Paling Popular

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan ubuntu/. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Tulalip - Microsoft Pun Buat Laman Sosial

MAJALAH BPCP
 
Sebelum ni tauke buat ulasan tentang pesaing baru Facebook iaitu "Google+" yang dikeluarkan oleh Google, Microsoft juga tidak mahu ketinggalan untuk memecahkan monopoli Facebook dalam dunia laman sosial ini dengan menghasilkan laman page sosialnya digelar "Tulalip". Macam lawak jer nama Tulalip ni. Macam Ubuntu juga, namanya macam lawak dikalangan kita orang Malaysia, tapi orang putih dengar macam sempoi jer. Seperti Google+, Tulalip ini masih dalam peringkat pembangunan. Disini disertakan lagi sneek shot Tulalip yang didakwa tidak sengaja tersebar di internet. (Ye la tu tak sengaja. Taktik pemasaran tu).
 Lepas ni banyak la laman sosial yang boleh dipilih pengguna. Sampai rambang mata la. Nak baca informasi tambahan pasal tulalip ni baca kat sini:- oopsy-microsoft-mistakenly-publishes-secret-projects 
Tag : ,

Tonton Youtube Dengan QuickPlay (Windows)

INFO BPCP


Sebelum ini tauke ada menulis post berkenaan Minitube, player yang memudahkan anda untuk menonton video Youtube kegemaran anda tanpa perlu membuka browser anda. Malangnya Minitube hanya boleh digunakan secara percuma menggunakan Platform Linux seperti Ubuntu. Pengguna Windows atau Mac OS perlu membayar untuk menggunakannya. 

Tetapi kini pengguna Windows boleh menggunakan player yang seakan-akan Minitube iaitu QuickPlay yang juga percuma. Quickplay boleh diintegrasikan dengan Youtube untuk memudahkan anda menonton video Youtube kegemaran anda. Pemain ini juga boleh digunakan untuk memainkan video dari komputer anda dari yang berdefinisi biasa hinggalah berdefinisi tinggi. (tauke try file .flv, tapi macam tak support).

Pun begitu selepas tauke mencubanya, fungsi-fungsi yang terdapat pada player ini tidak dapat menandingi Minitube. Tiada fungsi untuk memainkan Channel Youtube secara automatik seperti di Minitube. Perisian Quickplay ini juga agak berat dari segi responnya sehingga kadang-kala memaksa tauke force-quit jer.

Perisian ini sebenarnya dibangunkan untuk Windows8 tetapi pengguna Windows lain juga boleh menggunakannya kerana keperluan minimunnya ialah Windows XP SP3. Quickplay boleh dimuat turun di SINI.
Tag : , , ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -