Paling Popular

Julai 27, 2011

MAJALAH BPCP

Salah sebuah laman blog komputer Amang telah mendapat peluang untuk menemuramah "GaySec". Kumpulan hacker rakyat Malaysia yang telah menggemparkan tanah air kita dengan menggodam pelbagai laman web di negara kita. Anataranya Streamyx, Nuffnang, Advertlets dan pelbagai laman tempatan yang lain. Temu bual penuh boleh dibaca disini: Temubual Eksklusif Bersama Pihak GaySec

Antara yang menarik dan mengejutkan dalam temubual tersebut ialah pengakuan mereka yang masih berumur belasan tahun dan tidak mempunyai latar belakang IT. Semuanya dilakukan kerana minat.

Adakah semua ahli GaySec daripada latar belakang IT dan bekerja? Ataupun masih pelajar lagi?

"Kami masih lagi belajar, dan kami masih lagi tidak bekerja, lagipun kami masih lagi belasan tahun. Kerana itulah kami mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan ini semua. Selama ini kami tidak ada kena mengena dengan latar belakang dunia IT pun, kami hanyalah manusia biasa yang belajar semua ini kerana minat dan ingin tahu bagaimanakah sesuatu sistem itu berfungsi. Daripada situ kami dapat manipulasikan semua ini untuk digunakan dalam konsep ujian tahap keselamatan sesuatu laman sesawang ataupun sistem itu."
Antara petikan lain dari interview berkenaan ialah motif dan objektif mereka melakukan aktiviti menggodam ini iaitu semata-mata untuk meningkatkan tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang.
"Motif dan objektif kami wujud didalam dunia siber ini hanyalah semata-mata untuk meningkatkan tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang itu."
Kalau macam tu boleh la kot try mintak kerja kat Cybersecurity Malaysia. Confirm dapat. Letak je pengalaman menggodam mereka kat dalam resume. Tapi tauke rasa tak semudah itu kerana aktiviti menggodam ini adalah di anggap sebagai jenayah di negara kita. Menurut akta yang diluluskan di Parlimen pada Mac 1997: "Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu." dikategorikan sebagai "Keganasan Siber" dan boleh didenda Tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Memang beranila Gyasec ni. Semoga tak kantoi.
Pada pandangan tauke kewujudan hackers tempatan ini menunjukkan perkembangan IT di negara kita di tahap yang membanggakan. Seperti negara maju yang lain, hackers ini juga secara tidak langsung membantu meningkatkan sistem keselamatan siber negara mereka. Hacker-hackers ini yang juga adalah pakar dalam programming boleh membantu menghasilkan OS atau perisian keluaran Malaysia yang berkualiti dan selamat. Secara tidak lansung mengurangkan kerbergantungan dengan negara luar. Tapi jangan salah faham. Tauke tak pernah menggalakkan aktiviti "hackers" ni. Kalau kantoi tanggung sendiri yer. Orang putih cakap "Hack on your own risk".

2 Responses so far.

  1. woah. kagum sekejap. budak2 lagi eh. dulu rasa macam nak involve gk dalam hackers world ni. tapi xde kesungguhan. so, niat terbengkalai mcm tu jeh. tapi tengok dalam cite HACKERS pun semua budak-budak. jenayah jugak la sampai saman berpuluh2 ribu pound kn.

  2. Unknown says:

    Lebih kurang gak.. penah gak rasa nak jadi hackers. Sebab tu email pertama saya pakai domain yahoo bermula dengan dashackers.. hehe

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -