Paling Popular

April 03, 2012

INFO BPCP

Walaupun dah lama kecoh diperkatakan ramai dan dah ramai pun guna Adobe CS5 ni namun tauke baru je minggu lepas install software ni. Sebelum ni tak rasa nak beralih angin..tauke dah biasa guna CS3. Lepas tonton banyak tutorial dan fungsi-fungsi menarik di youtube tauke pun cubalah guna CS5 ni. Dan.. lepas guna terus "Cinta Pandang Pertama".. Memang hebat. Tengok gambar di bawah nampak tak perbezaan dua-dua gambar tu? Sebelum dan selepas diphotoshopkan..


Tukang potong rumput tu dah dihilangkan dengan menggunakan fungsi "Content Aware Fill" yang terdapat pada Photoshop CS5 ini. Kalau dulu nak edit buang apa-apa dalam gambar tu agak leceh sikit.. banyak step. Tapi dengan menggunakan CS5 ni, nak semudah satu, dua, tiga. Hanya dengan menggunakan "Spot Healing Brush" dan pastikan fungsi Content-Aware tu aktif. Tak faham boleh tengok video bawah ni.



Memang mudah.. Lepas ni memang rajinlah tauke berphotoshop..

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -