- Back to Home »
- Dari Bengkel Tauke »
- Buat Sendiri Home Teathre System Budget Anda
Julai 21, 2011
DARI BENGKEL TAUKE
Home Teathe System Tauke - Klik Untuk Besarkan |
Perbezaan Home Teathre System Tauke dan Home teathre yang beli di kedai, selain dari harganya lebih murah. Ia mempunyai lebih banyak kegunaan. Bukan setakat nak tengok filem malah, main game, internet dan sebagainya. Dan kegunaan asasnya iaitu menonton TV mestilah boleh.
Untuk menghasilkan home teathre system tauke ini, tauke menggunakan cpu computer yang tauke ada dan sambungkan ke LCD TV dengan menggunakan HDMI cable tauke. Kebetulan graphic card tauke dah sedia ada Port HDMI dan TV tu pun ada. Harga HDMI cable sekarang ni ada yang murah dan ada yang mahal. Lagi mahal lagi bagus. Tapi tauke punya RM60 pun dah puas hati. Speaker yang tauke gunakan pada asalnya adalah yang besar macam dalam gambar tu. Pakai karoker system, tapi dah rosak. Ampplifier dia out. Jadi tauke guna speaker Sonicgear Ego 2.1, harganya RM40. Walaupun kecil tapi bunyi dia puas hati juga lah. Tauke turut sambungkan pada TV tauke gadget yang dipanggil RMVB player yang membolehkan tauke menonton filem kegemaran tauke secara terus dari external hard disk tanpa perlu membuka komputer tauke. Support banyak format bukan sahaja RMVB malah avi, wav, mp3 pun boleh. Harganya RM99. Tauke beli waktu zaman bujang dulu. Set komputer desktop tauke pula yang disambungkan kepada TV ini memudahkan tauke untuk menonton filem tauke secara terus atau membuka DVD dari pemacu DVDnya. Tak perlu beli DVD player. Dan komputer inilah yang tauke guna untuk main game, internet dan sebagainya. Anggaran harga keseluruhan Home Teathre ini adalah dalam RM1,600 tak termasuk LCD TV tu.
Nanti kalau ada budget lebih, tauke nak tukar TV yang lebih besar.
Catat Ulasan