Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Dari Bengkel Tauke. Papar semua catatan

"Overhaul" Laptop Semata-mata Nak Tukar Hard Disk

DARI BENGKEL TAUKE


Laptop model Dell N4010 adalah antara model yang kena fikir dua kali kalau nak membelinya. Memang designnya cantik dan tauke yakin ketahanan laptop Dell ni tapi model N4010 agak mengecewakan sebab menjadi masalah besar pula bila nak menukar hard disknya andainya rosak atau kita nak "Upgrade". Mana taknya, tiada bukaan di bahagian bawah tempat hard disk tu ditempatkan. Untuk menukar hard disknya yang terletak di bawah mainboard tu kena buka terus semua, dengan erti kata lain overhaul terus. Apa..daa.. (Baca selanjutnya untuk lihat proses overhaul tu)

Laptop ni adik tauke yang punya. Hard disk dia penuh "bad cluster", katanya sebab pernah jatuh hari tu. Kebetulan ada hard disk spare tak guna. Tauke pun tolonglah tukarkan hardisk tu. Tapi yang mengejutkan, setelah lama membelek-belek laptop ni, tauke tak jumpa pun bukaan untuk tukar hard disk tu. Yang ada tempat nak tukar RAM. Tauke pun buatlah survey di internet. Rupa-rupanya model ni memang tak ada bukaan untuk tukar hard disk tu.


Kalau nak tukar hard disk, kena buka semua. Kena keluarkan semua skru yang ada, buka keyboard, bracket, dan akhir sekali buka mainboard barulah jumpa hard disk tu.

Hard Disk ada bawah mainboard tu.

Tapi nasib baik model dell ni bagi tauke sangatlah mudah kalau nak di Overhaulkan. Tak seperti model lain, kebanyakkan skrunya bersaiz standard jadi tak adalah masalah tersalah skru sampai "loose". Selain itu, segala komponen seperti mainboard, kipas dan sebagainya dipasang agar mudah untuk diselenggara. Nasib baik tak sesukar yang disangka.

Proses tukar hard disk berjaya!

Tapi sebaiknya Dell kenalah letak bukaan untuk hard disk, barulah senang orang nak selenggara. Disebabkan ini markah untuk model Dell ni tauke tolak 50 markah daripada seratus. Siapa yang nak beli model ini perlu pertimbangkan dulu masalah tiada bukaan untuk hard disk ni. Andai kata korang nak repair sendiri laptop ini boleh muat turun manualnya disini atau kunjungi Facebook Pagenya disini.

p/s - Tauke hanya mengambil masa 1 jam 20 minit overhaul laptop ini. Dahsyat tak? Hehe..

BPCP Kini Unifi-ed!

DARI BENGKEL TAUKE
Akhirnya.. Kini segala post yang diasilkan di Budget PCpart adalah dikuasakan oleh Unifi..! Hehe.. Bukan dorang sponsor pun, cuma tauke baru je rembat Unifi ni.. Memang laju la Unifi ni. Tauke ambil pakej VIP 5. Ni hasil test speed di Speedtest.net:
Ok la kalau download tu dapat 4.72mbps. Ikut kata orang TM kelajuan tu bergantung dengan jarak tiang fibre optik tu dengan rumah. Tapi tauke hanya mengambil masa kurang 10 minit jer untuk muat turun movie bersaiz 700mb berbanding sebelum ni 1 jam lebih kalau broadband 3G tauke tak kena troutle lagi. Memas puas hati la.

Router Modem yang TM berikan tu pun best jugak. Ada banyak port untuk LAN dan ada wireless lagi. Jenama D-link yang memang terkenal dengan perkakasan "Networking". Dulu tauke pasang Streamyx memang cap ayam jer Modemnya. Sekejap je pakai problem. Kena kilat terus out.

Kalau korang nak tahu, VIP tu adalah singkatan untuk Video+Internet+Phone. Jadi selain internet, tauke juga boleh tengok TV kabel melaui Set Top Box dan boleh buat panggilan telefon melaui Dect Phone yang disertakan. Ni gambar Set Top Box dengan Dect Phone tu:


TV kabel dari TM yang dikenali" HyppTV" ada semua channel TV1 sampai TV9 dan macam-macam channel tambahan yang lain. Buat masa ni promosi dari TM, TV tambahan tu adalah percuma sehingga 1 bulan. Lepas tu kena bayar mengikut pakej kalau nak tengok lagi. Antara fungsi yang best Hypp Tv ni ialah ianya tiada masalah walaupun hujan atau awan mendung sekalipun. Tak macam Astrxx tu la. Hujan je putus. Selain tu sekiranya anda mempunyai TV yang menyokong HDMI technology boleh sambung Set Top Box tu dengan HDMI kabel yang diberi percuma. Gambar memang cantik samapai nampak jerawatlah.

Selaku Die Heart Fan Ubuntu, tauke akan ceritakan kelebihan menggunakan Ubuntu ni dengan sokongan Unifi baru tauke tu dalam post yang akan datang.

Sesuatu Yang Baru di Budget PC Part

DARI BENGKEL TAUKE

Dari bengkel tauke, tauke akan membawakan sesuatu yang baru di Budget PC part pada 25 September 2011 ini. Ada apa ya? Nak tahu apa? Layarilah blog Budget PC part pada tarikh tersebut.

Untuk kemudahan korang tauke telah meletakkan gadjet timer yang menunjukkan jumlah masa yang tinggal sebelum 25 September 2011. Boleh lihat di atas, bawah header blog.

Nantikan 25/09/2011..!

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -