Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label OS Bajet. Papar semua catatan

Facebook Chat Yang Sungguh Stylo

UBUNTU 
Memang best sekarang ni kalau chat di facebook. Tapi lebih menarik jadinya di Ubuntu. Di ubuntu terdapat software iaitu "Empathy" yang membolehkan anda berhubung terus dengan rakan yang online di facebook anda tanpa perlu membuka sebarang browser. Empathy telah sedia ada sekiranya anda 'install' Ubuntu 11.10. Sekiranya anda menggunakan Unifi seperti tauke, buka sahaja komputer korang terus dihubungkan ke facebook chat secara automatik. 

Interface "Empathy" yang terdapat pada Ubuntu tauke memang menawan di kalbu. Namun ini bukanlah default theme setelah anda install Ubuntu ni. Default themenya adalah seperti gambar di bawah.
Untuk menjadikannya lebih menarik seperti kepunyaan tauke, anda perlu memuat turun Ambience Style untuk Empathy anda. Dengan theme Ambience Style facebook chat anda seakan-akan perisian sistem pesanan ringkas yang terdapat pada telefon pintar seperti iPhone atau android. Terdapat "dialog box" yang menunjukkan gambar orang yang berkomunikasi selain warnanya yang sungguh menarik.

Untuk memasang theme ini pada Empathy anda boleh mengikut langkah berikut:
1) Muat turun theme Ambience Style disini.
2) Extract file .tar.gz yang anda muat turun tadi ke folder berikut:
        .local/share/adium/message-styles/
(sekiranya folder tersembunyi atau tidak kelihatan tekan ctrl+h)
(sekiranya folder adium dan message style tiada, anda boleh buat folder baru dan namakannya)
3) Akhir sekali pilih theme Ambience Style pada preference Empathy anda.

Minitube @ Percuma di Ubuntu, 8.99euro di Windows

UBUNTU

Seperti yang tauke beritahu sebelum ini, tauke akan ceritakan kelebihan menggunakan Ubuntu yang dikuasakan dengan Unifi. Gambar di atas adalah "screenshot" Minitube iaitu software yang memudahkan kita untuk menonton video dari Youtube tanpa perlu membukanya dari browser anda. Antaramukannya adalah sangat User-friendly menjadikannya perisian yang mesti anda miliki. 

Kebanyakkan pengguna smart phone telah pun install aplikasi ini pada telefon mereka, tetapi bagaimana dengan windows anda?


Di windows anda boleh memuat turun perisian ini di laman http://flavio.tordini.org/minitube. Namun yang menyedihkan pengguna windows hanya diberi tempoh percua\baan 30 hari dan perlu membayar 8.99euro atau anggaran RM45++ untuk terus menggunakannya setelah tempoh percubaan itu tamat. Namun anda tidak perlu membayar sesen pun di Ubuntu. Ianya percuma. Tak percaya anda boleh lihat screenshot dari laman minitube tadi:
Untuk Install minitube pada Ubuntu anda, anda boleh ke laman http://flavio.tordini.org/minitube atau install dari Ubuntu Software Center pada Ubuntu anda.Tak perlu bayar apa-apa. Kalau nak bayar jugak boleh derma ikhlas pada tauke.. :)

Dengan bantuan kelajuan Unifi yang baru tauke pasang, menonton video Youtube menggunakan perisian ini adalah sangat meneronokkan. Begitu lancar dan memuaskan. Sebelum ini nampak jugaklah buffering, tapi kini terus dia main kan video pilihan kita. Selain itu, tauke terus set default video size ke size High Definition iaitu 1080p. Jadi minitube akan memainkan video youtube pada size tersebut sekiranya video yang dimainkan menyokong size 1080p. Jika tidak, akan memainkan video pada resolusi yang tertinggi video tersebut. Pengguna Unifi wajib la install perisian ni.

Ubuntu 11.10 - Hanya Satu Hari Sahaja Lagi!

UBUNTU/OS BAJET

Hanya tinggal satu hari sahaja lagi atau lebih tepanya 1 Hari, 14 Jam, 51 minit, 32 saat (pada masa post ini ditulis). Korang boleh tengok live countdown macam dalam gambar diatas tu disini: http://www.thisisthecountdown.com/

Furgh.. tak sabar rasanya.. Dah tau dah bukan drastik sangat perubahan pada versi terbaru ini, tapi versi 11.04 sekarang ni pun dah best dah bagi tauke. Dalam versi 11.04 macam2 bugs team developer ni fixkan dan dikatakan lebih laju. Macam mana yer? apa pun tunggu esok.

P.S. : Mintak2 kapasiti server dia besar supaya tak lambat sangat upgrade. Kalau kat malaysia ni tauke download dari server UPM.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -