Paling Popular

Disember 30, 2010

Telah menjadi lumrah, trend harga barangan komputer yang akan menurun setelah beberapa ketika. Laptop dan Netbook yang sangat popular hari ini tidak terkecuali menerima tempias penurunan harga ini. Kini bermula dengan hanya RM999 anda mampu memiliki Netbook Inspiron Mini 10 daripada Dell. Harga yang mengikut budget anda. Harga Netbook di bawah paras RM1000 ni memang tauke dah jangka kesan pesaingan antara pengeluar dan strategi perniagaan mereka. 

Butiran lanjut spesifikasi standard sistem untuk  Inspiron Mini 10 ini adalah seperti berikut:
Processor
Intel® Atom™ N455 (1.66GHz/667MHz FSB/512K L2Cache
Memori
1GB (1X1GB) DDR3 1333MHz Memory (limited by CPU to 667MHz
Hard Drive
250GB 5400RPM Hard Drive
Paparan
10.1" WSVGA WLED display (1024 x 600)
Video Card
Integrated Intel® Graphics Media Accelerator 3150
Wireless Network Card
Wireless 802.11n and Bluetooth 3.0 Combo Card (MY)
Berat
1.33kg

Komen/Cadangan Tauke Bengkel
Positif:
Harganya berpatutan. Sistem yang rendah (Low-end) seperti yang terdapat di kebanyakan netbook lain adalah mencukupi untuk pengguna yang menggunakannya untuk melayari internet, menonton video, mendengar lagu serta melakukan kerja asas seperti menggunakan perisian Microsoft Office. Kalau nak main game, game ringan seperti game flash atau simple game boleh la. Game 3d tak boleh. Macam netbook lain gak, kecil dan ringan.
Negatif:
Tak ada kekurangan  sangat Inspiron Mini 10 ini kalau dalam kategori netbook. Macam netbook lain gak, kalau bab screen netbook ni tauke memang tak berapa berkenan. Paparan dia adalah kecil menyebabkan tak berapa feel skit nak tengok cerita. Tapi lama-lama biasalakan.

Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat Dell Malaysia --> Inspiron Mini 10

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -