Paling Popular

BPCP e-Shoppe Telah Didaftarkan SSM

BPCP e-Shoppe

Untuk makluman semua kedai online tauke iaitu BPCP e-Shoppe(http://BPCPeShoppe.lelong.my) kini telah didaftarkan di bawah SSM dengan no pendaftaran 002135752-M. Jadi dijemput semua untuk membeli belah dengan yakin di kedai komputer bajet tauke disini ->  http://BPCPeShoppe.lelong.my


Semperna selamatnya berdaftar kedai tauke online ini kesemua barang kecuali Air Duster kini diturunkan harga. Kepada yang masih ragu-ragu atau bimbang atau belum pernah menggunakan perkhidmatan shopping online di Lelong tauke akan buat satu panduan serta tip-tip keselamatan untuk membeli belah dengan selamat di portal Lelong.com.my dalam post yang akan datang.

Ubuntu 12.04 - 10 Fungsi Menarik

UBUNTU

 Versi Ubuntu yang terbaru sudah pun lama keluar (boleh download disini). Namun disebabkan kesuntukana masa dan ruang storan hard disk tauke tidak mencukupi, tauke sendiri pun belum install Ubuntu 12.04 ini. Almaklumlah sejak guna Unifi ni kejernyer asyik mendunlut. Tapi tauke dah cuba live USB dia. First impression tauke ialah "laju" dan "kemas". Walaupun tauke "run" Ubuntu ni dari USB versi ni memang terasa lebih laju berbanding versi sebelumnya. 

Apa pun tauke bercadang untuk beli hard disk baru "special" untuk Ubuntu 12.04 ini. Tauke akan membuat ulasan yang lebih mendalam lepas cuba nanti. Sementara tu korang boleh tengok apa yang menarik pada versi Ubuntu 12.04 ini melalui video di bawah.
Tag : , ,

IPad - Sila Gunakan Tanpa Kaca Mata Hitam..

INFO BPCP[Video]


Kepada peminat Ipad, ini info terbaru tauke baca. Sekiranya anda menggunakan kaca mata hitam anda mungkin bermasalah untuk melihat paparan skrin Ipad anda dalam kedudukan "potrait"(menegak). Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.



Masalah ini berlaku disebabkan susunan lapisan skrin LED Ipad tersebut yang terdiri daripada beberapa lapis filem "polarized". Sekiranya Spek Hitam anda original, ia akan menapis cahaya-cahaya tertentu dari masuk seperti silauan cahaya matahari. Konsep yang sama pada "tinted" cermin kereta anada. Dalam fizik sekolah menengah dulu ada belajar pasal ni, dalam bab pantulan cahaya kalau tak silap tauke. Jika susun 2 lapisan filem "polarized" mengikut darjah-darjah tertentu kita boleh menghalang cahaya daripada masuk. Tauke pun ingat-ingat lupa benda ni, kalau korang tak faham tengok sendiri buku teks fizik SPM.
Tag : ,

Tonton Youtube Dengan QuickPlay (Windows)

INFO BPCP


Sebelum ini tauke ada menulis post berkenaan Minitube, player yang memudahkan anda untuk menonton video Youtube kegemaran anda tanpa perlu membuka browser anda. Malangnya Minitube hanya boleh digunakan secara percuma menggunakan Platform Linux seperti Ubuntu. Pengguna Windows atau Mac OS perlu membayar untuk menggunakannya. 

Tetapi kini pengguna Windows boleh menggunakan player yang seakan-akan Minitube iaitu QuickPlay yang juga percuma. Quickplay boleh diintegrasikan dengan Youtube untuk memudahkan anda menonton video Youtube kegemaran anda. Pemain ini juga boleh digunakan untuk memainkan video dari komputer anda dari yang berdefinisi biasa hinggalah berdefinisi tinggi. (tauke try file .flv, tapi macam tak support).

Pun begitu selepas tauke mencubanya, fungsi-fungsi yang terdapat pada player ini tidak dapat menandingi Minitube. Tiada fungsi untuk memainkan Channel Youtube secara automatik seperti di Minitube. Perisian Quickplay ini juga agak berat dari segi responnya sehingga kadang-kala memaksa tauke force-quit jer.

Perisian ini sebenarnya dibangunkan untuk Windows8 tetapi pengguna Windows lain juga boleh menggunakannya kerana keperluan minimunnya ialah Windows XP SP3. Quickplay boleh dimuat turun di SINI.
Tag : , , ,

Koleksi Wallpaper Untuk Ubuntu 12.04

UBUNTU

Antara sebab tauke suka sangat Ubuntu adalah wallpepernya yang sungguh "sleek", "cool" dan Cun.. Tengoklah koleksi wallpaper tu di bawah. (link untuk download di akhir post ini)















Thumbnail yang last sekali tu adalah default wallpaper untuk Ubuntu 12.04 nanti. Kiranya kalau korang install Ubuntu 12.04 wallpaper tu akan keluar mula-mula sekali.

Best kan..? Kalau korang tak suka takpe. Pandangan masing-masing. Kalau korang suka, boleh muat turun wallpaper tu di SINI

Tag : ,

Bagaimana Linux Dibina?

INFO BPCP[Video]


Saksikan bagaimana Linux dihasilkan melalui video yang ringkas tapi padat di bawah. Untuk pengetahuan semua hampir kesemua peranti elektronik mahupun internet sebenarnya menggunakan Linux.

Tag : , ,

Belajar Fizik Seminit Sehari

INFO BPCP


Tauke terjumpa satu YouTube channel ni yang sesuai untuk mereka yang nak belajar fizik secara interaktif dan pantas. Setiap topik diajar bukanlah betul-betul dalam masa satu minit tetapi kebanyakkannyalah. Paling lama pun 2-3 minit.

Laman ni sesuai khususnya untuk mereka yang amik course Fizik atau Kejuruteraan di universiti sebab kebanyakan teori fizik yang diajar adalah teori fizik modern. Banyak cerita teori yang Einstein buat. Sekolah menengah boleh la cuba faham sikit-sikit. Mana tau kalau korang tengok video ni seminit sehari korang boleh expert Fizik dan bakal jadi penerima anugerah nobel nanti..Klink link ini untuk ke channel tersebut: http://www.youtube.com/user/minutephysics
Tag : ,

Ubuntu12.04 LTS - Tinggal 30 Hari Lagi..!

UBUNTU


Sedar tak sedar tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum versi terbaru Ubuntu iaitu 12.04 LTS akan dilancarkan. Yang paling best sekali versi kali ini adalah LTS iaitu "Long Term Support" bermakna segala update dan penambahbaikan ubuntu versi 12.04 ini disediakan hingga hampir 2 tahun. Jadi kalau korang dah suka sangat Ubuntu versi ini dan tak nak cuba dah versi baru yang sentiasa sentiasa ada setiap 6 bulan tu, sesuai sangatlah guna versi ini. Klik sini untuk fahamkan lagi apa itu LTS.

Video di bawah ini adalah versi beta terbaru Ubuntu 12.04 LTS ini.
Tag : , ,

Adobe CS5 -Memang Memudahkan..!

INFO BPCP

Walaupun dah lama kecoh diperkatakan ramai dan dah ramai pun guna Adobe CS5 ni namun tauke baru je minggu lepas install software ni. Sebelum ni tak rasa nak beralih angin..tauke dah biasa guna CS3. Lepas tonton banyak tutorial dan fungsi-fungsi menarik di youtube tauke pun cubalah guna CS5 ni. Dan.. lepas guna terus "Cinta Pandang Pertama".. Memang hebat. Tengok gambar di bawah nampak tak perbezaan dua-dua gambar tu? Sebelum dan selepas diphotoshopkan..


Tukang potong rumput tu dah dihilangkan dengan menggunakan fungsi "Content Aware Fill" yang terdapat pada Photoshop CS5 ini. Kalau dulu nak edit buang apa-apa dalam gambar tu agak leceh sikit.. banyak step. Tapi dengan menggunakan CS5 ni, nak semudah satu, dua, tiga. Hanya dengan menggunakan "Spot Healing Brush" dan pastikan fungsi Content-Aware tu aktif. Tak faham boleh tengok video bawah ni.



Memang mudah.. Lepas ni memang rajinlah tauke berphotoshop..
Tag : ,

Pertandingan Wallpaper Ubuntu 12.04 - Mungkin Foto Anda Dipilih!

UBUNTU


Pertandingan untuk menentukan Wallpaper untuk Versi Ubuntu yang akan datang iaitu versi 12.04 "Precise Pangolin" telah dibuka. Kepada peminat Ubuntu lebih-lebih lagi kaki fotografi boleh cuba hantar foto cun anda ke public pool on social networking Flickr Mana tahu foto anda yang akan dipilih nanti. Kalau tak jadi Wallpaper utama, dimasukkan dalam koleksi-koleksi wallpaper asas Ubuntu pun boleh dibanggakan. Yang penting foto anda tu memang cun dan layak untuk dijadikan wallpaper Ubuntulah. Biasanya walllpaper di Ubuntu ni memang cantik dan stylo. Lihat koleksi wallpaper yang dipilih untuk versi-versi Ubuntu yang lepas di bawah:
Tag : , ,

"Overhaul" Laptop Semata-mata Nak Tukar Hard Disk

DARI BENGKEL TAUKE


Laptop model Dell N4010 adalah antara model yang kena fikir dua kali kalau nak membelinya. Memang designnya cantik dan tauke yakin ketahanan laptop Dell ni tapi model N4010 agak mengecewakan sebab menjadi masalah besar pula bila nak menukar hard disknya andainya rosak atau kita nak "Upgrade". Mana taknya, tiada bukaan di bahagian bawah tempat hard disk tu ditempatkan. Untuk menukar hard disknya yang terletak di bawah mainboard tu kena buka terus semua, dengan erti kata lain overhaul terus. Apa..daa.. (Baca selanjutnya untuk lihat proses overhaul tu)

Laptop ni adik tauke yang punya. Hard disk dia penuh "bad cluster", katanya sebab pernah jatuh hari tu. Kebetulan ada hard disk spare tak guna. Tauke pun tolonglah tukarkan hardisk tu. Tapi yang mengejutkan, setelah lama membelek-belek laptop ni, tauke tak jumpa pun bukaan untuk tukar hard disk tu. Yang ada tempat nak tukar RAM. Tauke pun buatlah survey di internet. Rupa-rupanya model ni memang tak ada bukaan untuk tukar hard disk tu.


Kalau nak tukar hard disk, kena buka semua. Kena keluarkan semua skru yang ada, buka keyboard, bracket, dan akhir sekali buka mainboard barulah jumpa hard disk tu.

Hard Disk ada bawah mainboard tu.

Tapi nasib baik model dell ni bagi tauke sangatlah mudah kalau nak di Overhaulkan. Tak seperti model lain, kebanyakkan skrunya bersaiz standard jadi tak adalah masalah tersalah skru sampai "loose". Selain itu, segala komponen seperti mainboard, kipas dan sebagainya dipasang agar mudah untuk diselenggara. Nasib baik tak sesukar yang disangka.

Proses tukar hard disk berjaya!

Tapi sebaiknya Dell kenalah letak bukaan untuk hard disk, barulah senang orang nak selenggara. Disebabkan ini markah untuk model Dell ni tauke tolak 50 markah daripada seratus. Siapa yang nak beli model ini perlu pertimbangkan dulu masalah tiada bukaan untuk hard disk ni. Andai kata korang nak repair sendiri laptop ini boleh muat turun manualnya disini atau kunjungi Facebook Pagenya disini.

p/s - Tauke hanya mengambil masa 1 jam 20 minit overhaul laptop ini. Dahsyat tak? Hehe..

BPCP e-Shoppe Kini Kembali

BPCP eShoppe


Hampir 2 bulan blog Budget PCpart ini menyepi. Tauke sebenarnya sibuk membangunkan semula kedai online budget tauke iaitu BPCP e-Shoppe yang mempunyai masalah teknikal sebelum ini. Ramai yang mengadu tak boleh masuk. Jadi tauke telah memilih WebStore di Lelong.com.my untuk membawakan produk-produk manarik dari tauke. Singgahlah yer. Kedai baru tauke ini boleh dilayari di http://bpcpeshoppe.lelong.my

Kepada yang biasa shopping di Lelong.com.my mesti tahu akan keboleh percayaan jual beli disitu berbanding kedai-kedai maya yang lain. Kepada yang baru nak berkjinak-jinak jangan risau, tauke akan sediakan tutorial untuk membantu anda membeli belah dengan selamat disitu. Kunjungi kedai tauke untuk promosi dan produk-produk menarik dari tauke.

Acer - Tiada Lagi Laptop Bajet Tahun Depan

 MAJALAH BPCP


Disebabakan kerugian berturut-turut pada dua suku tahun ini, pengarah eksekutif syarikat Acer J.T. Wang memutuskan Acer akan menghentikan penjualan laptop "low -End" mereka dan mensasarkan penjualan laptop ultrabooks mereka. J.T Wang beranggapan, walaupun laptop tersebut murah, namun ianya berkait rapat dengan kualitinya yang rendah. Disebabkan perkara tersebut penjualan mereka jatuh mendadak. 


Menurut beliau lagi, laptop ultrabooks mereka mampu menambat kembali hati pengguna kerana pengguna hari ini mahukan komputer riba yang lebih ringan, nipis dan mempunyai jangkahayat bateri yang panjang. Harganya yang agak tinggi akan mampu mengembalikan margin pendapatan syarikat. 

Pun begitu, pada pendapat tauke langkah yang diambil Acer ini mungkin hanya memberikan padah. Mana taknya, cuba lihat harga salah satu notebook Acer ultrabooks yang paling murah.




ACER Aspire S Series  

RM2599






Berapa orang yang mampu beli? Cuba angkat tangan. Tauke yakin, seperti krisis di Wallstreet tu, hanya 1% jer yang mampu. Jadi Acer perlu mengekalkan pengeluaran laptop yang Low-End kerana ianya mampu dimiliki kebanyakan orang. Lagi pun tauke selaku pendokong apa-apa yang dalam kategori bajet dan mampu milik sangat mempertahankan notebook Low End
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -