Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Info BPCP. Papar semua catatan

Handycam 3D-Antara Gadjet dijangka meletup 2011

Walaupun dalam post sebelum ini (TV 3D mungkin menyebabkan anda pening) Tauke ada menceritakan tentang terdapat kajian yang dijalankan mendapati TV 3D boleh menyebabkan pening kepala, namun tidak dapat dinafikan gadjet yang berteraskan fungsi 3D tetap menjadi pilihan. Terbaru, Kamera 3D yang dicipta agar mesra pengguna dikatakan akan meletup dan menjadi pilihan kepada pengguna yang gemar merakam video terutamanya pembikin video amatur.

Syarikat elektronik Panasonic telah menjadi pelopor dalam mengeluarkan Kamera 3D ini  dengan model HDC-SDT750K yang merupakan kamera 3D yang dikhususkan untuk pengguna amatur yang pertama di dunia. 
Kamera 3D ini berfungsi dengan cara yang sama seperti bagaimana penonton melihat imej 3D iaitu dengan menggunakan kaca mata merah dan biru. Tetapi camera ini takkan nak pakai spek pulak kan. Kamera ini mempunyai Kanta khas yang boleh menghasilkan imej dengan kedalaman yang berbeza seperti kaca mata tadi. 
Tauke nak beli camera ni takder bajet. Harganya kira-kira dalam RM 4,000. Tapi kalau yang minat buat maser ni takde kat Malaysia lagi. Tapi boleh beli online kat sini --> Panasonic HDC-SDT750K
Tag : ,

TV 3D mungkin menyebabkan anda pening


TV 3D yang kian popular hari ini sehingga menyebabkan jatuhnya harga TV LCD, diberitakan di dalam sebuah majalah sains yang terkenal iaitu Majalah Newscientist mungkin menyebabkan anda menjadi pening atau penyakit yang setara dengannya apabila menonton imej-imej tertentu yang dipaparkan pada tv tersebut. Ini adalah disebabkan dengan cara TV 3D itu sendiri berfungsi dengan setiap mata melihat imej yang sama dengan pandangan yang berbeza menyebabkan terhasilnya ilusi ke atas kedalaman imej. Mata akan cuba menyelaraskan fokus dan kedudukan imej sama ada retina membesar atau mengecil, jarak fokus mata didekat atau dijauhkan. Kita menjadi pening disebabkan mata yang bekerja keras untuk melakukan aktiviti tersebut.
Tapi buat masa ini, daripada kajian yang dilakukan hanya 20% daripada penonton yang mengalami masalah ini. Ia juga didapati disebabkan imej 3D yang tidak berkualiti.

Tag : ,

Tangan kanan dah pegang piala, tangan kiri pulak..?

Hari ini bermula jam 8 malam siri Finale dalam episod pasukan Malaysia untuk mengapai Piala AFF Suzuki akan terealisasi. Dengan berbekalkan 3-0 pada pusingan pertama insyaallah pasukan Malaysia seharusnya tidak mempunyai masalah untuk menamatkan perlawanan timbal balik malam ini dengan jayanya..
Lagipun dengan permainan mantap serta peningkatan permainan Malaysia berbanding perlawanan pertama yang mana kita dibelasah 4-1 rasanya nama Malaysia pasti terukir sebagai juara untuk edisi 2010 kali ini. Kalau menang inilah pertama kali malaysia merangkul piala AFF. Tauke juga manyak lespek dengan pasukan Malaysia kalau dibandingkan dengan pasukan lain. Pasukan Malaysia satu-satunya pasukan yang diwakili 100% anak watan. Tengok pasukan lain, kalau tak pemainnya adalah pemain import yang diberi kewarganegaraan, jurulatih dia mesti import. Thailand siap pakai "lagend" Boy Robson lagi, kalah jugak.. hehe..

Apa pun taknak sembang dan angkat lebih-lebih. Nanti boleh dianggap provokasi pulak yang boleh sebabkan pasukan kite kalah. Macam mana pun kita tengoklah sendiri malam ini...Tauke yakin Malaysia takkan kalahnya sebab Malaysia Boleh..!
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -