- Back to Home »
- BPCP Rewards »
- Pemenang Reward di BPCP @ Tauke Kembali Lagi
November 27, 2011
Terlebih dahulu dalam post kali ini tauke menyusun jari memohon ampun dan maaf bukan sebab hari raya.. tapi sebab tiba-tiba menghilang dan tak update post langsung di Budget PCpart ni. Tauke sebenarnya sibuk dengan tugas baru sebagai seorang guru yang baru dilantik 20 Oktober lalu. Insyaallah lepas ni tauke akan terus membawa info-info terkini berkaitan dunia perkomputeran bagi memastikan Budget-pcpart.blogspot.com menjadi "pit stop" komputer anda.
Di kesempatan ini tauke juga mengumumkan pemenang reward yang tauke anjurkan buat pertama kalinya baru-baru ini. Pemenangnya adalah seperti berikut:
- Tempat PERTAMA - AMEY dari blog http://bicarasiibu.blogspot.com/
- Tempat KEDUA - NOR SYAZUANA dari blog http://manisanggur.blogspot.com
Maaf kerana lambat umumkan. Pun begitu tauke dah maklumkan kepada pemenang reward tauke anjurkan tu. Tapi hanya pemenang tempat kedua sahaja yang menghubungi tauke kembali untuk makluman penghantaran hadiah. Jadi diharap pemenang tempat pertama iaitu "Amey" penulis blog http://bicarasiibu.blogspot.com/ untuk menghubungi tauke supaya tauke boleh hantar hadiah tu. Mungkin e-mail tauke hantar haritu masuk SPAM box e-mail saudari Amey.
Teruskan menyokong blog Budget PCpart - Pit Stop Komputer Anda!
Catat Ulasan