Paling Popular

Julai 26, 2011

KATA TAUKE

Tensioonyer tauke.. sejak Jumaat minggu lepas,, siapa yang masuk budget-pcpart.blogspot.com mesti akan keluar splash screen mintak username dan password.. Tengok gambar bawah ni..

Sungguh menyusahkan orang kerana nak kena close splash screen tu banyak kali pulak tu.. Pengunjung blog tauke pun mesti ada yang risau takut2 spalsh screen itu adalah spam yang nak curi maklumat pengunjung.. Tauke bagi jaminan itu bukan SPAM yer.. 
Sebenarnya masalah ini berpunca dari laman "gengblogger" yang merupakan sebuah laman dimana semua blogger-blogger kat Malaysia ni suka singgah. Tauke telah meletakkan logo gengblogger ini di blog tauke untuk link mudah kepada pengunjung blog tauke. Logo ini adalah dihubungkan terus ke laman gengblogger. 
Malangnya baru-baru ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menggodam  laman gengblogger menyebabkan servernya down dan setiap kali pengunjung masuk blog budget-pcpart ataupun gengblogger sendiri, server akan mintak username dan password. Sungguh menyusahkan..
Apa pun masalah ini telah tauke atasi dengan membuang semua "plug-ins" dari gengblogger. Buat masa ini tiada lagi splash screen yang mintak username dan password tu. Tapi andaikata masalah tersebut masih wujud, tutup sahaja splash screen tersebut. Teruskan mengunjungi budget-pcpart.blogspot.com 

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -