Paling Popular

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan ubuntu/. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Review PC Budget Terkini

PC BUDGET
* Panduan untuk memilih komputer desktop
dengan budget RM1,600 ke bawah.


Anggaran Harga: RM 1563
 


Spesifikasi:

  • Intel Dual Core i3 3.06Ghz - RM 320
  • ASUS P8H61-M LE Mainboard - RM 250
  • Kingston 4GB 1333Mhz DDR3 System Memory - RM 85
  • 500GB SATA6.0 System Harddisk - RM 110
  • 22X DVDRW / CDRW DRIVE - RM 65
  • Graphic Card ASUS ATI Radeon EAH5450 1GB D3 - RM 175
  • Cooler Master Elite 342 / 343 M-ATX Casing - RM 109
  • 350Watts ACBEL Power Supply Unit - RM 125
  • ASUS 18.5”VH192D LCD Monitor - RM 280
  • Keyboard NEWTOUCH K120 USB - RM 25
  • Mouse M100 USB Optical - RM19
Disarankan untuk:
  • Simple Game, Internet, Video, Audio
  • 3D Game, Rekacipta Grafik

Review Tauke:
Processor Intel i3 dengan frekuensi 3.06Ghz hari ini sudah memadai untuk sebuah desktop budget yang laju dan sesuai untuk melakukan pelbagai tugasan dengan komputer anda. Mainboard ASUS P8H61-M LE yang lengkap dengan 6 port USB2.0, 4 port SATA 3, DVI dan VGA output untuk Intel Graphic, PCI-e 16X dan 1X untuk kad grafik korang. Namun memori slot dia hanya 2 sahaja. Jadi lepas ni nak upgrade RAM boleh sampai 8GB sahaja. Memori 4GB oleh Kingston, Pemacu keras dengan saiz 500GB oleh Western Digital sangat diyakini tauke kemampuan dan ketahanannya. Casing Cooler Master yang standard yang dimuatkan Power Supply ACBEL 350Watt dilihat sesuai untuk menepati budget anda. Ada lagi power supply standard yang lagi murah dalam RM 50 tetapi sangat tidak digalakkan, komputer anda mungkin kekurangan kuasa apabila anda tambah peranti optik atau pemacu keras kelak. Pernah terjadi pada tauke. Komputer sering tak boleh boot. Tauke, tukar power supply yang mahal sikit baru OK. Kad grafik ASUS EAH5450 dengan main processornya 650MHz ATI Radeon HD 5450 yang disertakan dengan memori DDR3 1GB cukup untuk anda bermain permainan 3D terkini atau membuat design dengan kelajuan yang seimbang. Monitor ASUS dengan saiz 18.5 inchi cukup untuk membolehkan anda mendapat output dari PC anda walaupun ia bukan saiz yang terbesar dalam keluarannya.
Kesimpulannya, anda tidak akan merasa menyesal dan berpuas hati dengan komputer desktop ini dengan budget RM1563 anda. Jika ada duit lebih lepas ini, bolehlah upgrade processor anda sehingga ke i7.

* Untuk penjimatan dan menepati budget anda, tauke galakkan untuk memasang sendiri komputer desktop anda dan gunakanlah OS Ubuntu.
Tag : ,

Tulalip - Microsoft Pun Buat Laman Sosial

MAJALAH BPCP
 
Sebelum ni tauke buat ulasan tentang pesaing baru Facebook iaitu "Google+" yang dikeluarkan oleh Google, Microsoft juga tidak mahu ketinggalan untuk memecahkan monopoli Facebook dalam dunia laman sosial ini dengan menghasilkan laman page sosialnya digelar "Tulalip". Macam lawak jer nama Tulalip ni. Macam Ubuntu juga, namanya macam lawak dikalangan kita orang Malaysia, tapi orang putih dengar macam sempoi jer. Seperti Google+, Tulalip ini masih dalam peringkat pembangunan. Disini disertakan lagi sneek shot Tulalip yang didakwa tidak sengaja tersebar di internet. (Ye la tu tak sengaja. Taktik pemasaran tu).
 Lepas ni banyak la laman sosial yang boleh dipilih pengguna. Sampai rambang mata la. Nak baca informasi tambahan pasal tulalip ni baca kat sini:- oopsy-microsoft-mistakenly-publishes-secret-projects 
Tag : ,

Tonton Youtube Dengan QuickPlay (Windows)

INFO BPCP


Sebelum ini tauke ada menulis post berkenaan Minitube, player yang memudahkan anda untuk menonton video Youtube kegemaran anda tanpa perlu membuka browser anda. Malangnya Minitube hanya boleh digunakan secara percuma menggunakan Platform Linux seperti Ubuntu. Pengguna Windows atau Mac OS perlu membayar untuk menggunakannya. 

Tetapi kini pengguna Windows boleh menggunakan player yang seakan-akan Minitube iaitu QuickPlay yang juga percuma. Quickplay boleh diintegrasikan dengan Youtube untuk memudahkan anda menonton video Youtube kegemaran anda. Pemain ini juga boleh digunakan untuk memainkan video dari komputer anda dari yang berdefinisi biasa hinggalah berdefinisi tinggi. (tauke try file .flv, tapi macam tak support).

Pun begitu selepas tauke mencubanya, fungsi-fungsi yang terdapat pada player ini tidak dapat menandingi Minitube. Tiada fungsi untuk memainkan Channel Youtube secara automatik seperti di Minitube. Perisian Quickplay ini juga agak berat dari segi responnya sehingga kadang-kala memaksa tauke force-quit jer.

Perisian ini sebenarnya dibangunkan untuk Windows8 tetapi pengguna Windows lain juga boleh menggunakannya kerana keperluan minimunnya ialah Windows XP SP3. Quickplay boleh dimuat turun di SINI.
Tag : , , ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -