Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Wayang BPCP. Papar semua catatan

Despicable Me @ Wayang BPCP

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Sekarang ni tak banyak filem baru yang boleh didownload. Kalau ada pun kebanyakkannya tak berapa best. Oleh itu dalam segmen wayang BPCP kali ini tauke buat sedikit review berkenaan cerita kartunlah pulak. Tauke ingin membuat ulasan tentang cerita Despicable Me yang baru tauke tengok. Memang lawak filem ni..

Walaupun cerita ini secara asasnya adalah kartun, namun boleh tak tauke beri amaran "Awas, perlukan bimbingan ibu bapa untuk 18 tahun ke bawah". Sebab apa? Filem ini mengisahkan tentang Gru seorang Sainstis jahat yang mana aktiviti hariannya merancang segala plot yang berkaitan dengan rancangan jahat.
Yang lawaknya dalam cerita ini juga bank juga turut menyediakan pinjaman untuk membantu mereka yang ingin melakukan aktivit jahat. Namun pinjaman diluluskan bergantung samada rancangan jahat yang dilakukan itu akan memberi pulangan balik kepada bank. Macam buat pinjaman bisneslah pulak.

Namum Gru bukanlah bersendirian dalam bidang yang diceburinya dan kedudukannya digugat dengan kehadiran saintis muda bernama Vector. Bank tidak lagi berminat untuk memberi pinjaman kepada Gru disebabkan oleh Vector yang sebenarnya merupakan anak kepada pengarah bank jahat tadi. Ini menyebabkan rancangan Gru untuk menawan bulan menghadapi pelbagai rintangan. Tawan bulan, macam mana tu? nak tahu tengok sendirilah yer. Apa pun cerita ni memang lawak, lukisan pun cantik. Karektor minion @ pekerja suruhan Gru dalam cerita ini memang lawak and comel giler..

Tengok trailer cerita ni dalam video di bawah:
Tag : ,

X-Man First Class - Kelas Geng X Man Yang Pertama

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Update di Budget PCpart sedikit merudum sebab internet connection tauke menjadi slow akibat aktiviti download filem. Filem terbaru yang ingin tauke review kali ini ialah "X-Man First Class".

Ramai yang agak hampa dengan sekuel terbaru X-Man ini dan beranggapan jalan cerita serta aksinya adalah pada tahap biasa. Pada pandangan tauke lakonannya memang agak kaku kerana pelakonnya seolah-olah terlalu bergantung kepada skrip. Namun tauke yang meminati kartun X-Man sejak kecil serta sangat suka sains genetik kesan belajar Biologi dulu tetap merasakan X-Man First Class ni mantap..! Baca selanjutnya untuk review dari tauke.

Filem ini mengisahkan permulaan sejarah bermulanya Geng X-Man dan juga kumpulan yang protagonis iaitu geng Magneto. Bukan geng bas sekolah. Filem ini berlatar belakangkan zaman perang nuklear antara Rusia dan Amerika Syarikat. Watak yang memainkan peranan utama dalam filem ini ialah Profesor Xavier dan Erik Lehnsher. Mereka lebih dikenali dengan Profesor X dan Magneto. Sejarah hitam magneto dimana ibunya dibunuh menyebabkan dia membesar dengan menyimpan perasaan ingin membalas dendam terhadap pembunuh ibunya iaitu Sebastian Shaw, seorang mutan yang juga mempunyai kuasa yang hebat. Sebastian Shaw yang obses dengan kuasanya yang mampu menyerap sebarang jenis kuasa termasuk kuasa nuklear mempunyai misi jahat ingin mencetuskan perang nuklear antara Amerika dan Rusia.
Magneto
Kalau korang ingat sejarah perang nuklear Amerika dan Rusia berlaku bertahun-tahun, tapi masing-masing takut untuk melancarkan nuklear mereka. Hanya sekadar ugut dengan mengacukan nuklear antara satu sama lain. Cerita ni ambil sejarah perang nuklear tu la.. tapi dalam cerita ini Sebastian Shaw cuba untuk mempengaruhi kedua-dua negara untuk melancarkan nuklear mereka. Bukan setakat acu jer. Antara plot cerita yang penting dalam filem ini ialah bagaimana pendedahan tentang wujudnya mutan yang mempunyai pelbagai kuasa kepada umum. Sebelum ini mutan-mutan ini menyembunyikan kuasa mereka.

Di pertengahan cerita, Profesor X dan Magneto merupakan satu geng yang mempunyai misi yang sama iaitu ingin menumpaskan Shaw dan pasukannya. Tetapi di pengakhiran cerita, mereka berpecah kerana Magneto beranggapan manusia tidak akan dapat menerima kewujudan mutan dan ingin mempertahankan golongan itu. Profesor X pula yakin manusia memerlukan kewujudan dan bantuan dari mutan-mutan ini.

Bintang: 3.5/5
Tag : ,

The Sicko @ Wayang BPCP

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Korang pernah tengok tak certa "John Q" lakonan Danzel Washington? Filem yang mengisahkan seorang bapa yang sanggup merampas hospital kerana menuntuk supaya anaknya yang sakit jantung diberi organ jantung yang baru. Anaknya tidak diberi keutamaan untuk mendapat jantung baru hanya kerana ayahnya tidak mempunyai insuran kesihatan. Rupa-rupanya apa yang berlaku dalam cerita tersebut memang benar-benar terjadi seperti yang ditunjukkan dalam filem berbentuk dokumentari iaitu "The Sicko". Cerita ni dah lama tauke download, tapi baru tengok tadi sebab ingatkan bosan sebab cerita dokumentari, rupanya menarik juga. 


Secara keseluruhannya The Sicko mengisahkan tentang keburukan "Health Sosialisme System" atau "Penswastaan kesihatan" yang terdapat di Amerika Syarikat hari ini. Memang macam cerita John Q tu., siapa ada insuran kesihatan sahaja yang akan menerima rawatan percuma dan diberikan keutamaan walaupun di hospital kerajaan. Walaupun begitu, pemegang insuran kesihatan juga tiada jaminan boleh mendapat tuntutan sekiranya mereka memerlukan wang untuk rawatan penyakit kronik. Pihak insuran akan cuba memanipulasi perjanjian insuran selagi boleh sehingga ke tahap memberi rasuah kepada doktor supaya menulis laporan yang tidak benar berkenaan penuntut insuran.

Dalam cerita ini juga, pengarah turut membandingkan sistem perubatan di Amerika Syarikat dengan negara lain. Dan penemuannya sangat menarik. Tauke merumuskan secara ringkas perbezaan tersebut:
Orang British gelak lepas Micheal Moore tanya bayaran yang
dikenakan. Jawab mereka, Pecuma..
  • Canada - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma
  • Britain - Memang terbaik! Sama gak macam Canada, yang lebih dahsyatnya boleh claim duit untuk perjalanan ke Hospital. Harga ubat di kedai farmasi USD10 tak kiralah ubat paling mahal pun dan percuma untuk golongan tertentu.
  • Perancis - Segala rawatan perubatan termasuk pembedahan kronik adalah percuma. Turut ditunjukkan kerajaan Perancis turut menyediakan pembantu rumah percuma kepada golongan tua dan ibu tunggal.
  • Cuba - Negara miskin, bekas jajahan Amerika Syarikat. Rawatan perubatan? Percuma!.
 Semoga negara kita mengkaji sebaik mungkin sebelum melakukan penswastaan dalam prasaranan dan kemudahan-kemudahan tertentu. Ini adalah penting untuk mengelakkan kita dari senasib dengan Amerika Syarikat.

Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -