disenaraikan dalam kategori antara kad grafik terbaik buat masa ini.
Harga:  (Sukar didapati di pasaran Malaysia)


 Nvidia GeForce GTX 460 


Teknologi yang didatangkan pada kad grafik ini menyediakan pandangan yang jelas semasa bermain game. Nvidia GeForce GTX 460 mempunyai tujuh multiprocessors dan 675 MHz Graphics Clock serta 1350 MHz Processor Clock. Dengan saiz  4.376 inchi x 8.25inchi ia mempuyai dual slot mengah dengan reputasinya yang tersendiri dalam dunia gaming melalui prestasinya yang terbaik.
Harga: RM450++

Nvidia GeForce GTX 580

Nvidia GeForce GTX 580, kad grafik single GPU yang terpantas, menyediakan memori yang tinggi dan element grafik yang pantas. Menekankan kejelasan grafik dengan kepantasan adalah elemen utamanya. Ia didatangkan dengan 772 MHz graphics clock dan 1544 MHz processor clock dan bersaiz 4.376 inchi x 10.5 inchi. Tetapi awas harganya juga agak mengancam.
Harga: RM1800++

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -