Paling Popular

Julai 26, 2011

PERISIAN BAJET

Korang pernah tak berhadapan masalah tak boleh install software disebabkan versi terkini perisian tersebut tidak menyokong versi window anda. Tak boleh install kat windowsXP, nak Windows 7 juga. Korang nak buat macam mana?

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah dengan mengunjungi laman Oldversion.com yang menempatkan himpunan perisian-perisian versi lama yang mungkin menyokong platform atau window anda. Perisian yang terdapat disini bukan hanya dikhususkan untuk platform windos malah Linux dan MacOs pun ada. Pelbagai kategori perisian boleh dijumpai di laman ini.


Antara kelebihan lain menggunakan perisian lama, terdapat sesetengah perisian yang tidak perlu dibeli lesennya. Jadi walaupun kita tak up-to-date, sekurang-kurangnya perisian tersebut boleh digunakan selama mana yang kita mahu. Tak perlu nak crack bagi sesetengah orang...hehe..

Oldversion.com ini merupakan laman yang telah lama tauke ikuti. Sejak zaman masih menuntut di Universiti dulu dan tauke rasa perisian disini telah banyak membantu tauke.

Untuk ke Oldversion.com, klik pada link ini -> Oldversion.com

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -