Paling Popular

Disember 13, 2011

 MAJALAH BPCP


Disebabakan kerugian berturut-turut pada dua suku tahun ini, pengarah eksekutif syarikat Acer J.T. Wang memutuskan Acer akan menghentikan penjualan laptop "low -End" mereka dan mensasarkan penjualan laptop ultrabooks mereka. J.T Wang beranggapan, walaupun laptop tersebut murah, namun ianya berkait rapat dengan kualitinya yang rendah. Disebabkan perkara tersebut penjualan mereka jatuh mendadak. 


Menurut beliau lagi, laptop ultrabooks mereka mampu menambat kembali hati pengguna kerana pengguna hari ini mahukan komputer riba yang lebih ringan, nipis dan mempunyai jangkahayat bateri yang panjang. Harganya yang agak tinggi akan mampu mengembalikan margin pendapatan syarikat. 

Pun begitu, pada pendapat tauke langkah yang diambil Acer ini mungkin hanya memberikan padah. Mana taknya, cuba lihat harga salah satu notebook Acer ultrabooks yang paling murah.




ACER Aspire S Series  

RM2599






Berapa orang yang mampu beli? Cuba angkat tangan. Tauke yakin, seperti krisis di Wallstreet tu, hanya 1% jer yang mampu. Jadi Acer perlu mengekalkan pengeluaran laptop yang Low-End kerana ianya mampu dimiliki kebanyakan orang. Lagi pun tauke selaku pendokong apa-apa yang dalam kategori bajet dan mampu milik sangat mempertahankan notebook Low End

One Response so far.

  1. Haz says:

    sokong admin..
    terbalik pulak yg dia lakukan..
    orang low end la bnykkan..
    dan lgi satu kena tingkatkan qualitya bru la org beli..

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -