Paling Popular

Disember 12, 2011

UBUNTU 
Memang best sekarang ni kalau chat di facebook. Tapi lebih menarik jadinya di Ubuntu. Di ubuntu terdapat software iaitu "Empathy" yang membolehkan anda berhubung terus dengan rakan yang online di facebook anda tanpa perlu membuka sebarang browser. Empathy telah sedia ada sekiranya anda 'install' Ubuntu 11.10. Sekiranya anda menggunakan Unifi seperti tauke, buka sahaja komputer korang terus dihubungkan ke facebook chat secara automatik. 

Interface "Empathy" yang terdapat pada Ubuntu tauke memang menawan di kalbu. Namun ini bukanlah default theme setelah anda install Ubuntu ni. Default themenya adalah seperti gambar di bawah.
Untuk menjadikannya lebih menarik seperti kepunyaan tauke, anda perlu memuat turun Ambience Style untuk Empathy anda. Dengan theme Ambience Style facebook chat anda seakan-akan perisian sistem pesanan ringkas yang terdapat pada telefon pintar seperti iPhone atau android. Terdapat "dialog box" yang menunjukkan gambar orang yang berkomunikasi selain warnanya yang sungguh menarik.

Untuk memasang theme ini pada Empathy anda boleh mengikut langkah berikut:
1) Muat turun theme Ambience Style disini.
2) Extract file .tar.gz yang anda muat turun tadi ke folder berikut:
        .local/share/adium/message-styles/
(sekiranya folder tersembunyi atau tidak kelihatan tekan ctrl+h)
(sekiranya folder adium dan message style tiada, anda boleh buat folder baru dan namakannya)
3) Akhir sekali pilih theme Ambience Style pada preference Empathy anda.

3 Responses so far.

  1. Sparrow says:

    Aku tak reti la guna UBuntu Hari 2 dah install. Mcm mana nak connect guna wifi? Perlu register acc dulu ke?

  2. Tauke memang dalam perancangan untuk menyediakan tutorial berserta video untuk pengguna yang baru nak berjinak dengan Ubuntu ni. Memang kalau dah biasa dengan environment windows rasa sukar nak guna Ubuntu ni.
    Kalau ko connect wifi dari laptop sepatutnya tiada masalah sebab kebanyakan driver untuk wireless telah sedia ada. Cuba on wifi pada shortcup laptop komputer ko. Lepas tu klik simbol wifi pada sebelah kanan atas (dekat dengan simbol sound) dan connect network ko. Kalau tak boleh kena cari driver dulu. Kalau tak Google search jer cth: aspire456g ubuntu wifi driver

  3. Ada lagi satu cara mudah. Tapi kena ada internet connection gak. Pergi system setting > additional drivers. Pastu dia akan carikan driver yang takder tu secara automatik. Last sekali klik activate.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -