Paling Popular

Disember 04, 2011

UBUNTU 


Cuba teka channel apa yang ditayangkan dalam gambar di atas? HBO beb..! Free jer tauke layan. (Tapi bil internet tak free la..)

Di ubuntu, selain menggunakan "Gsopcast" yang menyerupai "Sopcast" di Windows korang boleh menonton TV Internet menggunakan perisian yang lebih canggih iaitu "TV-Maxe".

Seperti Sopcast, TV-Maxe juga adalah berkonsepkan P2P atau hubungan secara perkongsian data. Jadi lebih ramai yang menonton di TV-Maxe, maka lebih lancarlah channel yang ditayangkan. Ada lebih 50 channel yang boleh dipilih untuk tontonan anda.Berbanding sopcast, Tv-maxe mempunyai interface yang ebih menarik dengan channelnya mempunyai logo masing-masing dan mudah digunakan.



TV-maxe hanya dikhususkan untuk pengguna platform Linux. Anda boleh memuat turun perisian ini di laman http://code.google.com/p/tv-maxe/ atau install di terminal (ctrl+alt+t) menggunakan code berikut:
sudo add-apt-repository ppa:venerix/blug
sudo apt-get update
sudo apt-get install tv-maxe 
Untuk maklumat lanjut boleh tengok sendiri di laman Tv-Maxe ni disini -> TV-Maxe

2 Responses so far.

  1. Haz says:

    lepas ni blh tolak tepi la ni astro..hehe

  2. Tauke dah lama tolak sejak install Unifi.. hehe..

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -