Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Keselamatan. Papar semua catatan

Utusan - Insiden keselamatan siber meningkat 147%

MAJALAH BPCP
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan ancaman penggodam yang mengganas menggodam laman-laman sesawang yang mengandungi maklumat berprofili tinggi juga mampu mengancam keselamatan sesebuah negara. Terbaru, sekupulan penggodam yang menggelarkan diri mereka "LulzSez" (Berbelit lidah Tauke menyebutnya) telah mencuri maklumat-matlumat kad kredit pengguna PlayStation 3, dan turut menceroboh laman web sulit kerajaan Amerika Syarikat. Laman sesawang di negara kita juga tidak terlepas dengan ancaman tersebut apabila terdapat laman web penting negara kita telah diceroboh oleh mereka yang tidak berkenaan. 

Dalam surat khabar Utusan Malaysia hari yang bertajuk "Insiden keselamatan siber meningkat 147%" ini melaporkan, antara ancaman utama pengguna internet di Malaysia ialah aktiviti mencuri maklumat akaun pengguna adalah sangat berleluasa. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Husin Jazri berkata, daripada 2,820 kes penipuan siber yang dilaporkan tahun ini, kes 'phishing' iaitu percubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan data kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik mencatat jumlah kes paling tinggi. Pada pandangan Tauke, antara penyumbang kepada peningkatan ini adalah kerana peningkatan pengguna perbankan Internet, yang mana "online Banking" ini sangat mudah tetapi kesedaran penggunanya berkenaan langkah-langkah keselamatan penting yang perlu diambil apabila menggunakannya masih kurang. Inisiatif dari CyberSecurity Malaysia mereka telah membangunkan aplikasi 'DontPhishMe' untuk melindungi pengguna siber daripada ancaman perkhidmatan perbankan Internet terutama 'phishing'. Dapatkan 'DontPhishMe' ini disini:- DontPhishMe

Pada pandangan Tauke juga, macam mana selamat atau kebal sekalipun laman sesawang kita, penggodam-penggodam ini akan sentiasa pandai mencari ruang dan peluang yang ada. Lagipun Internet ini pun ciptaan manusia sendiri yang tiada jaminan kesempurnaanya 100 peratus. Mesti ada kelemahan tertentu.

Tahun 2011 - Peningkatan Ancaman Siber

SEJAK pendedahan laman web WikiLeaks mengenai pelbagai maklumat sulit, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencadangkan pembentukan sebuah badan kerja antara kerajaan bagi menyelaras usaha global mengawal Internet. WikiLeaks dibiayai oleh pelbagai sumbangan awam, dengan bantuan penaungnya, Julian Assange yang kaya dan seperti yang boleh diagak oleh orang ramai, serba sedikit daripada Assange sendiri.
Bagaimanapun, kos penyimpanan data itu sungguh kecil kerana meskipun Assange dan petugasnya sudah mendedahkan beberapa juta dokumen, daripada segi terma data, ia bukan jumlah besar. Segala apa yang dimiliki oleh WikiLeaks mungkin disimpan dalam jalur ingatan berkapasiti tinggi. Dengan memiliki pangkalan seperti ini, ia sudah pasti memenuhi ego besar Assange. Kes WikiLeaks mempunyai kaitan dengan perkomputeran 'cloud' popular pada masa kini yang bermakna segala-galanya akan dimuatkan dan dimampatkan dalam Internet memungkinkan pelbagai isu yang perlu dijawab. Malah, 2011 juga bakal menyaksikan pelbagai kerumitan di Internet selain ruang siber yang terdedah dan permintaan telefon pintar dijangka meningkat pada tahun depan. Penjenayah siber kini mengaut keuntungan ratusan juta ringgit setahun namun tindakan politik antarabangsa dan langkah cekap antijenayah siber belum dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.


Populasi Internet yang besar faktor utama peningkatan ancaman. Jumlah serangan siber yang canggih akan terus naik kerana perkembangan pesat Internet dan jumlah pengguna yang banyak. Dunia siber meniru kehidupan nyata iaitu pengguna terdedah kepada kebocoran maklumat ketika online, ketika membeli, menyemak akaun bank dan memindah naik pangkalan data perhubungan dan maklumat peribadi dalam Internet. Facebook satu contoh terbaik. Walaupun Facebook bukanlah rangkaian sosial baru yang luar biasa, ia memang salah satu platform yang berjaya dan kejayaan ini menarik perhatian penjenayah siber untuk memperoleh data peribadi yang berharga melalui serangan kejuruteraan sosial. Risiko serangan siber akan meningkat memandangkan jenayah siber sukar untuk dikesan, malah jarang kes dilaporkan kerana kebanyakan pihak terbabit malu untuk mengakui rangkaian mereka diserang. Penjenayah siber yang lebih handal dapat menghasilkan botnet melalui aplikasi cloud yang biasa. Botnet ini bukanlah baru, malah ia digunakan dengan kerap sejak kebelakangan ini kerana kelajuan Internet yang cepat serta pengguna kurang menyedari bahayanya. Menerusi kewujudan botnet yang banyak itu, penjenayah siber dapat melancarkan serangan DdoS ke atas organisasi dari sebarang lokasi di dunia ini. Ia seakan-akan bom jangka bagi organisasi awam dan swasta kerana mereka akan diserang pada bila-bila masa saja berbanding serangan keganasan dalam kehidupan nyata.


Telefon pintar juga pasti satu masalah menjelang 2011 apabila pengguna melakukan segala-galanya melalui peranti terbabit tidak kira bersosial, menempah tiket penerbangan atau membeli-belah.

Salah satu sasaran penjenayah siber ialah peranti berasaskan Android kian mendapat permintaan hangat sehinggakan kebanyakan vendor mula menggunakan platform terbabit sebagai sistem operasi yang disepadukan dengan model dikeluarkan. Ia diakui Pengurus Kumpulan Penyelidikan Mudah Alih Kaspersky Lab, Denis Maslennikov yang menyatakan 2011 bakal menjadi tahun 'mencuba' untuk membolosi telefon pintar berasaskan Android. "Tahun 2010 saja, virus Trojan pertama mula dikesan melalui platform itu dengan nama kod Trojan-SMS.AndroidOS.FakePlayer.a yang menular pada beberapa model telefon pintar," katanya. Jelasnya, ia masih di peringkat permulaan terutama membabitkan ujian keberkesanan virus ke atas platform terbabit. "Kami mula mula mengesannya sejak Ogos lalu dan semakin menular terutama ketika pengguna memindah turun pemain video.


"Penjenayah siber membangunkan trojan SMS untuk masuk dalam sistem terbabit manakala game juga terkena penangan malware apabila ia akan berjangkit dengan kod malicious menggunakan EXE File yang ditempatkan dalam fail arkib game terbabit tanpa dikesan," katanya. Maslennikov berkata, ia memungkinkan penjenayah mencuri data terutama untuk panggilan antarabangsa walaupun jumlahnya tidak tinggi namun kalau sudah dikumpulkan jumlahnya, berbukitlah kerugian. Katanya, malware mudah alih kini bersifat komersial dengan platform seperti Android, iPhone, Symbian dan Windows Mobile dijangka mudah dijangkiti. "Malware terbesar dijumpai dalam Java (J2ME) yang terdapat pada kebanyakan telefon bimbit iaitu 55.6 peratus, kedua ialah Symbian dengan 31.4 peratus (platform yang paling banyak digunakan)," kata Maslennikov. Beliau menjangkakan malware akan mula menular ke iPhone dan Android walaupun sehingga kini kedua-duanya hanya mengalami masalah kurang satu peratus. "Malware mudah alih pertama dijumpai ialah pada 2004 melalui set Bluetooth dan MMS yang berasal dari kategori worms.SYmbOS.Cabir, worm.SymbOS.Comwar dan Virus.WinCE.Duts, ia terus dikesan sehingga 2006," katanya. Statistik setiap bulan dari awal tahun ini sehingga Oktober 2010 menunjukkan peningkatan malware mudah alih setiap hari. "Bermula pada 2008, terdapat 30 malware dikesan dalam sebulan dan ia meningkat," jelasnya.


Sementara itu, Symantec Corp mengumumkan unjurannya keselamatan dan simpanan bagi 2011 yang berasaskan pemerhatian pakar keselamatan dan simpanan syarikat dalam dunia perlindungan maklumat. Organisasi masa kini ini dibebankan dengan terlampau banyak maklumat yang meningkat seiring pertumbuhan pesat data.


Hampir setiap hari, ada saja teknologi baru diumumkan atau diperkenalkan di pasaran dengan janji untuk mengurangkan kos, mempermudah atau mempercepatkan urusan perniagaan. "Memandangkan peruntukan IT tetap tidak berubah atau semakin berkurangan, organisasi di Malaysia perlu merancang dan melaksanakan inisiatif teknologi strategik dengan menilai risiko dan ancaman di pasaran. "Banyak organisasi meneliti proses permayaan, keselamatan mudah alih, enkripsi dan pemulihan, arkib dan perkomputeran cloud yang melindungi dan menguruskan maklumat dengan lebih cekap," kata Pengurus Negara, Symantec Malaysia, Alex Ong.


Firma penganalisis IDC meramalkan menjelang akhir tahun, penghantaran peranti mudah alih baru meningkat sebanyak 55 peratus dan Gartner mengunjurkan bahawa dalam tempoh masa yang sama, 1.2 bilion orang akan menggunakan telefon mudah alih untuk berhubung menerusi web. "Walaupun penjenayah siber sebelum ini tidak begitu berminat dengan peranti mudah alih, tapi disebabkan peranti seperti ini yang semakin canggih dan pasaran kini dikuasai oleh platform terbabit, sudah pasti penggodam akan menyasarkannya pada 2011 sebagai sumber data rahsia," kata Ong.


Cabaran sama wujud dalam penggunaan berleluasa sistem permayaan walaupun banyak syarikat percaya maklumat dan aplikasi prasarana maya masing-masing adalah terlindung, ramai pentadbir IT mungkin terpaksa menghadapi kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak menjadi kenyataan pada 2011. "Penggunaan pantas, pelaksanaan dan kurangnya piawaian prasarana maya akan terus mendedahkan jurang keselamatan dan ketersediaan yang tinggi dalam persekitaran maya. "Walaupun permayaan mengurangkan kos pelayan, organisasi menyedari bahawa ia juga boleh meningkatkan kos pengurusan dan simpanan pada masa sama," katanya.


Menambah lagi kerumitan ialah penggunaan media sosial yang dikatakan menambah baik komunikasi dan produktiviti di seluruh organisasi. Walaupun media sosial akan terus mengubah kaedah kita berkomunikasi pada 2011, organisasi IT juga perlu memahami kaedahnya untuk melindungi dan menguruskan aplikasi. Walaupun perisian terus memacu inovasi, model penyampaian baru akan dilaksanakan pada 2011 untuk keperluan pelanggan yang mempermudahkan operasi IT. Perkomputeran cloud, perkhidmatan dan peranti dihos adalah contoh model penghantaran menarik yang akan mengubah landskap pusat data hari ini dengan memberikan organisasi fleksibiliti dan kemudahan penggunaan. Organisasi akan memanfaatkan perkomputeran cloud umum dan swasta apabila kemudahan ini semakin bersedia pada tahun akan datang.


Pakar keselamatan Fortinet pula menunjukkan bahawa Asia adalah lokasi geografi yang berisiko tertinggi dalam dunia ini jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah.Oleh itu, penting bagi industri kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan yang lebih teratur bagi komunikasi maklumat perubatan kerana globalisasi membolehkan penghantaran data perubatan pesakit ke seluruh dunia untuk tujuan profesional dan peribadi tanpa sebarang gangguan. "Asia tidak mempunyai piawaian tertentu yang berupaya mengatasi masalah privasi data maklumat kesihatan dan rekod perubatan dilindungi secara elektronik," kata Pengarah Rantau Fortinet bagi Asia Tenggara & Hong Kong, George Chang. Menurutnya, pemikiran terhadap keselamatan sebagai penyelesaian yang lengkap terutama pada tahun mendatang bagi pembuat keputusan IT dan bisnes masih berada dalam peringkat awal, pasaran masih mempunyai ruang untuk menentukan piawaian amalan terbabit khususnya di Asia. Beliau berpendapat bahawa industri pelancongan perubatan di Malaysia dipandang sebagai sektor yang mempunyai potensi tinggi dengan perkembangan pesat dan keuntungan kian meningkat.


Ramai pesakit antarabangsa melawat Malaysia dan negara jiran Asia lain namun prasarana yang kurang berkembang memungkinkan pesakit berpindah dari hospital ke hospital lain tanpa kelengkapan data perubatan cekap dan terdedah kepada kebocoran. "Pada tahun akan datang, apa yang lebih membimbangkan ialah rekod perubatan juga terdedah terhadap serangan siber pada tahap rangkaian melalui web, e-mel dan secara terus dalam pangkalan data. "Sebenarnya, ancaman dapat memasuki rangkaian organisasi kesihatan dengan pelbagai cara," katanya. Masalah keperibadian lain mengelilingi rekod perubatan elektronik (EMR) termasuk kejadian penggodaman yang menukar data pesakit atau merosakkan sistem klinikal, penyalahgunaan maklumat rekod kesihatan oleh pengguna berdaftar, masalah pengurusan data jangka panjang dan campur tangan kerajaan terhadap hal kesihatan dari organisasi kesihatan swasta. "Seperti keadaan kesihatan manusia, keselamatan dalam dunia siber tidak mempunyai penyelesaian yang mudah dan perancangan yang 100 peratus selamat. Walau bagaimanapun, sistem komunikasi IT membuka pintu bagi pakar perniagaan, teknologi dan perubatan untuk mencipta platform yang lebih baik," katanya.


Sumber: myMetro | Telefon pintar, Facebook kini jadi sasaran

Tag : ,

Tip-tip penjagaan laptop


Walau seteguh dan secanggih maner atau ribuan ringgit harga laptop anda.. namun bila sampai masa.. dia akan buat perangai jugak (rosak la tu..). Kalau tak hardware rosak, software kiter pun boleh rosak... Biasak la tu.. takder benda yang kekal kat dunia ni.. So, apa yang boleh kita lakukan adalah cuba untuk mengelak dari Laptop kita buat perangai terlalu cepat.
Berikut merupakan tip-tips yang kita boleh ikut supaya jangkahayat laptop kita tu boleh mencapai sepanjang hayat:

1. Elakkan dari terkena air atau bendalir yang merupakan konduktor elektrik.
Komponen laptop adalah terdiri daripada pelbagai komponen elektronik yang sensitif. Sekiranya terkena air ia boleh mengakibatkan litar pintas terjadi.

2. Jauhkan dari makanan
Memang menjadi kebiasaan, kadang-kadang kita suka makan bila menghadap laptop kita. Tanpa kita sedari sisa-sisa makanan yang terlebih dari mulut kita akan jatuh terutama di celah-celah papan kekunci kita seterusnya mengakibatkan papan kekunci kita rosak. Lebih teruk lagi sisa makanan itu merosakkan litar utama laptop kita.

3. Memastikan tangan bersih sebelum menggunakan laptop
Dah makan basuhlah tangan...ungkapan yang biasa kita dengar. Nak guna laptop pun kita kena pastikan tangan kita bersih. Kekotoran yang ada pada tangan kita boleh menyebabkan perabti seperti Touch Pad kita rosak. Kebanyakkan laptop juga mempunyai lapisan/coating supaya laptop kita lebih cantik. Tetapi lapisan tersebut sebenarnya adalah mudah calar dan cap jari kita mudah melekat. Sebab itu sebaikknya kita bersihkan tangan kita.

4. Memastikan keselamatan Skrin LCD
Bila kita nak tutup/lipat LCD skrin kita adalah lebih baik sekirnya kita pastikan tidak ada benda-benda kecil seperti pensil, ear phone dsb tertinggal atas keyboard. Silap hari bulan LCD skrin kita boleh retak atau berkerepot macam dalam gambar bawah.


5. Memegang dan mengangkat laptop pada bahagian bawah, jangan pegang pada LCD skrin.
Jangan sesekali menggerakkan atau mengangkat laptop kita dengan memegang pada bahagian LCD atau mengheret laptop kita. Ini boleh menyebabkan LCD kita mudah rosak atau bahagian-bahagian sesendi (hinges) pun rosak..Biasalakan.. nak angkat malas..

6. Jangan tarik wayar bekalan kuasa (Power Cord)
Masalah karan(elektrik) tak detect memang biasa terjadi. Antara penyebab utama ini terjadi kebiasaanya disebabkan wayar bekalan kuasa kita bermasalah.

7. Sentiasa berhati-hati menggunakan komponen yang sensitif seperti tray LCD.
Disebabkan Laptop merupakan peranti mudah alih, oleh itu ia direkacipta dengan memuatkan komponen-komponen yang kecil, ringan dan mudahalih. Namun komponen-komponen tersebut adalah sensitif dan mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan betul. Sebagai contoh tray pada pemacu CD. Pengesan optiknya adalah terdedah dan boleh dilihat dan rasa. Traynya juga mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

8. Jangan memasukkan peralatan mudah alih pada tempah yang salah.
Laptop hari ini didatangkan dengan pelbagai port bagi membolehkan peranti mudah alih dipasang seperti USB, HDMI, Memory card dsb. Berhati-hati supaya tidak memasukkan peranti-peranti tersebut di tempat yang salah. Kesilapan boleh mengakibatkan peralatan yang disambung rosak atau laptop kita rosak.

9. Jangan tinggalkan laptop dalam kereta.
Dalam matapelajaran sains dulu ada menceritakan, kalau nak cuba rasa kesan rumah hijau boleh cuba duduk dalam kereta tanpa penghawa dingin dan tingkap ditutup rapat pada waktu matahari tegak di atas kepala. Panas kan? Suhu meningkat secara drastik adalah merbahaya kepada laptop anda. Ellakan dari meninggalkannya dalam kereta. Orang pun boleh pecah kereta kalau tahu ada laptop.

10. Bersihkan kipas dan saluran udara.
Gunakan berus gigi lama yang dah tak pakai (banyak duit yang baru pun takper) untuk membersihkan kipas dan saluran udara pada laptop anda. Di bahagian bawah laptop anda terdapat biasanya sebuah kipas untuk menyejukkan Processor anda dan lubang angin untuk pengaliran udara. Habuk mudah terlekat pada kedua-dua bahagian ini.

11. Pastikan beg laptop anda sesuai .
Beg laptop yang lebih besar daripada laptop anda boleh menyebabkan Laptop anda bergegar semasa dibawa. Gunakan saiz yang betul-betul sesuai dengan laptop. Hari ini kebanyakkan beg laptop yang dijual mempunyai selaput tebat yang boleh menyerap gegaran.

12. Gunakan laptop di tempat pengaliran udara lancar.
Macam komputer biasa jugak, laptop memerlukan pengaliran udara yang lancar untuk menyejukkan komponen dalamannya yang menjadi panas akibat kesan aruhan elektrik dan elektromagnet. oleh itu gunakan laptop anda di kawasan yang terbuka. Kalau ada tingkap, bukalah tingkap. Kalau malam-malam nyamuk masuk tutup le balik..

Kes laptop rosak ni dah beraper kali dah jadi kat saya.. Last-last fed-up dah tak nak pakai laptop dah.. Kalo nak repair laptop ni biasernyer memang mahal... Kalau ada masa saya akan ceritakan pengalaman sebenar repair laptop ni dalam blog akan datang...-tauke bengkel

Selamatkah Password Anda?


Terdapat sebuah laman web yang boleh memberi tahu anda berapa lama yang diperlukan oleh para hackers untuk mengetahui password anda. Tengoklah sendiri: howsecureismypassword.net
Anda hanya perlu memasukkan sebarang password anda dan laman tersebut akan memberitahu masa yang diperlukan untuk hack password anda. Bacalah selanjutnya dan anda akan mendapat tip berguna untuk set password yang selamat....

Laman web tersebut sepatutnya remark bahawa site diaorang takkan menyimpan atau mengingat password kiter. Kalau korang risau tapi still raser nak tau tentang berapa selamat password korang, cubalah masukkan password yang seakan-akan seruper macam password korang. Sebagai contoh, Leman84 tukar la dengan Lemon86. Insyaallah selamat.
Konsep atau Pengiraan Matematik yang digunakan secara asasnya adalah mudah. Lebih panjang password anda lebih lama masa diperlukan untuk crack. Antara cara terbaik untuk menetapkan password adalah dengan meletakkakn nombor berserta perkataan... Nak lagi selamat tambah karekter seperti tanda seru, tanda soal, hatch dll..
Elakkan juga menggunakan password berbentuk perkataan dengan 6 perkataan sahaja. Hanya 30 saat je untuk menerobos password tu.
Pengiraan berapa lama masa yang diperlukan untuk hack password adalah seperti berikut:

Perkataan sahaja:
6 perkataan: 30 saat
7 perkataan: 13 minit
8 perkataan: 5 jam
9 perkataan: 6 hari
10 perkataan: 163 hari
11 perkataan: 11 tahun
12 perkataan: 302 tahun

Perkataan dan nombor:
6 karekter: 3 minit
7 karekter: 2 jam
8 karekter: 3 hari
9 karekter: 117 hari
10 karekter: 11 tahun
11 karekter: 417 tahun
12 karekter: 15 ribu tahun

Perkataan, Nombor dan Karekter Lain.
6 karekter: 23 minit
7 karekter: 18 jam
8 karekter: 38 hari
9 karekter: 5 tahun
10 karekter: 252 tahun
11 karekter: 12 ribu tahun
12 karekter: 607 ribu tahun

Password aku perlukan 3 hari untuk dicrack. Kire lama gak tu...Hackers-hackers ni bukannyer jenis sabar boleh tunggu lamer-lamer... Ye ke?...hehe....-tauke_bengkel

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -