Paling Popular

Januari 03, 2011


TV 3D yang kian popular hari ini sehingga menyebabkan jatuhnya harga TV LCD, diberitakan di dalam sebuah majalah sains yang terkenal iaitu Majalah Newscientist mungkin menyebabkan anda menjadi pening atau penyakit yang setara dengannya apabila menonton imej-imej tertentu yang dipaparkan pada tv tersebut. Ini adalah disebabkan dengan cara TV 3D itu sendiri berfungsi dengan setiap mata melihat imej yang sama dengan pandangan yang berbeza menyebabkan terhasilnya ilusi ke atas kedalaman imej. Mata akan cuba menyelaraskan fokus dan kedudukan imej sama ada retina membesar atau mengecil, jarak fokus mata didekat atau dijauhkan. Kita menjadi pening disebabkan mata yang bekerja keras untuk melakukan aktiviti tersebut.
Tapi buat masa ini, daripada kajian yang dilakukan hanya 20% daripada penonton yang mengalami masalah ini. Ia juga didapati disebabkan imej 3D yang tidak berkualiti.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -