Paling Popular

Januari 05, 2011

Walaupun dalam post sebelum ini (TV 3D mungkin menyebabkan anda pening) Tauke ada menceritakan tentang terdapat kajian yang dijalankan mendapati TV 3D boleh menyebabkan pening kepala, namun tidak dapat dinafikan gadjet yang berteraskan fungsi 3D tetap menjadi pilihan. Terbaru, Kamera 3D yang dicipta agar mesra pengguna dikatakan akan meletup dan menjadi pilihan kepada pengguna yang gemar merakam video terutamanya pembikin video amatur.

Syarikat elektronik Panasonic telah menjadi pelopor dalam mengeluarkan Kamera 3D ini  dengan model HDC-SDT750K yang merupakan kamera 3D yang dikhususkan untuk pengguna amatur yang pertama di dunia. 
Kamera 3D ini berfungsi dengan cara yang sama seperti bagaimana penonton melihat imej 3D iaitu dengan menggunakan kaca mata merah dan biru. Tetapi camera ini takkan nak pakai spek pulak kan. Kamera ini mempunyai Kanta khas yang boleh menghasilkan imej dengan kedalaman yang berbeza seperti kaca mata tadi. 
Tauke nak beli camera ni takder bajet. Harganya kira-kira dalam RM 4,000. Tapi kalau yang minat buat maser ni takde kat Malaysia lagi. Tapi boleh beli online kat sini --> Panasonic HDC-SDT750K

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -