Paling Popular

Julai 03, 2010


Setelah memasang sebuah komputer yang melepasi tahap requirement untuk window 7, akhirnyer meraser jugak aku try windows7 nih...

Komputer yang aku pasang mempunyai spesifikasi seperti berikut:
Processor: Intel Core2 Duo, 2.93Ghz
RAM: DDR3 2Gb
Graphic Card: ATI Radeon HD 4350 PCI-e2

Baca selanjutnya untuk mengetahui macam mana aku Install Windows7 ni dengan kaedah Dual Boot..

Komputer yang aku pasang ni main game yang grafik berat pun sedap. Disebabkan windows7 masih baru dan banyak lagi applikasi termasuk Game yang belum support window7 jadi daripada memilih untuk upgade windows XP, aku decide nak buat dual boot. Dual boot ni maksudnyer ader dua operating system dalam komputer kita dan kita boleh pilih nak guna OS yang dikehendaki waktu start komputer. Nak buat dual boot ni ada pelbagai kaedah. Tapi disini aku akan ceritakan bagaimana aku buat. Mula-mula sekali kita buat partition dari harddisk yang akan digunakan untuk install Windows7 nanti.. Aku guna software Partition Manager untuk buat partition ni. Aku ambil 50gb out of 250Gb dari partition D: dan jadikannyer unlocated. Berhati-hati supaya tak terformat partition utama (C:) yang mengandungi Windows XP kita.

Seterusnyer kiter boleh terus install window 7 kiter. Aku tak reboot komputer waktu nak install window7 ni. Semuer buat kat XP. Bila samapai kat scrren tanya "What Type off installation do you want?" pilih " custom(advanced)". Kemudian pastikan install kat partition baru yang unlocated tadi tu..Kemudian next-next je la install sampai siap..

Dah siap install secara automatiknnyer windows7 dah ader dual boot ni. Boleh tengok setiap kali restart komputer. Tapi secara defaultnyer window pertama yang akan dipilih untuk masuk adalah Window7 dan mase keluar screen suruh buat pilihan maser yang diberikan terlalu lamer. So, kiter akan merasakan komputer kita sangat lembab nak masuk. Tapi jangan risau. Ader software yang boleh bantu kiter organize atau set Dual Boot kiter ikut kehendak kiter iaitu Easy BCD Software

Software ni berguna bukan sahaja untuk dual boot windows tetapi Linux pun boleh..Aku set windowXP aku sebagai boot yang pertama dan tukar masa kat screen nak choose windows tu pada 5 saat.

Macam ni lah rupa Windows7 aku.

CD grapic card aku takder Driver windows7. Kena download la.. Fungsi menarik yang terdapat pada Windows7 akan diceritakan dalam blog akan datang..-tauke_bengkel

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -