Paling Popular

Rumah Terbang Yang Sebenar Seperti Movie Up!

MAJALAH BPCP

National Graphic telah berjaya membuat rumah yang terbang dengan sejambak belon seperti di pasar malam tu.


Apa motifnya diaorang buat benda ni?.. Ntahlah korang tengoklah sendiri trailer ni tak pun dokumentari National Geographic itu sendiri bila tayang di Malaysia nanti.


Apa pun movie Up! ni memang best. Animasi yang cantik dan jalan cerita yang unik.
Tag : ,

Menguji Kabel HDMI Baru - Jerawat Pun Nampak

DARI BENGKEL TAUKE

Dalam post kali ini tauke nak berkongsi dengan korang ilmu dan dapatan baru yang tauke dapat setelah memasang kabel HDMI pada komputer tauke. Cuba korang lihat "capture screen" di atas, capture tersebut diambil  dari filem Surrogates bersaiz 1264 x 528 dari komputer tauke. Jelas tak muka Bruce Wills sehingga jerawat dan kedutnya jelas kelihatan.(Kalau korang nak tengok lebih jelas klik pada gambar). Inilah yang diperolehi setelah tauke menggunakan teknologi HDMI.


LCV TV Sony, Resolusi 1080i HD

Untuk mendapatkan hasil seperti komputer tauke pada komputer korang, kedua-dua komputer dan skrin monitor mestilah mempunyai port untuk hubungan HDMI. Kad grafik tauke iaitu ATI Radon HD 4500 telah didatangkan dengan port HDMI ini. Tauke menggunakan LCD TV tauke iaitu Sony Bravia 32" sebagai skrin paparan yang mempunyai port HDMI dan boleh menyokong resolusi HD sehingga 1080p. Walaupun grafik kad tauke juga boleh menyokong sehingga 1080p tetapi komputer tauke menjadi sangkut-sangkut apabila disetkan ke resolusi 1080p, tetapi tiada masalah apabila ditukar kepada 1080i. 1080p dan 1080i tidak banyak bezanya kena kedua-duanya adalah resolusi 1920 x 1080. Namun 1080p dikatakan lebih baik untuk skrin seperti HDTV seperti tauke. Nak tahu lanjut boleh baca disini.

Sebenarnya, walaupun korang menggunakan teknologi HDMI ini namun kualiti video yang anda tonton itu tak semestinya cantik. Ia bergantung pada saiz video anda. Sebagai contoh lihat capture screen video di bawah.

Video ini adalah format .avi biasa bersaiz 580 x 312. Video ini kelihatan biasa sahaja tak nampak pun HD.







Video ini pula adalah format .flv, download dari youtube. Lagi nampak tak cantik dan pecah-pecah.






Anda hanya mendapat video yang betul HD sekiranya video itu juga adalah bersaiz sekurang-kurangnya 700p seperti video ini.






Selepas menggunakan kabel HDMI ini, tauke hanya muat turun video di youtube yang beresolusi HD. Walaupun besar tapi kualiti video memang cantik. Teknologi HDMI ini memang best. Menonton filem menjadi lebih menghiburkan dan memuaskan dengan teknologi ini..

Game FIFA 12

MAJALAH BPCP [Video]

Akan dilancarkan di Eropah pada 30 September ini legasi game FIFA diteruskan melalui FIFA 12. Tauke memang lebih menggemari game FIFA berbanding PES mungkin kerana kualiti grafiknya yang realistik. Namun serealistik mana pun 3D yang dihasilkan, model-model dalam permainan video masih nampak kaku. Keras je macam robot. Untuk menjadikan sesuatu game itu nampak realistik memang sukar sebenarnya. Lagipun pembangun perisian game ini perlu mengambil kira supaya grafiknya tidak terlalu berat terutamanya untuk konsul PC.

Kalau berat sangat, beli pun tak boleh main.  Demo game FIFA ini boleh dimuat turun di link ini disini. Hanya konsol XBox 3 dan PC sahaja. Saiz demo ini ialah 1.5Gb

Untuk menonton gameplay FIFA 12 ini boleh tengok video di bawah:
Tag : , ,

5 Kad Grafik Paling Hangat Hari Ini

MAJALAH BPCP

Walaupun harganya tidak boleh dikategorikan sebagai bajet, tetapi sekadar info untuk semua, dalam entri kali ini tauke menyenaraikan 5 Kad Grafik paling top di pasaran hari ini berserta sedikit ulasan yang menunjukkan mengapa kad grafik ini dalam kategori "Top 5".

AMD Radeon HD 6950 


Pertingkatan prestasi aplikasi dan pengalaman anda dengan kualiti video terbaik dengan AMD Radeon HD 6950. Ia didatangkan dengan memori DDR5 2 GB yang berkelajuan 160gbps. Kualiti video yang terbaik adalah disebabkan teknologi 40nm dan architecture VLIW4. Ia mempunyai 250MHz Memory Clock dan 800MHz Engine Clock yang melayakkannya  sebagai salah satu grafik kad yang terbaik. Sekiranya monitor anda mempunyai resolusi HD kad grafik ini menyokong sehingga 1080p. Casing fan dia nampak menarik.
Harga: RM 800++

Nvidia GeForce GTS 450


Nvidia GeForce GTS 450 didatangkan dengan saiz yang kecil tetapi padat dengan fungsi-fungsi yang menarik menjadikannya sebagai salah satu kad grafik yang menarik dan ideal. Ia terdiri daripada teknologi 3D Vision yang pasti menawan penggunanya dalam games, foto dan video. Dimensi kad ini yang berukuran 4.376 inchi x 8.25 inchi dan mempunyai 783MHz Graphics Clock dan 1566 MHz Processor Clock yang meningkatkan keupayaan memproses geometri DirectX 11. Menjadikan grafik yang dihasilkan sungguh realistik.
Harga: RM350++ 

AMD Radeon HD 5770  


AMD Redeon HD 5770 boleh dikategorikan sebagai grafik kad yang mesti dimiliki oleh semua Gamer dan pengkritik grafik, Ia membekalkan prestasi terbaik pada harga yang rendah melalui teknologi EyeFinity yang menyokong fungsi multi-screen dengan baik. Ia juga mempunyai kawalan video gaming tersendiri yang boleh diubahsuai mengikut kehendak anda melayakkanya untuk disenaraikan dalam kategori antara kad grafik terbaik buat masa ini.
Harga:  (Sukar didapati di pasaran Malaysia)


 Nvidia GeForce GTX 460 


Teknologi yang didatangkan pada kad grafik ini menyediakan pandangan yang jelas semasa bermain game. Nvidia GeForce GTX 460 mempunyai tujuh multiprocessors dan 675 MHz Graphics Clock serta 1350 MHz Processor Clock. Dengan saiz  4.376 inchi x 8.25inchi ia mempuyai dual slot mengah dengan reputasinya yang tersendiri dalam dunia gaming melalui prestasinya yang terbaik.
Harga: RM450++

Nvidia GeForce GTX 580

Nvidia GeForce GTX 580, kad grafik single GPU yang terpantas, menyediakan memori yang tinggi dan element grafik yang pantas. Menekankan kejelasan grafik dengan kepantasan adalah elemen utamanya. Ia didatangkan dengan 772 MHz graphics clock dan 1544 MHz processor clock dan bersaiz 4.376 inchi x 10.5 inchi. Tetapi awas harganya juga agak mengancam.
Harga: RM1800++
Tag : , ,

Saksikan Bagaimana Projek Jalur Lebar Negara Memecahkan Rekod Dunia

MAJALAH BPCP [Video]

Semperna Hari Malaysia hari ini, anda boleh menonton dokumentari khas berkenaan Projek Jalur Lebar Negara di kaca TV anda malam ini. Dokumentari ini menayangkan bagaimana kemudahan internet ditambah baik di negara kita mmenggunakan teknologi yang lebi canggih dan sofistikated. Mengikut video trailer berkenaan dokumentari tersebut, projek jalur lebar ini dikatakan mengambil masa yang sangat singkat dan memecahkan rekod dunia.



Dokumentari ini ditayangkan di NTV7 pada jam 8:30 dan Astro Awani pada 9:15 Kepada yang terlepas untuk menontonnya, tayangan ulanagan akan ditayangkan di saluran TV2 pada 18 September jam 9:00 to 10:00pm.
Tag : ,

Windows 8 - Cara Install Mengunakan USB Drive

BPCP TUTORIAL


Umum mengetahui akan kemunculan Windows 8 yang kini boleh dimuat turun versi demonya (muat turun disini). Namun tahukah anda versi Windows 8 ini tidak boleh update windows sedia ada anda walaupun anda menggunakan windows 7. Jadi anda perlu format sistem anda atau dual-boot iaitu 2 windows dalam PC yang sama. Sekiranya anda menggunakan netbook dan ingin mencuba Windows 8 ini juga tiada masalah. Walaupun netbook anda tidak didatangkan dengan peranti optik anda boleh install Windows 8 ini dengan menggunakan USB drive anda. Sekurang-kurangnya 8Gb.
Kepada yang belum lihat preview windows 8 tauke letak lagi video kat sini:
Tag : , ,

Bagaimana Virus Mengubah Dunia?

MAJALAH BPCP[Video]

Virus yang dimaksudkan bukanlah virus komputer tu. Tetapi virus merbahaya yang boleh menjadi epidermik merbahaya seperti H1N1 tu. Video ni sangat menarik dengan pelbagai info yang sangat padat tetapi lengkap berkenaan virus dari sejarah bermulanya virus hinggalah bagaimana mengatasinya. Info yang berguna untuk semua.
Tag : , ,

Bahasa Inggeris Mengelirukan - US vs UK

KOMIK BPCP

Kalau korang selalu tengok filem orang putih, specially yang dihasilkan oleh orang US kadangkala dialog @ vocab yang digunakan mengelirukan. Berbeza dengan apa yang kita belajar di sekolah. Di sekolah kita di Malaysia ni kita menggunakan bahasa Inggeris yang diamalkan di Britain. Antara perbezaannya tengok komik di bawah.
Terjemahan: Dan kita tertanya-tanya kenapa pelajar merasakan Bahasa Inggeris sungguh mengelirukan
Tag : ,

Despicable Me @ Wayang BPCP

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Sekarang ni tak banyak filem baru yang boleh didownload. Kalau ada pun kebanyakkannya tak berapa best. Oleh itu dalam segmen wayang BPCP kali ini tauke buat sedikit review berkenaan cerita kartunlah pulak. Tauke ingin membuat ulasan tentang cerita Despicable Me yang baru tauke tengok. Memang lawak filem ni..

Walaupun cerita ini secara asasnya adalah kartun, namun boleh tak tauke beri amaran "Awas, perlukan bimbingan ibu bapa untuk 18 tahun ke bawah". Sebab apa? Filem ini mengisahkan tentang Gru seorang Sainstis jahat yang mana aktiviti hariannya merancang segala plot yang berkaitan dengan rancangan jahat.
Yang lawaknya dalam cerita ini juga bank juga turut menyediakan pinjaman untuk membantu mereka yang ingin melakukan aktivit jahat. Namun pinjaman diluluskan bergantung samada rancangan jahat yang dilakukan itu akan memberi pulangan balik kepada bank. Macam buat pinjaman bisneslah pulak.

Namum Gru bukanlah bersendirian dalam bidang yang diceburinya dan kedudukannya digugat dengan kehadiran saintis muda bernama Vector. Bank tidak lagi berminat untuk memberi pinjaman kepada Gru disebabkan oleh Vector yang sebenarnya merupakan anak kepada pengarah bank jahat tadi. Ini menyebabkan rancangan Gru untuk menawan bulan menghadapi pelbagai rintangan. Tawan bulan, macam mana tu? nak tahu tengok sendirilah yer. Apa pun cerita ni memang lawak, lukisan pun cantik. Karektor minion @ pekerja suruhan Gru dalam cerita ini memang lawak and comel giler..

Tengok trailer cerita ni dalam video di bawah:
Tag : ,

Osaka City Station - Paparan Skrin Dengan Menggunakan Air

MAJALAH BPCP [Video]

Hebat sungguh jepun ni. Dengan membuat timing yang sesuai untuk menjatuhkan pancuran air, pelbagai efek menarik boleh dihasilkan. Nak panggil benda ni apa yer? Kalau air pancut mesti pancut dari bawah ke atas kan? Tengoklah sendiri.

Tauke: Nampak gayanya ramailah yang terlepas keretapi sebab leka tengok efek yang dihasilkan.
Tag : ,

Laman Utama Linux Kena Hack

MAJALAH BPCP

 
Laman utama Linux iaitu Linux.com dan join venturenya iaitu Linux Faundation telah ditutup untuk sementara waktu kerana telah diceroboh. Korang boleh tengok sendiri release note yang dikeluarkan oleh laman web tersebut dengan melayari laman Linux.com dan Linux Faundation

Tauke tak terkejut sangat dengan info ini kerana walaupun kita tahu OS daripada adalah 100% bebas virus namun dari segi keselamatan ia mempunyai banyak kelonggaran. Maklumlah Linux berpegang kepada konsep sumber terbuka, jadi semua benda kenalah terbuka kan? Kumpulan Hackers antarabangsa yang mengejutkan dunia baru-baru ini iaitu Gaysec juga dikatakan menggunakan OS daripada Linux iaitu Ubuntu untuk melakukan aktiviti pencerobohan tanpa sempadan mereka.

Cuti Raya di BPCP

KATA TAUKE BENGKEL

Entri kali ini dimulakan dengan menyatakan alasan mengapa dah lama tauke tidak mengemaskini blog ini. Alasannya adalah kerana cuti raya hehe.. Takde la.. sebenaranya penyakit malas yang menguasai diri ini. Tapi pelik jugak la., sebab tahun ini tak banyak dapat jemputan untuk open house berbanding tahun lepas. Tahun lepas sampai terpaksa tolak 2-3 jemputan. Mungkin sebab kegawatan sikit tahun ini. Apa pun lepas ini tauke akan terus membawakan segala info menarik untuk anda.

Latest Update - Berjaya Install Ati Driver di Ubuntu

DARI BENGKEL TAUKE

Akhirnya berjaya juga install ATI driver yang stabil untuk Ubuntu...
Sebenarnya Ubuntu dah ada dah driver untuk sokong kad grafik ATI ni. Tapi yang open source punya, dipanggil flglx driver. Tapi kebanyakkan kad grafik ati yang terkini tidak berfungsi dengan baik. Namun Ubuntu turut menyediakan fungsi untuk memuat turun driver dari pengeluar ATI ni namun tauke dah cuba, crash pulak grafik tauke.

Akhirnya baru-baru ini tauke cuba buat sedikit kajian di internet. Tauke cyba install secara manual driver ATI tauke dari website ATI. Akhirnya berjaya...

Lepas ni tauke nak try install fire effect di Ubuntu. Mesti mengancamlah..

Tumpukan Perhatian Bila Berjalan !

KOMIK BPCP

Korang macam ni ke? Update sambil berjalan. Bahaya woo.. Nanti jatuh longkang..

Terjemahan: Tumpukan perhatian bila berjalan! Status update facebook anda boleh tunggu.
Tauke: Utamakan keselamatan!
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -