Memaparkan catatan dengan label Wayang BPCP. Papar semua catatan
Tron (1982) - Warna 108,000 Frame Dengan Tangan Untuk Hasilkan Kesan CGI
Majalah BPCP
Tahukah anda filem asal Tron yang dibikin pada tahun 1982 sebenarnya dirakam dengan warna hitam dan putih sahaja? Untuk menghasilkan kesan-kesan seperti apa yang dipanggil "CGI effect" hari ini mereka mewarnakan secara manual "Roll" filem ini dengan tangan menggunakan teknik yang sama seperti nak membuat cerita kartun.
Bahagian-bahagian tertentu dari filem yang dirakam dipotong dan dibuat sekurang-kurangnya 4 salinan. Salinan pertama adalah salinan hitam dan putih. Salinan kedua dimasukkan elemen warna badan. Salinan ketiga dan yang paling menonjol diletakkan warna bercahaya ataupun "Glow" dan akhir sekali dimasukkan elemen muka. Salinan salinan ini kemudian ditindihkan menjadi satu. Maka terhasillah effect cahaya macam CGI tu.
Hasil akhir |
Tapi bayangkanlah, itu baru satu bahagian frame filem yang bersaiz 14 inchi, nak hasilkan pergerakan dalam filem itu kena siapkan segulung filem. Semua sekali ada kira-kira 108,000 frame. Memang rajinlah siapa yang buat kerja mewarna filem ni. Dikatakan, pihak produksi menggunakan bantuan kartunis dari Taiwan untuk menyiapkan efek filem yang berdurasi 72 minit ini.
Lihat hasil akhir melalui trailer filem ini:
Tag :
Majalah BPCP,
Wayang BPCP,
Europa Report - Misi Rahsia ke Planet Musytari
Filem dengan genre fiksyen sains ini secara ringkasnya mengisahkan tentang sekumpulan angkasawan antarabangsa yang menyertai sebuah misi rahsia untuk mencari sama ada terdapat kehidupan di salah satu bulan di planet Musytari.
Filem ini menggunakan teknik rakaman yang agak popular hari ini, iaitu merakam dengan menggunakan kamera yang seolah-olah secara spontan berada di set. Seperti filem "Chronichle" yang menggunakan "handycam" sepanjang rakaman. Filem Europa Report ini banyak menggunakan kamera yang kononnya adalah kamera yang terdapat pada kapal angkasa yang mereka naik.
Filem ini mungkin membosankan atau memeningkan bagi sesetengah orang kerana plot ceritanya yang banyak "flash-back" dan agak lembap selain dialognya yang banyak. Tetapi peminat Sains Fiksyen mungkin menikmati filem ini kerana dapat melihat kecanggihan teknologi angkasa lepas yang dipaparkan. Klimak kepada filem ini juga adalah pada penghujungnya. Plot ceritanya juga menarik asalkan sanggup menanti hingga penghujung cerita.
Pelakon Utama: Daniel Wu, Sharlto Copley, Christian Camargo, Karolina Wydra
Rating BPCP: 6/10Trailer:
p/s - Filem ni rasanya tak masuk Malaysia.
Tag :
Wayang BPCP,
Sekuel Terbaru Men In Black - MIB3
Filem sains fiksyen yang tauke suka sangat iaitu Men In Black kini kembali dengan sekuel terbarunya iaitu MIB3. Filem unik yang mengisahkan hubungan atau pertemuan yang telah lama berlaku antara manusia dan Makhluk Asing ini adalah sekuel yang ketiga. 2 filem MIB sebelum ini tauke tak jemu menontonnya berulang kali, jadi sekuel terbaru ini memang tauke sangat-sangat nantikan. Filem MIB sebelum ini telah menaikkan nama Will Smith dari penyanyi rap dan pelakon sitkom komedi (Fresh Prince of Bel Air) ke pelakon filem yang hebat dan antara yang menerima bayaran termahal di hollywood.
Filem MIB3 dengan temanya Back..In Time, akan tiba di panggung wayang Malaysia pada 24 May 2012. (sumber: GSC)
Berikut adalah trailer rasmi MIB3 ini. (Sedikit sipnopsis berkenaan MIB3 ini selepas video tersebut. Kepada yang tak suka spoiler tak perlulah baca sipnopsis tu.)
Synopsis: In the third installment of Men in Black, Agent J discovers that there is no pan-galactic missile shield to protect the planet from a devastating alien missile attack. Agent K never built the shield because he was murdered in 1969. J must travel back in time to save K‟s life and the planet. (sumber: GSC)
Untuk ke laman sesawang rasmi MIB3 klik disini.
Tag :
Wayang BPCP,
Despicable Me @ Wayang BPCP
WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.Sekarang ni tak banyak filem baru yang boleh didownload. Kalau ada pun kebanyakkannya tak berapa best. Oleh itu dalam segmen wayang BPCP kali ini tauke buat sedikit review berkenaan cerita kartunlah pulak. Tauke ingin membuat ulasan tentang cerita Despicable Me yang baru tauke tengok. Memang lawak filem ni..
Walaupun cerita ini secara asasnya adalah kartun, namun boleh tak tauke beri amaran "Awas, perlukan bimbingan ibu bapa untuk 18 tahun ke bawah". Sebab apa? Filem ini mengisahkan tentang Gru seorang Sainstis jahat yang mana aktiviti hariannya merancang segala plot yang berkaitan dengan rancangan jahat.
Yang lawaknya dalam cerita ini juga bank juga turut menyediakan pinjaman untuk membantu mereka yang ingin melakukan aktivit jahat. Namun pinjaman diluluskan bergantung samada rancangan jahat yang dilakukan itu akan memberi pulangan balik kepada bank. Macam buat pinjaman bisneslah pulak.
Namum Gru bukanlah bersendirian dalam bidang yang diceburinya dan kedudukannya digugat dengan kehadiran saintis muda bernama Vector. Bank tidak lagi berminat untuk memberi pinjaman kepada Gru disebabkan oleh Vector yang sebenarnya merupakan anak kepada pengarah bank jahat tadi. Ini menyebabkan rancangan Gru untuk menawan bulan menghadapi pelbagai rintangan. Tawan bulan, macam mana tu? nak tahu tengok sendirilah yer. Apa pun cerita ni memang lawak, lukisan pun cantik. Karektor minion @ pekerja suruhan Gru dalam cerita ini memang lawak and comel giler..
Tengok trailer cerita ni dalam video di bawah:
Tag :
Wayang BPCP,
X-Man First Class - Kelas Geng X Man Yang Pertama
WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.Update di Budget PCpart sedikit merudum sebab internet connection tauke menjadi slow akibat aktiviti download filem. Filem terbaru yang ingin tauke review kali ini ialah "X-Man First Class".
Ramai yang agak hampa dengan sekuel terbaru X-Man ini dan beranggapan jalan cerita serta aksinya adalah pada tahap biasa. Pada pandangan tauke lakonannya memang agak kaku kerana pelakonnya seolah-olah terlalu bergantung kepada skrip. Namun tauke yang meminati kartun X-Man sejak kecil serta sangat suka sains genetik kesan belajar Biologi dulu tetap merasakan X-Man First Class ni mantap..! Baca selanjutnya untuk review dari tauke.
Filem ini mengisahkan permulaan sejarah bermulanya Geng X-Man dan juga kumpulan yang protagonis iaitu geng Magneto. Bukan geng bas sekolah. Filem ini berlatar belakangkan zaman perang nuklear antara Rusia dan Amerika Syarikat. Watak yang memainkan peranan utama dalam filem ini ialah Profesor Xavier dan Erik Lehnsher. Mereka lebih dikenali dengan Profesor X dan Magneto. Sejarah hitam magneto dimana ibunya dibunuh menyebabkan dia membesar dengan menyimpan perasaan ingin membalas dendam terhadap pembunuh ibunya iaitu Sebastian Shaw, seorang mutan yang juga mempunyai kuasa yang hebat. Sebastian Shaw yang obses dengan kuasanya yang mampu menyerap sebarang jenis kuasa termasuk kuasa nuklear mempunyai misi jahat ingin mencetuskan perang nuklear antara Amerika dan Rusia.
Magneto |
Kalau korang ingat sejarah perang nuklear Amerika dan Rusia berlaku bertahun-tahun, tapi masing-masing takut untuk melancarkan nuklear mereka. Hanya sekadar ugut dengan mengacukan nuklear antara satu sama lain. Cerita ni ambil sejarah perang nuklear tu la.. tapi dalam cerita ini Sebastian Shaw cuba untuk mempengaruhi kedua-dua negara untuk melancarkan nuklear mereka. Bukan setakat acu jer. Antara plot cerita yang penting dalam filem ini ialah bagaimana pendedahan tentang wujudnya mutan yang mempunyai pelbagai kuasa kepada umum. Sebelum ini mutan-mutan ini menyembunyikan kuasa mereka.
Di pertengahan cerita, Profesor X dan Magneto merupakan satu geng yang mempunyai misi yang sama iaitu ingin menumpaskan Shaw dan pasukannya. Tetapi di pengakhiran cerita, mereka berpecah kerana Magneto beranggapan manusia tidak akan dapat menerima kewujudan mutan dan ingin mempertahankan golongan itu. Profesor X pula yakin manusia memerlukan kewujudan dan bantuan dari mutan-mutan ini.
Bintang: 3.5/5
Di pertengahan cerita, Profesor X dan Magneto merupakan satu geng yang mempunyai misi yang sama iaitu ingin menumpaskan Shaw dan pasukannya. Tetapi di pengakhiran cerita, mereka berpecah kerana Magneto beranggapan manusia tidak akan dapat menerima kewujudan mutan dan ingin mempertahankan golongan itu. Profesor X pula yakin manusia memerlukan kewujudan dan bantuan dari mutan-mutan ini.
Bintang: 3.5/5
Tag :
Wayang BPCP,
The Sicko @ Wayang BPCP
WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.Korang pernah tengok tak certa "John Q" lakonan Danzel Washington? Filem yang mengisahkan seorang bapa yang sanggup merampas hospital kerana menuntuk supaya anaknya yang sakit jantung diberi organ jantung yang baru. Anaknya tidak diberi keutamaan untuk mendapat jantung baru hanya kerana ayahnya tidak mempunyai insuran kesihatan. Rupa-rupanya apa yang berlaku dalam cerita tersebut memang benar-benar terjadi seperti yang ditunjukkan dalam filem berbentuk dokumentari iaitu "The Sicko". Cerita ni dah lama tauke download, tapi baru tengok tadi sebab ingatkan bosan sebab cerita dokumentari, rupanya menarik juga.
Secara keseluruhannya The Sicko mengisahkan tentang keburukan "Health Sosialisme System" atau "Penswastaan kesihatan" yang terdapat di Amerika Syarikat hari ini. Memang macam cerita John Q tu., siapa ada insuran kesihatan sahaja yang akan menerima rawatan percuma dan diberikan keutamaan walaupun di hospital kerajaan. Walaupun begitu, pemegang insuran kesihatan juga tiada jaminan boleh mendapat tuntutan sekiranya mereka memerlukan wang untuk rawatan penyakit kronik. Pihak insuran akan cuba memanipulasi perjanjian insuran selagi boleh sehingga ke tahap memberi rasuah kepada doktor supaya menulis laporan yang tidak benar berkenaan penuntut insuran.
Dalam cerita ini juga, pengarah turut membandingkan sistem perubatan di Amerika Syarikat dengan negara lain. Dan penemuannya sangat menarik. Tauke merumuskan secara ringkas perbezaan tersebut:
Orang British gelak lepas Micheal Moore tanya bayaran yang dikenakan. Jawab mereka, Pecuma.. |
- Canada - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma
- Britain - Memang terbaik! Sama gak macam Canada, yang lebih dahsyatnya boleh claim duit untuk perjalanan ke Hospital. Harga ubat di kedai farmasi USD10 tak kiralah ubat paling mahal pun dan percuma untuk golongan tertentu.
- Perancis - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma. Turut ditunjukkan kerajaan Perancis turut menyediakan pembantu rumah percuma kepada golongan tua dan ibu tunggal.
- Cuba - Negara miskin, bekas jajahan Amerika Syarikat. Rawatan perubatan? Percuma!.
Tag :
Wayang BPCP,
"Source Code" - Orang Mati Tolong Orang Hidup
WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.Daripada tajuk dia (Souce Code) ingatkan cerita pasal hackers atau seangkatan dengannya. Tapi cerita pasal orang mati tolong orang hidup. Tapi, walaupun bukan pasal hackers atau seangkatannya, filem ini tetap best. Filem "Source Code" ini ala-ala macam cerita Deja Vu kalau korang pernah tengok (Yang Denzel Washington dengan Hally Berry berlakon tu). Baru siap download semalam dan disebabkan filem ini baru ditayangkan belum ada subtitle yang match. Terpaksalah tauke kuatkan speaker nak tangkap dialong cerita ni.
Walaupun keliru Stevens menurut arahan kerana dia merupakan seorang tentera yang patuh tetapi masih gagal mencari dalang tersebut kerana dia mesti mencarinya dalam masa 8 minit. Lepas itu keretapi itu akan meletup.Walaupun gagal, Stevens dihantar berulang kali sehinggalah dia merasa tertekan dan meminta penjelasan kepada Goodwin tentang semua yang berlaku. Bagaimana dia boleh berada dalam keretapi itu dan diulang-ulang pula berkali-kali, dan dimana dia sekarang. Stevens kemudian diberitahu yang dia sebenarnya dah mati. Jeng..jeng...jeng... Oklah cukuplah sipnosis filem ini setakat itu. Nanti tak best pulak korang tengok.
Kalau korang dah tengok "Deja Vu" kemudian layan cerita ini korang tak rasa terkejut sangatlah dengan kejutan-kejutan dalam cerita ni. Tapi tetap terkejut. Plot ceritanya memang best, tapi dialog yang cakap banyak kat tengah-tengah cerita tu agak sedikit membosankan. Ttaklah lama sangat. Bila dah start aksi balik, terus rancak cerita ni.
Bintang: 4/5
Tag :
Wayang BPCP,