Paling Popular

Julai 27, 2011

MAJALAH BPCP


Walaupun harga cakera keras ini tidak boleh dikategorikan sebagai perkakas bajet tapi tauke buat juga review juga untuk pengetahuan semua. Western Digital atau pun Tauke suka panggil WD telah memperkenalkan cakera keras 2.5 inchinya yang mempunyai kapasiti 1 Terabytes. Ini membolehkan anda menyimpan data lebih banyak di dalam notebook anda. Sebelum ini hanya cakera keras bersaiz 3.5 inchi yang khusus untuk komputer desktop mempunyai kapsiti sebesar ini.  

Model ini didatangkan dengan saiz bermula dengan 80Gb sehingga 1Tb dan mempunyai port SATA 3, SATA2 dan PATA. Antara ciri menarik yang terdapat pada model ini antaranya ialah menggunakan kuasa yang rendah yang sesuai untuk menjimatkan kuasa bateri notebook anda. Cakera keras ini juga dikatakan adalah antara yang mengeluarkan bunyi yang sangat rendah di pasaran hari ini. Ini adalah kerana WD menggunakan teknologiWhisperDrive pada pemacu keras ini.

Sebesar manakah 1Tb itu. Lihat jadual di bawah:



Jadi, 1 TB mampu menyimpan sehingga 200,000 keping gambar, memuatkan video sehingga 76jam dan menyimpan sehingga 250, 000 lagu. Banyak tu..

Harga tidak rasmi cakera keras yang bersaiz 1TB dianggarkan RM419.







Pada pandangan tauke, menyimpan data di dalam cakera keras yang bersaiz besar mempunyai risikonya. Sekiranya pada suatu ketika cakera keras tersebut rosak dan data di dalamnya tidak boleh dibuka lagi pasti kita akan merasa kemurungan yang amat sangat. Lebih-lebih lagi file penting. Ini pernah terjadi pada tauke sendiri apabila koleksi download tauke di dalam hard disk bersaiz 250Gb hilang begitu sahaja.Namun, sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti sering melakukan "backup" dengan menyalin file ke cakera yang lain seperti external drive atau burn dalam DVD masalah sebegini boleh di atasi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan cakera keras WD Scorpio Blue ini boleh ke sini: WD Scorpio Blue

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -