- Back to Home »
- Majalah BPCP »
- "Google+" - Pesaing "Facebook" dah tiba akhirnya.
Julai 14, 2011
Baru-baru ini Google telah memperkenalkan rangkaian network sosialnya yang diberi nama "Google+" yang dikatakan mampu memberi saingan kepada "facebook". Siapa yang tak tahu facebook kan zaman sekarang ni kan? Jadi kalau cakap facebook ni secara automatiklah orang tahu "Google+" ni apa.
Walaupun ia merupakan pesaing terbaru dengan facebook, tidaklah bermakna "Google+" ni seratus peratus tiru facebook. Lebih-lebih lagi "Google+" ini dimaju dan dibangunkan oleh gergasi internet hari ini iaitu Google, sudah tentu Google+ ini lebih mantap.
Namun "Google+" ini masih diperingkat percubaan dan disebabkan "Google+" ini begitu hangat dipasaran, Google telah mengehadkan jumlah mereka yang boleh mencubanya. Pada masa ini mereka yang mendapat "invite" dari orang yang dah ada akaun "Google+" sahaja boleh menggunakannya. Walaupun begitu, dikhabarkan "Google+" ini akan dapat dinikmati semua tidak lama lagi. Kita cuma boleh beri email kita untuk mendapat maklumat bila "Google+" ini dilancarkan nanti. Tengok kat link ini: Google Plus
Struktur asas untuk Google+ ialah Stream, Photos, Profile dan Circle. Lebih kurang macam facebook Wall, Photos, Profile dan Friends.
Kesimpulannya, "Google+" dilihat begitu menawan dan berdaya saing yang mana boleh dijadikan alternatif kepada facebook. Tidak seperti facebook yang telah menimbulkan banyak isu berkaitan keselamatan maklumat penggunanya, Google berjanji akan memastikan privasi data pengguna adalah dijamin selamat dan pengguna akan lebih mudah menguruskannya. Jadi bila dah dilancarkan nanti, sama-samalah kita beralih ke "Google+" pulak. Tamatlah zaman Facebook sebagaimana tamatnyer zaman Friendster dulu.
Walaupun ia merupakan pesaing terbaru dengan facebook, tidaklah bermakna "Google+" ni seratus peratus tiru facebook. Lebih-lebih lagi "Google+" ini dimaju dan dibangunkan oleh gergasi internet hari ini iaitu Google, sudah tentu Google+ ini lebih mantap.
Namun "Google+" ini masih diperingkat percubaan dan disebabkan "Google+" ini begitu hangat dipasaran, Google telah mengehadkan jumlah mereka yang boleh mencubanya. Pada masa ini mereka yang mendapat "invite" dari orang yang dah ada akaun "Google+" sahaja boleh menggunakannya. Walaupun begitu, dikhabarkan "Google+" ini akan dapat dinikmati semua tidak lama lagi. Kita cuma boleh beri email kita untuk mendapat maklumat bila "Google+" ini dilancarkan nanti. Tengok kat link ini: Google Plus
Struktur asas untuk Google+ ialah Stream, Photos, Profile dan Circle. Lebih kurang macam facebook Wall, Photos, Profile dan Friends.
STREAM
Stream lebih kurang macam "news feed update" yang kat facebook tu. Apa-apa update kawan-kawan kita atau ada orang +1 kita akan terpampang pada page stream ini. Untuk makluman, +1 sama macam "like" pada facebook. Bagusnya stream pada "Google+" ini ialah kemampuannya untuk memaparkan update yang kita nak sahaja. Bukan semua update termasuk jiran kawan kita punya kawan punya update keluar.Yang kita nak sahaja. PHOTO
Ruang Photo atau dalam bahasa melayunya Gambar, dipecahkan kepada beberapa bahagian. Gambar dari Circles saya, Gambar dari telefon saya, Gambar saya dan Album Saya. Kelebihan kepada pengguna smartphone dengan Android OS, terdapat software yang boleh dimuat turun dari Android Market yang memudahkan kita memuat turun gambar ke Photo Google+ kita. PROFILE
Dalam page Profile, Google telah mencipta sebaik mungkin profile yang lebih ringkas dan kemas. Google cuba ubtuk mengelakkan dari mempunyai sebarang persamaan dengan facebook. Tapi tauke tengok lebih kurang jer. Tapi memang kemas dan menarik.CIRCLE
"Circle" kalau nak disamakan dengan facebook adalah page yang menempatkan kawan-kawan yang telah kita invite. Namun "Circle" dilihat mudah untuk diuruskan dan direka agar bersesuaian dengan gaya hidup sosial kita yang sebenar. Asas yang terdapat pada "Circle" ialah "Friends", "Family", "Acquaintance" dan "Following". "Following" menempatkan orang yang anda tak kenal tapi post yang mereka keluarkan anda ikuti.Kesimpulannya, "Google+" dilihat begitu menawan dan berdaya saing yang mana boleh dijadikan alternatif kepada facebook. Tidak seperti facebook yang telah menimbulkan banyak isu berkaitan keselamatan maklumat penggunanya, Google berjanji akan memastikan privasi data pengguna adalah dijamin selamat dan pengguna akan lebih mudah menguruskannya. Jadi bila dah dilancarkan nanti, sama-samalah kita beralih ke "Google+" pulak. Tamatlah zaman Facebook sebagaimana tamatnyer zaman Friendster dulu.
Catat Ulasan