Paling Popular

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan ubuntu/. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Beatbox - Pemain Muzik yang ringan lagi canggih

Kepada pengguna Ubuntu atau OS Linux yang lain anda harus mencuba pemain muzik yang sangat ringan dan pantas iaitu Beatbox. Dibandingkan dengan perisian pemain muzik lain yang tauke gunakan di komputer tauke, tauke rasa Beatbox adalah yang paling pantas dari segi kepantasan membuknya hinggalah kepantasan memproses "Playlist"nya. Antaramukanya juga sangat kemas dan ringkas,serta mempunyai fungsi-fungsi penting yang diperlukan oleh sebuah perisian pemain muzik.

Antara funsi-fungsi best yang terdapat pada Beatbox:
  • Library Management, termasuk auto-importing to ~/Music folder
  • Boleh juga memainkan video
  • Playlist yang smart
  • Disertakan dengan pemain Live Internet Radio, "Last.fm"
  • Ubuntu Sound Menu support
  • Equalizer
  • Shuffle, repeat, dan queue options
  • Album Art dan gambar Artist yang dicari secara automatik
Dapatkan Beatnox untuk Ubuntu anda disini:-
  • https://launchpad.net/~elementaryart/+archive/elementarydesktop/+packages 

  • Tag : ,

    Ubuntu 11.04 - Terbaik...!

    Yang tauke nanti-natikan telah tiba. OS Ubuntu yang user friendly dan boleh digunakan semua akhirnya telah dihasilkan. Ubuntu 11.04 atau nama kodnya "Natty" memang seharusnya mengancam kedudukan OS lain.

    Tauke dah gunakan Ubuntu 11.04 sudah hampir 3 minggu. Dan OS ini tidak memberikan tauke sebarang sebab untuk beralih kepada OS lama. Tauke dah siap install kat laptop adik tauke, dan dia pun cakap Ubuntu ni memang best. Korang memang patut cuba.

    Pada sesiapa yang tak tahu Ubuntu 11.04 ni apa? Ia merupakan sebuah Operating System alternatif yang dihasilkan dengan kerjasama semua programmer kat seluruh dunia. Nak lebih faham, ala yang macam Microsoft windows yang korang guna tu. Tapi yang bestnya OS ini adalah percuma dan korang tak perlu beli lesen mahu pun crack. Ia dah sedia kalanya ori. Untuk mendapatkan Ubuntu 11.04 ini atau nak lihat ciri-ciri lain boleh ke main site Ubuntu -> Ubuntu.com

    Bawah ni adalah preview Ubuntu 11.04 ni untuk tatapan semua.
    Dengar Mp3 dengan Banshee

    Pemain video VLC. Anak Tauke suka tengok citer Rio.

    Sudoku, game kesukaan isteri tauke.
























    p/s: 3 perkataan untuk mengambarkan Ubuntu 11.04 baru ni  - Pantas, User-friendly, dan PERCUMA!

    Tag : ,

    Navigasi Pantas

    - Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -