Paling Popular

Ubuntu 11.10 - Hanya Satu Hari Sahaja Lagi!

UBUNTU/OS BAJET

Hanya tinggal satu hari sahaja lagi atau lebih tepanya 1 Hari, 14 Jam, 51 minit, 32 saat (pada masa post ini ditulis). Korang boleh tengok live countdown macam dalam gambar diatas tu disini: http://www.thisisthecountdown.com/

Furgh.. tak sabar rasanya.. Dah tau dah bukan drastik sangat perubahan pada versi terbaru ini, tapi versi 11.04 sekarang ni pun dah best dah bagi tauke. Dalam versi 11.04 macam2 bugs team developer ni fixkan dan dikatakan lebih laju. Macam mana yer? apa pun tunggu esok.

P.S. : Mintak2 kapasiti server dia besar supaya tak lambat sangat upgrade. Kalau kat malaysia ni tauke download dari server UPM.

Latest Ubuntu Free Zine- Full Circle Edisi #53

UBUNTU/OS BAJET

Edisi ni sebenarnya bukannya baru keluar, tapi tauke yang sebenarnya baru nak inform kat semua. Ini adalah diakibatkan oleh penyakit malas update blog datang kembali. Busy sikit buat perkara lain.

Menarik Dalam Edisi #53:
* Command and Conquer.
* How-To : Program in Python – Part 27, LibreOffice – Part 8, Backup Strategy – Part 1, GRAMPS – Part 2, and Ubuntu For Business & Education – Part 2.
* Linux Lab – ZoneMinder CCTV – Part 2.
* Review – Linux Mint 11.
* I Think – With the rise of internet email, do we still need an email client installed by default?
plus: Ubuntu Games, My Story, and much much more!

Get it while it’s hot!
http://fullcirclemagazine.org/issue-53/

Ubuntu 11.10 Beta 2 Test Run - Mantop!

UBUNTU/OS BAJET

Walaupun hanya tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum versi 11.10 dilancarkan, disebabkan dah tak tahan, tauke download beta 2 version dan test run guna Live USB.

Persepsi mula-mula sebelum klik apa-apa:
-> Lebih kurang macam 11.04 jer..

Lepas explore klik sana sini:
-> Warghh...!! Mantop...!!

Memang dari segi interfacenya memang tak banyak kelainan. Tetapi pada versi 11.10 ni memang banyak penambahbaikan yang dilakukan. Boleh nampak dari segi kelajuannya, lebih user friendly, rasa macam stabil sikit dan macam-macamlah. Kalau korang nak tahu kena try test sendiri.

Ni preview video Ubuntu 11.10 yang baru tauke tengok tadi:
Ini baru versi beta 2, belum final lagi. Tauke yakin versi final nanti mesti lagi best. Wallpaper dalam versi ni sama jer macam versi 11.04, versi final nanti kot baru dorang letak.

Kalau korang kemaruk jugak nak try versi Ubuntu 11.10 Beta 2 ni boleh pergi link ini: Review&Download Ubuntu 11.10 Beta 2

Bajet Malaysia 2012 Diumumkan

MAJALAH BPCP

Semalam, Perdana Menteri kita DS Najib telah mengumunkan belanjawan untuk tahun hadapan. Selaku blog komputer bajet tidak ketinggalan tauke letak info bajet tu di blog ini.

Antara kandungan penting bajet 2012 adalah seperti berikut:

* Pengenalan beberapa program transformasi sektoral berpayung pada Dasar Transformasi Nasional (DTN) mulai 2011-2020.
* RM238.8 bilion untuk semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya yang menumpukan kepada kesejahteraan rakyat, di mana RM181.6 bilion ialah perbelanjaan mengurus dan RM51.2 perbelanjaan pembangunan.
* RM13.6 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* Kerajaan akan melaksanakan Pakej Rangsangan Khas, melalui Private Financing Inititative (PFI), dengan projek berjumlah RM6 bilion akan dilaksanakan.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300 juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusan perbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.
* RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000 unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
* RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isirumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskan konsep “Management Buyout”.
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjian pembiayaan mikro kredit.
* Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) sedia ada di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, Perak akan dimajukan sebagai projek perintis Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) manakala empat lagi RTC akan dibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.
* Mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan-pekan kecil dengan dana berjumlah RM100 juta disediakan oleh BSN secara pinjaman mudah dengan kadar empat peratus.
* RM110 juta bagi melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang melibatkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar.
* RM140 juta diperuntukkan kepada RISDA bagi melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah serta kelapa sawit yang akan memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.
* RM5 bilion disediakan untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebih komprehensif.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).
* Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
* Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Laman Web Rasmi Belanjawan ini boleh dilayari disini: Laman Rasmi Belanjawan 2012
Tag : ,

Ubuntu 11.04 a.k.a Oneiric Ocelot - 8 Hari Lagi

UBUNTU/OS BAJET

Hanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi untuk Ubuntu 11.04 atau nama kodnya Oneiric Ocelot akan dilancarkan. Tarikh rasmi versi ini akan dilancarkan ialah pada 13 Oktober 2011 iaitu kira-kira 8 hari sahaja lagi. Tak sabar rasanya tauke nak update Ubuntu tauke kepada versi ini.Disebabkan countdown timer yang terdapat pada blog ini seperti bermasalah, tauke tukar countdown timer yang baru seperti di bawah.
Ubuntu 11.10 days to go
Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada versi 11.04 berdasarkan dari preview yang tauke tengok di youtube.

Memang menarik. Tauke suka Dash baru tu. Dia gunakan Dash yang sama seperti kawannya dalam OS Linux iaitu Gnome 3. Berkenaan Gnome 3 ni, tauke selalu juga survey di Internet. Memang interfacenya sungguh menarik menyebabkan Ubuntu turut menggunakan kernal yang sama seperti Dash yang baru tu. Tetapi sebab dari segi support tauke rasa Ubuntu lebih banyak dan digemari ramai jadi tauke lebih prefer Ubuntu. Nak tengok Gnome 3 pergi sini -> http://www.gnome.org/gnome-3/

Cleverbot Perisian Buatan Manusia Yang Pandai Berkata-kata

MAJALAH BPCP

Hak ar, memang pandai la sangat, sampai tauke pulak yang dapat chop bodoh dari Cleverbot ni. Hehe.

Sekiranya korang ada sebarang persoalan atau pun kebosanan sangat tauke rekemen korang sembang dengan Cleverbot. Cubalah sembang dengan cleverbot ini di Cleverbot.com. Tanya jer apa-apa soalan, Cleverbot akan jawab dengan pantas. Tanya bahasa Melayu pun boleh.

Memang macam tak percaya Cleverbot ini sebenarnya adalah Kecerdasan Buatan ataupun A.I. Cleverbot merupakan perisian yang dikatakan menyerupai hampir 59% seperti kemampuan manusia berkomunikasi. Tapi dari jawapan yang diberikan macam tak percaya yang menjawab tu bukan manusia.

Selepas tauke cuba berkomunikasi dengan Cleverbot ini memang jelas Cleverbot ini tidaklah se"clever" mana. Kadangkala jawapan yang diberikan tidak menjawab soalan. Tapi seronok juga sembang dengan cleverbot ni. Jawapannya kadang-kala lawak sungguh.

Nak tahu cubalah sendiri di Cleverbot.com.
Tag : ,

Piracy is Environmental Friendly

MAJALAH BPCP

Betul jugak yer. Dengan asap kilang yang membebaskan Co2, CD pun tak boleh terbiodegrasi jadi... hehe..

tauke tak pernah galakkan korang lakukan Piracy yer.. Sekadar santai..
Moral: Save Our Earth!
Tag : ,

Biar Betul Binatang Ni?!

RILEX @BPCP

Biar betul binatang ni? Memang binatang ni terkenal kerana pandai mendaki gurun dan bukit. Tempat tinggal pun kat gurun dan bukit. Tapi..? Korang tengoklah sendiri.. Ada video jugak selepas gambar tu.

Dasyat betul. Kecerunan hampir 90 darjah tu...
Untuk kepastian kot-kot gambar ni adalah Photoshop tauke pun cuba la "Google". memang ada video. Tengok video pulak.

Haha..Spider Goat
Tag : ,

Facebook Timeline - Papar Facebook Dengan Cara Yang Dinamik

MAJALAH BPCP

Walaupun ramai yang tension apabila Facebook menukar interfacenya lagi, namun facebook sedang membangunkan "Facebook Timeline" yang memaparkan Facebook anda secara lebih fotogedik, eh silap fotogenik. Kemas dan cun jugaklah tauke tengok. Benda ni yang masih di peringkat beta version nampak sesuai kepada yang Facebooknya banyak gambar dan video. Nak tengok video pengenalan "Facebook Timeline" boleh lihat di bawah.

Walaupun masih beta version kalau korang tak sabar nak cuba boleh cuba ikit tuturail yang diajar di laman ini: How To Facebook Timeline
Tauke cuba juga ikut tutorial dia tapi dari dulu masalah tauke, tauke tak boleh verify phone number kat facebook. Sebab kalau nak guna developer aps di Facebook mesti verify phone number dulu.

Kalau nak ikut tutorial video lihat video dibawah.

Cubalah. Nampak sempoi gak Facebook Timeline ni.
Tag : ,

Reward Untuk Follower BPCP - 2 Pendrive Kingston Untuk Dimenangi!

BPCP Rewards Programs

~ Reward Telah Ditutup. Pemenang akan diumumkan 24/10/2011 Jam 10.00mlm ~

Khas untuk para blogger.
Semperna pembukaan BPCP e-Shoppe, iaitu kedai komputer budget online yang baru tauke lancar, Tauke ingin menjalankan pertandingan BPCP Program Rewards yang menawarkan hadiah berikut:
Tempat Pertama : Pendrive Kingston Data Traveller - 8GB
Tempat Kedua : Pendrive Kingston Data Traveller - 4GB

Cara untuk menyertai adalah seperti berikut:
1. Jadi follower di blog budget-pcpart.blogspot.com. (Tinggalkan link blog anda  di ruang "Sembang Komputer" atau ruang komen sesudah anda follow supaya tauke juga boleh follow blog korang. Selain itu aktiviti link exchange boleh dilakukan)
2. "like" fanpage Budget PC Part.
3. Singgah kedai tauke di www.bpcpeshoppe.muncom.com dan beri idea/komen membina serta daftar e-mail korang dengan mengisi borang disini. (Daftar e-mail untuk tauke hubungi sekiranya korang menang)
4. Buat entri post pada blog korang dengan cara berikut:
1. i. Title: 2 Pendrive Untuk dimenangi-Semperna Pembukaan BPCP e-Shoppe
ii. Letak banner BPCP e-Shoppe dan linkkan ke www.bpcpeshoppe.muncom.com
iii. Cerita di blog korang berkenaan rewards program ini semperna pembukaan BPCP e-shoppe dan letakkan link untuk ke rewards program ini.
*Untuk memudahkan korang, tanpa perlu menaip korang boleh copy code html di bawah, klik pada tab "edit html" sewaktu korang compose post, dan paste kat situ.

Semperna pembukaan BPCP e-shoppe di www.bpbpeshoppe.muncom.com

sertai BPCP Reward Program dan menangi 2 Pendrive Kingston Data Traveller.

Klik sini untuk Join

Senang je kan?
Pemenang akan ditentukan berdasarkan idea/komen yang terbaik dan telah melakukan semua langkah di atas. Pemenang akan diumumkan di blog budget-pcpart.blogspot.com. Selamat mencuba!

Tarikh tutup ialah pada 23/10/2011 Jam 10 malam.

Bagaimana Untuk Membersihkan Notebook Anda

MAJALAH BPCP[Video]

Video dari youtube di bawah menunjukkan bagaimana untuk membersihkan komputer anda. Anda boleh mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan, tetapi membuka panel untuk membersihkan kipas adalah tidak semudah itu bagi sesetengah model laptop. Tauke pernah bersihkan kipas laptop tanpa membuka sebarang skru. Anda boleh menggunakan "Air Duster" yang ditunjukkan dengan menyemburnya melalui lubang kipas anda.
Tag : ,

Parti Lanun Menang Pilihanraya Di Jerman - Parti Lanun?

MAJALAH BPCP

Pelik tapi benar. Lanun yang sepatunya dibenci dan menjadi musuh negara menjadi pilihan pula di Berlin, Jerman. Lanun yang dimaksudkan adalah sebuah parti yang dikenali dengan "Pirate Party Germany". Parti ini telah memenangai 15 kerusi atau mewakili 8.5% daripada kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya peringkat Negeri. Baca di link ini berkenaan kemenangan mereka disini. Kenapa mereka menjadi Pilihan? Baca selanjutnya.

Mereka menjadi pilhan kerana perjuangan Pirate Party Germany ini adalah berfokuskan untuk membentuk negara Jerman yang bebas hak cipta atau "open source governance". Mereka mempertahankan hak rakyat dalam kebebasan seperti internet, hak cipta, pelajaran, sains komputer dan sebagainya. Maksudnya parti ini menyokong aktiviti mendownload yang agak illegal seperti torrent tu dan kerana itulah parti ini menamakan parti mereka Parti Lanun. Nak tahu lebih lanjut berkenaan parti ini boleh lihat di wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Pirate_Party_Germany
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -