Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Majalah BPCP. Papar semua catatan

G.A.S - Sepak Takraw dipanggil "Kung Fu Volleyball"

MAJALAH BPCP

Hahaha... Lawak. Tadi tauke pergi laman blog yang selalu tauke singgah untuk mendapatkan info I.T. iaitu geeksaresexy.net. Agaknya penulis blog tu first time tengok permainan sepak takraw, dia jumpa video pasal Sepak Takraw ini dan kongsi kat blog dia dengan tajuk "OMG: Kung Fu Volleyball [Video]". 
Punya kagum orang luar dengan permainan sepak takraw kita. Kalau baca komen di Youtube pun semua kagum dengan permainan ini. Jadi kita kena berbangga dan pertahankan sukan tradisi turun-temurun ni. Kalau boleh kalahkan pasukan Thai yang dah lama kita tak menang-menang dengan mereka.

Tag : ,

Dahsyat.. Teknologi Display Paling Fleksibel Hari Ini.

MAJALAH BPCP

Syarikat elektronik Jepun yang sentiasa membuat kejutan telah memperkenalkan Screen Display yang sangat fleksibel. Bukan sahaja boleh dilentur-lenturkan, malah boleh digulung macam gulung tikar tu. Agaknya, kalau lipat dua terus boleh tak?




Memang tiada yang mustahil hari ini. Dengan adanya screen yang boleh digulung sebegini maka tak mustahillah Laptop konsep yang pernah tauke terbaca di sebuah website boleh menjadi kenyataan.

Laptop ini diberi nama "D-Roll Laptop". Bawak laptop ni macam bawa segulung ijazah jer.. hehe.

Tag : ,

Google Map - Berenang? Tak boleh ke naik Speed Boat?

MAJALAH BPCP

Cuba korang pergi Google Map dan lakukan seperti berikut:
  1. Taip China sebagai starting Point
  2. Taip Taiwan sebagai destination
  3. Baca Direction ke 48

 Haha.. Lawaknya. Tak boleh ke naik feri atau speed boat. Ni nak mengatasi rekod Dato' Malik Mydin ni..
Tag : ,

Utusan - Insiden keselamatan siber meningkat 147%

MAJALAH BPCP
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan ancaman penggodam yang mengganas menggodam laman-laman sesawang yang mengandungi maklumat berprofili tinggi juga mampu mengancam keselamatan sesebuah negara. Terbaru, sekupulan penggodam yang menggelarkan diri mereka "LulzSez" (Berbelit lidah Tauke menyebutnya) telah mencuri maklumat-matlumat kad kredit pengguna PlayStation 3, dan turut menceroboh laman web sulit kerajaan Amerika Syarikat. Laman sesawang di negara kita juga tidak terlepas dengan ancaman tersebut apabila terdapat laman web penting negara kita telah diceroboh oleh mereka yang tidak berkenaan. 

Dalam surat khabar Utusan Malaysia hari yang bertajuk "Insiden keselamatan siber meningkat 147%" ini melaporkan, antara ancaman utama pengguna internet di Malaysia ialah aktiviti mencuri maklumat akaun pengguna adalah sangat berleluasa. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Husin Jazri berkata, daripada 2,820 kes penipuan siber yang dilaporkan tahun ini, kes 'phishing' iaitu percubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan data kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik mencatat jumlah kes paling tinggi. Pada pandangan Tauke, antara penyumbang kepada peningkatan ini adalah kerana peningkatan pengguna perbankan Internet, yang mana "online Banking" ini sangat mudah tetapi kesedaran penggunanya berkenaan langkah-langkah keselamatan penting yang perlu diambil apabila menggunakannya masih kurang. Inisiatif dari CyberSecurity Malaysia mereka telah membangunkan aplikasi 'DontPhishMe' untuk melindungi pengguna siber daripada ancaman perkhidmatan perbankan Internet terutama 'phishing'. Dapatkan 'DontPhishMe' ini disini:- DontPhishMe

Pada pandangan Tauke juga, macam mana selamat atau kebal sekalipun laman sesawang kita, penggodam-penggodam ini akan sentiasa pandai mencari ruang dan peluang yang ada. Lagipun Internet ini pun ciptaan manusia sendiri yang tiada jaminan kesempurnaanya 100 peratus. Mesti ada kelemahan tertentu.

Tulalip - Microsoft Pun Buat Laman Sosial

MAJALAH BPCP
 
Sebelum ni tauke buat ulasan tentang pesaing baru Facebook iaitu "Google+" yang dikeluarkan oleh Google, Microsoft juga tidak mahu ketinggalan untuk memecahkan monopoli Facebook dalam dunia laman sosial ini dengan menghasilkan laman page sosialnya digelar "Tulalip". Macam lawak jer nama Tulalip ni. Macam Ubuntu juga, namanya macam lawak dikalangan kita orang Malaysia, tapi orang putih dengar macam sempoi jer. Seperti Google+, Tulalip ini masih dalam peringkat pembangunan. Disini disertakan lagi sneek shot Tulalip yang didakwa tidak sengaja tersebar di internet. (Ye la tu tak sengaja. Taktik pemasaran tu).
 Lepas ni banyak la laman sosial yang boleh dipilih pengguna. Sampai rambang mata la. Nak baca informasi tambahan pasal tulalip ni baca kat sini:- oopsy-microsoft-mistakenly-publishes-secret-projects 
Tag : ,

"Google+" - Pesaing "Facebook" dah tiba akhirnya.

Baru-baru ini Google telah memperkenalkan rangkaian network sosialnya yang diberi nama "Google+" yang dikatakan mampu memberi saingan kepada "facebook". Siapa yang tak tahu facebook kan zaman sekarang ni kan? Jadi kalau cakap facebook ni secara automatiklah orang tahu "Google+" ni apa. 

Walaupun ia merupakan pesaing terbaru dengan facebook, tidaklah bermakna "Google+" ni seratus peratus tiru facebook. Lebih-lebih lagi "Google+" ini dimaju dan dibangunkan oleh gergasi internet hari ini iaitu Google, sudah tentu Google+ ini lebih mantap. 

Namun "Google+" ini masih diperingkat percubaan dan disebabkan "Google+" ini begitu hangat dipasaran, Google telah mengehadkan jumlah mereka yang boleh mencubanya. Pada masa ini mereka yang mendapat "invite" dari orang yang dah ada akaun "Google+" sahaja boleh menggunakannya. Walaupun begitu, dikhabarkan "Google+" ini akan dapat dinikmati semua tidak lama lagi.  Kita cuma boleh beri email kita untuk mendapat maklumat bila "Google+" ini dilancarkan nanti. Tengok kat link ini: Google Plus

Struktur asas untuk Google+ ialah Stream, Photos, Profile dan Circle. Lebih kurang macam facebook Wall, Photos, Profile dan Friends

STREAM
Stream lebih kurang macam "news feed update" yang kat facebook tu. Apa-apa update kawan-kawan kita atau ada orang +1 kita akan terpampang pada page stream ini. Untuk makluman, +1 sama macam "like" pada facebook. Bagusnya stream pada "Google+" ini ialah kemampuannya untuk memaparkan update yang kita nak sahaja. Bukan semua update termasuk jiran kawan kita punya kawan punya update keluar.Yang kita nak sahaja.

PHOTO
Ruang Photo atau dalam bahasa melayunya Gambar, dipecahkan kepada beberapa bahagian. Gambar dari Circles saya, Gambar dari telefon saya, Gambar saya dan Album Saya. Kelebihan kepada pengguna smartphone dengan Android OS, terdapat software yang boleh dimuat turun dari Android Market yang memudahkan kita memuat turun gambar ke Photo Google+ kita. 

PROFILE
Dalam page Profile, Google telah mencipta sebaik mungkin profile yang lebih ringkas dan kemas. Google cuba ubtuk mengelakkan dari mempunyai sebarang persamaan dengan facebook. Tapi tauke tengok lebih kurang jer. Tapi memang kemas dan menarik.

CIRCLE
"Circle" kalau nak disamakan dengan facebook adalah page yang menempatkan kawan-kawan yang telah kita invite. Namun "Circle" dilihat mudah untuk diuruskan dan direka agar bersesuaian dengan gaya hidup sosial kita yang sebenar. Asas yang terdapat pada "Circle" ialah "Friends", "Family", "Acquaintance" dan "Following". "Following" menempatkan orang yang anda tak kenal tapi post yang mereka keluarkan anda ikuti.


Kesimpulannya, "Google+" dilihat begitu menawan dan berdaya saing yang mana boleh dijadikan alternatif kepada facebook. Tidak seperti facebook yang telah menimbulkan banyak isu berkaitan keselamatan maklumat penggunanya, Google berjanji akan memastikan privasi data pengguna adalah dijamin selamat dan pengguna akan lebih mudah menguruskannya. Jadi bila dah dilancarkan nanti, sama-samalah kita beralih ke "Google+" pulak. Tamatlah zaman Facebook sebagaimana tamatnyer zaman Friendster dulu.
Tag : ,

Primo PDF-Perisian untuk convert file anda kepada PDF

File yang berformat PDF sekarang ini menjadi pilihan pengguna untuk membaca dokumen-dokumen penting. Ini adalah kerana file yang berformat PDF ini adalah lebih ringan dan fleksible berbanding format .doc. Bukti peningkatan populariti file berformat PDF ini adalah dengan ciptaan e-Book yang merupakan sebuah buku elektronik mudah alih dan buku-bukunya kebanyakan dari format PDF.
eBook-Buku elektronik
Terdapat pelbagai perisian yang boleh membantu anda menukarkan file-file anda kepada format PDF ini. Antaranya adalah Primo PDF yang merupakan perisian converter PDF percuma dan boleh dimuat turun di internet. Perisian ini boleh membantu menukarkan file-file anda bukan sahaja format .doc tetapi apa sahaja yang boleh dicetak kepada printer anda boleh ditukarkannya kepada PDF. Pelik bukan? Apa kaitan print file anda dengan convert kepada PDF ni?

Sebenarnya selepas diinstall ke dalam komputer anda, untuk menukarkan file anda kepada PDF anda perlu memilih setting printer anda kepada printer maya PrimoPDF seperti gambar di bawah.
Setelah memilih printer PrimoPDF, apabila anda print file anda, menu PrimoPDF akan dipaparkan dan anda boleh memilih setting-setting yang anda mahu seperti lokasi, saiz file, jenis file dan sebagainya.
Setelah berpuas hati dengan setting anda klik pada butang "create pdf' file PDF anda akan terhasil. Mudah kan..? Sekiranya anda berminat bolehlah muat turun perisian ini di sini --> Primo PDF
Tag : ,

Majalah Chip Edisi June


Petang tadi waktu teman wife saya cari buku kat MPH,ternampak pulak majalah yang dah sekian lamer dah tak beli. Majalah CHIP. So, belilah try bacer tengok apa menarik.. Dulu saya memang rajin beli buku ni. Sajer suka baca pasal komputer. Sekarang ni banyak follow pasal komputer ni kat internet jer. Mudah.. Selain daripada tu aku rajin gak bacer Majalah HWM. Tapi dalam post kali ni saya nak berikan sedikit ulasan tentang majalah Chip. Kepada semua yang ingin mengetahui segala yang terbaru dalam dunia perkomputeran Majalah CHIP adalah antara yang mesti korang beli. Klik Read More untuk baca selanjutnya...

Majalah CHIP yang aku beli adalah edisi Jun. Kepada yang meminati bisness. Edisi kali ini harus dimiliki...Tajuk utamanya "Net Profits;Reaping the benefit off the internet". Berkenaan bagaimana nak buit duit daripada internet. Macam kena pada maser jer hehe.. Kebetulan time ni aku dah sedikit addict menulis blog..Majalah tu menceritakan pelbagai kaedah yang digunakan hari ini melibatkan bisnes terutamanya pebiklanan yang boleh bagi kita duit. Google sangat kaya raya hari ini adalah disebabkan kaedah peangiklanan yang mereka gunakan. Yang buat aku terkejut bila baca tentang browser-browser internet dan ranking masing-masing. Majalah tu meletakkan browser Opera ditempat pertama, manakala mozilla Firefox kedua dan Google Chrome hanya menduduki tempat ketiga. Betul ke ni? Macam tak sesuei jer.Kalau saya yang menjadi panel untuk meletakkan ranking tu confirm Google Chrome tempat pertama. Pada masa sekarang ni apa yang perlu dilihat untuk memilih browser adalah kepantasan, memudahkan dan design yang simple tak serabut. Semua tu Google Chrome yang miliki. Sekarang ni pun tengah pakai Google Chrome...hehe.. Macammana pun yang paling tak boleh disangkal Internet Explorer duduk last skali..:) Majalah CHIP ni juga memaparkan produk-produk dan perkakasan terkini berkenaan dunia perkomputeran seperti Grafik Card Baru, Processor baru dan macam-macam lagi. Setiap bulan majalah ni sering memaparkan cerita-cerita berkenaan overcloaking. Macam kali ni dorang cerita pasal ada buat overcloaking kat processor i7 model baru. Dasyat gak. Dorang overcloked dari 2.93Ghz boleh jadi 4.3Ghz. Hampir 2 kali ganda. Mesti coolant system power tahap gaba...Nak tau lebih detail beli la majalah ni.

Macam biaser yang buat aku suka majalah ni antara sebab lain dia akan berika kita CD percuma dengan perbagai benda menarik didalamnya.

Dalam CD ni ada Demo Game baru, Trailer Movie baru, applikas-aplikasi yang memudahkan kerja kita (biasanya freeware), dan lain-lain. Saya paling suka dia ada bagi installer untuk semua jenis browser yang popular hari ini. safari yang apple punya tu pun ader. Try dah.. laju jugak..
Lepas ni kalau terajin mukin beli edisi Julai pulak. Ok lar.. rasernyer cukuplah setakat ini..-tauke_bengkel
Chip - Germany
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -