Paling Popular

Ogos 24, 2011

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Update di Budget PCpart sedikit merudum sebab internet connection tauke menjadi slow akibat aktiviti download filem. Filem terbaru yang ingin tauke review kali ini ialah "X-Man First Class".

Ramai yang agak hampa dengan sekuel terbaru X-Man ini dan beranggapan jalan cerita serta aksinya adalah pada tahap biasa. Pada pandangan tauke lakonannya memang agak kaku kerana pelakonnya seolah-olah terlalu bergantung kepada skrip. Namun tauke yang meminati kartun X-Man sejak kecil serta sangat suka sains genetik kesan belajar Biologi dulu tetap merasakan X-Man First Class ni mantap..! Baca selanjutnya untuk review dari tauke.

Filem ini mengisahkan permulaan sejarah bermulanya Geng X-Man dan juga kumpulan yang protagonis iaitu geng Magneto. Bukan geng bas sekolah. Filem ini berlatar belakangkan zaman perang nuklear antara Rusia dan Amerika Syarikat. Watak yang memainkan peranan utama dalam filem ini ialah Profesor Xavier dan Erik Lehnsher. Mereka lebih dikenali dengan Profesor X dan Magneto. Sejarah hitam magneto dimana ibunya dibunuh menyebabkan dia membesar dengan menyimpan perasaan ingin membalas dendam terhadap pembunuh ibunya iaitu Sebastian Shaw, seorang mutan yang juga mempunyai kuasa yang hebat. Sebastian Shaw yang obses dengan kuasanya yang mampu menyerap sebarang jenis kuasa termasuk kuasa nuklear mempunyai misi jahat ingin mencetuskan perang nuklear antara Amerika dan Rusia.
Magneto
Kalau korang ingat sejarah perang nuklear Amerika dan Rusia berlaku bertahun-tahun, tapi masing-masing takut untuk melancarkan nuklear mereka. Hanya sekadar ugut dengan mengacukan nuklear antara satu sama lain. Cerita ni ambil sejarah perang nuklear tu la.. tapi dalam cerita ini Sebastian Shaw cuba untuk mempengaruhi kedua-dua negara untuk melancarkan nuklear mereka. Bukan setakat acu jer. Antara plot cerita yang penting dalam filem ini ialah bagaimana pendedahan tentang wujudnya mutan yang mempunyai pelbagai kuasa kepada umum. Sebelum ini mutan-mutan ini menyembunyikan kuasa mereka.

Di pertengahan cerita, Profesor X dan Magneto merupakan satu geng yang mempunyai misi yang sama iaitu ingin menumpaskan Shaw dan pasukannya. Tetapi di pengakhiran cerita, mereka berpecah kerana Magneto beranggapan manusia tidak akan dapat menerima kewujudan mutan dan ingin mempertahankan golongan itu. Profesor X pula yakin manusia memerlukan kewujudan dan bantuan dari mutan-mutan ini.

Bintang: 3.5/5

One Response so far.

  1. Asyikin says:

    saya okay je dengan cerita nie. keh keh keh

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -