Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Wayang BPCP. Papar semua catatan

Tron (1982) - Warna 108,000 Frame Dengan Tangan Untuk Hasilkan Kesan CGI

Majalah BPCP

  
Tahukah anda filem asal Tron yang dibikin pada tahun 1982 sebenarnya dirakam dengan warna hitam dan putih sahaja? Untuk menghasilkan kesan-kesan seperti apa yang dipanggil "CGI effect" hari ini mereka mewarnakan secara manual "Roll" filem ini dengan tangan menggunakan teknik yang sama seperti nak membuat cerita kartun.
Bahagian-bahagian tertentu dari filem yang dirakam dipotong dan dibuat sekurang-kurangnya 4 salinan. Salinan pertama adalah salinan hitam dan putih. Salinan kedua dimasukkan elemen warna badan. Salinan ketiga dan yang paling menonjol diletakkan warna bercahaya ataupun "Glow" dan akhir sekali dimasukkan elemen muka. Salinan salinan ini kemudian ditindihkan menjadi satu. Maka terhasillah effect cahaya macam CGI tu.


Hasil akhir
Tapi bayangkanlah, itu baru satu bahagian frame filem yang bersaiz 14 inchi, nak hasilkan pergerakan dalam filem itu kena siapkan segulung filem. Semua sekali ada kira-kira 108,000 frame. Memang rajinlah siapa yang buat kerja mewarna filem ni. Dikatakan, pihak produksi menggunakan bantuan kartunis dari Taiwan untuk menyiapkan efek filem yang berdurasi 72 minit ini.

Lihat hasil akhir melalui trailer filem ini:

Europa Report - Misi Rahsia ke Planet Musytari

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.

Filem dengan genre fiksyen sains ini secara ringkasnya mengisahkan tentang sekumpulan angkasawan antarabangsa yang menyertai sebuah misi rahsia untuk mencari sama ada terdapat kehidupan di salah satu bulan di planet Musytari.

Filem ini menggunakan teknik rakaman yang agak popular hari ini, iaitu merakam dengan menggunakan kamera yang seolah-olah secara spontan berada di set. Seperti filem "Chronichle" yang menggunakan "handycam" sepanjang rakaman. Filem Europa Report ini banyak menggunakan kamera yang kononnya adalah kamera yang terdapat pada kapal angkasa yang mereka naik.


Filem ini mungkin membosankan atau memeningkan bagi sesetengah orang kerana plot ceritanya yang banyak "flash-back" dan agak lembap selain dialognya yang banyak. Tetapi peminat Sains Fiksyen mungkin menikmati filem ini kerana dapat melihat kecanggihan teknologi angkasa lepas yang dipaparkan. Klimak kepada filem ini juga adalah pada penghujungnya. Plot ceritanya juga menarik asalkan sanggup menanti hingga penghujung cerita.

Pelakon Utama: Daniel Wu, Sharlto Copley, Christian Camargo, Karolina Wydra
Rating BPCP: 6/10

Trailer:

p/s - Filem ni rasanya tak masuk Malaysia.
Tag : ,

Sekuel Terbaru Men In Black - MIB3

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.


Filem sains fiksyen yang tauke suka sangat iaitu Men In Black kini kembali dengan sekuel terbarunya iaitu MIB3. Filem unik yang mengisahkan hubungan atau pertemuan yang telah lama berlaku antara manusia dan Makhluk Asing ini adalah sekuel yang ketiga. 2 filem MIB sebelum ini tauke tak jemu menontonnya berulang kali, jadi sekuel terbaru ini memang tauke sangat-sangat nantikan. Filem MIB sebelum ini telah menaikkan nama Will Smith dari penyanyi rap dan pelakon sitkom komedi (Fresh Prince of Bel Air) ke pelakon filem yang hebat dan antara yang menerima bayaran termahal di hollywood.

Filem MIB3 dengan temanya Back..In Time, akan tiba di panggung wayang Malaysia pada 24 May 2012. (sumber: GSC)

Berikut adalah trailer rasmi MIB3 ini. (Sedikit sipnopsis berkenaan MIB3 ini selepas video tersebut. Kepada yang tak suka spoiler tak perlulah baca sipnopsis tu.)



Synopsis: In the third installment of Men in Black, Agent J discovers that there is no pan-galactic missile shield to protect the planet from a devastating alien missile attack. Agent K never built the shield because he was murdered in 1969. J must travel back in time to save K‟s life and the planet. (sumber: GSC)

Untuk ke laman sesawang rasmi MIB3 klik disini.
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -