Paling Popular

Julai 26, 2011

UBUNTU/OS BAJET

Masih ramai yang belum mengetahui apakah itu Ubuntu? Kepada yang berminat untuk mengetahui atau mendapatkan bantuan berkenaan OS Ubuntu dalam bahasa melayu, tauke rekemenkan laman ubuntu.com.my. Di laman ini anda boleh cuba fahamkan diri anda berkenaan apakah ubuntu itu sebenarnya dalam bahasa kebangsaan kita. Muka hadapan laman ini terus menerangkan apakah itu Ubuntu.

Selain daripada itu di laman ini anda boleh muat turun versi Ubuntu terbaru. Klik sahaja pada menu sebelah kiri laman itu pada tajuk "Dapatkan Ubuntu". Ubuntu sangat menggalakkan perkongsian secara komuniti dalam segala aspek seperti bantuan, pembangunan dan sebagainya. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah dengan ubuntu anda klik pada menu "Dapatkan Bantuan" pada laman tersebut. Di menu utama juga terdapat link "Melibatkan Diri" yang menggalakkan anda berkongsi OS Ubuntu ini dengan orang lain. Sekiranya anda seorang otai dalam programming, anda juga boleh membantu membangunkan mahupun membuat penambahbaikan pada ubuntu dengan klik "Pembangunan"

Malangnya, walaupun laman ini berbahasa melayu. Kebanyakkan link-link yang terdapat pada laman ini dalam bahasa Inggeris. Ini boleh jadi kerana Ubuntu di Malaysia masih kurang mendapat sambutan atau sokongan. Jadi sama-samalah kita support Ubuntu.  

3 Responses so far.

  1. SS says:

    Selalu dengar ttg ubuntu , tapi tak pernah try, kalau nak try kena format la komputer ni yer?

  2. Unknown says:

    Tak perlu... asalkan ada free space dalam hard disk tu.. sekurang-kurangnya 5gb.. Pastu dia banyak cara nak install ikut suka kita..1) install dalam window..2) Dual boot.. 3) Install ubuntu delete windows..

  3. Unknown says:

    @SS Lupa nak cakap.. yang paling best.. tak perlu install.. bukak je ubuntu ni dari pendrive kita pun boleh..

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -