Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Kata Tauke Bengkel. Papar semua catatan

Esok Sejarah Tercipta - PMR Terakhir

KATA TAUKE BENGKEL


Esok murid-murid tingkatan tiga akan menempuh peperiksaan Penilaian Menegah Rendah atau ringkasannya PMR. Sejarah negara juga bakal tercipta kerana peperiksaan PMR esok adalah yang terakhir berikutan pemansuhannya bermula tahun 2014. 

Tetapi walaupun peperiksaan ini dimansuhkan, bukanlah bermakna tiada mekanisma untuk menilai pencapaian murid-murid menegah rendah tetapi ia diganti dengan SBA iaitu "Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah". Melalui SBA penilaian terhadap murid-murid tersebut dinilai oleh sekolah masing-masing di bawah pengawasan dan pemantauan Lembaga Peperiksaan. 

Kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan PMR terakhir bermula esok Tauke ucapkan selamat maju jaya dan tenang menempuhnya.

Cuti Raya di BPCP

KATA TAUKE BENGKEL

Entri kali ini dimulakan dengan menyatakan alasan mengapa dah lama tauke tidak mengemaskini blog ini. Alasannya adalah kerana cuti raya hehe.. Takde la.. sebenaranya penyakit malas yang menguasai diri ini. Tapi pelik jugak la., sebab tahun ini tak banyak dapat jemputan untuk open house berbanding tahun lepas. Tahun lepas sampai terpaksa tolak 2-3 jemputan. Mungkin sebab kegawatan sikit tahun ini. Apa pun lepas ini tauke akan terus membawakan segala info menarik untuk anda.

BPCP Update Dari Bumi Johor @ Salam Lebaran

KATA TAUKE BENGKEL


Pada tahun ini tauke akan meraikan hari raya aidilfitri di bumi Johor. Tauke yang merupakan orang Perak, merantau ke Selangor dan berkahwin dengan pilihan hati dari Johor Agak sedih kerana buat pertama kalinya hari lebaran nanti tidak diraikan di Perak. Tetapi adalah menjadi lumrah apabila hidup berpasangan untuk saling memahami antara satu sama lain. Tauke dan isteri tauke meggunakan konsep yanga sama seperti orang yang kahwin jauh yang lain iaitu "mengikut giliran". Kalau tahun lepas dah di Perak tahun ni di Johor la pulak kan.

Jadi dikesempatan ini tauke ingin memohon maaf sekiranya ada membuat sebarang kesilapan kepada semua pengunjung Budget-PCpart. Semoga anda terus menjadikan Budget PCpart sebagai Pit Stop Komputer Anda. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

p/s - Kad raya tu tauke carik je kat Google image, pinjam yer pada yang design tu.. Tak sempat nak design  sendiri sebab kat johor ni tauke blogging guna laptop yang tak ada photoshop.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -