Paling Popular

Ogos 23, 2011

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Korang pernah tengok tak certa "John Q" lakonan Danzel Washington? Filem yang mengisahkan seorang bapa yang sanggup merampas hospital kerana menuntuk supaya anaknya yang sakit jantung diberi organ jantung yang baru. Anaknya tidak diberi keutamaan untuk mendapat jantung baru hanya kerana ayahnya tidak mempunyai insuran kesihatan. Rupa-rupanya apa yang berlaku dalam cerita tersebut memang benar-benar terjadi seperti yang ditunjukkan dalam filem berbentuk dokumentari iaitu "The Sicko". Cerita ni dah lama tauke download, tapi baru tengok tadi sebab ingatkan bosan sebab cerita dokumentari, rupanya menarik juga. 


Secara keseluruhannya The Sicko mengisahkan tentang keburukan "Health Sosialisme System" atau "Penswastaan kesihatan" yang terdapat di Amerika Syarikat hari ini. Memang macam cerita John Q tu., siapa ada insuran kesihatan sahaja yang akan menerima rawatan percuma dan diberikan keutamaan walaupun di hospital kerajaan. Walaupun begitu, pemegang insuran kesihatan juga tiada jaminan boleh mendapat tuntutan sekiranya mereka memerlukan wang untuk rawatan penyakit kronik. Pihak insuran akan cuba memanipulasi perjanjian insuran selagi boleh sehingga ke tahap memberi rasuah kepada doktor supaya menulis laporan yang tidak benar berkenaan penuntut insuran.

Dalam cerita ini juga, pengarah turut membandingkan sistem perubatan di Amerika Syarikat dengan negara lain. Dan penemuannya sangat menarik. Tauke merumuskan secara ringkas perbezaan tersebut:
Orang British gelak lepas Micheal Moore tanya bayaran yang
dikenakan. Jawab mereka, Pecuma..
  • Canada - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma
  • Britain - Memang terbaik! Sama gak macam Canada, yang lebih dahsyatnya boleh claim duit untuk perjalanan ke Hospital. Harga ubat di kedai farmasi USD10 tak kiralah ubat paling mahal pun dan percuma untuk golongan tertentu.
  • Perancis - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma. Turut ditunjukkan kerajaan Perancis turut menyediakan pembantu rumah percuma kepada golongan tua dan ibu tunggal.
  • Cuba - Negara miskin, bekas jajahan Amerika Syarikat. Rawatan perubatan? Percuma!.
 Semoga negara kita mengkaji sebaik mungkin sebelum melakukan penswastaan dalam prasaranan dan kemudahan-kemudahan tertentu. Ini adalah penting untuk mengelakkan kita dari senasib dengan Amerika Syarikat.

4 Responses so far.

  1. try tgk docu' ni "The Greatest Movie Ever Sold" pasal product placement in movie in america. Menunjukkan setiap movie tu ada diselitkan penjualan produk kepada penonton. Contoh cerita transformer: rise of the fallen, semua kereta autobots pakai Chevrolet. What do you think? bukankah itu satu kaedah promosi kereta Chevrolet?

  2. Tu filem boleh download gak ke kat astro? Memang filem-filem ni memang boleh bantu lariskan produk dorang.

  3. filem tu aku download sbb nmpk menarik. astro xde.

  4. OOOo ye ker.. hang balik peneng kirim salam kat mak ayah hang..

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -