Paling Popular

Januari 05, 2011

File yang berformat PDF sekarang ini menjadi pilihan pengguna untuk membaca dokumen-dokumen penting. Ini adalah kerana file yang berformat PDF ini adalah lebih ringan dan fleksible berbanding format .doc. Bukti peningkatan populariti file berformat PDF ini adalah dengan ciptaan e-Book yang merupakan sebuah buku elektronik mudah alih dan buku-bukunya kebanyakan dari format PDF.
eBook-Buku elektronik
Terdapat pelbagai perisian yang boleh membantu anda menukarkan file-file anda kepada format PDF ini. Antaranya adalah Primo PDF yang merupakan perisian converter PDF percuma dan boleh dimuat turun di internet. Perisian ini boleh membantu menukarkan file-file anda bukan sahaja format .doc tetapi apa sahaja yang boleh dicetak kepada printer anda boleh ditukarkannya kepada PDF. Pelik bukan? Apa kaitan print file anda dengan convert kepada PDF ni?

Sebenarnya selepas diinstall ke dalam komputer anda, untuk menukarkan file anda kepada PDF anda perlu memilih setting printer anda kepada printer maya PrimoPDF seperti gambar di bawah.
Setelah memilih printer PrimoPDF, apabila anda print file anda, menu PrimoPDF akan dipaparkan dan anda boleh memilih setting-setting yang anda mahu seperti lokasi, saiz file, jenis file dan sebagainya.
Setelah berpuas hati dengan setting anda klik pada butang "create pdf' file PDF anda akan terhasil. Mudah kan..? Sekiranya anda berminat bolehlah muat turun perisian ini di sini --> Primo PDF

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -