Paling Popular

Ogos 02, 2011

KATA TAUKE

Salam Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua pengunjung Budget PCpart khususnya mereka yang beragama Islam dan yang berpuasalah.. Yang tak puasa tu banyak-banyakkanlah buat muasabah diri. Semoga mendapat pertunjuk dari-Nya...

Dalam perjalanan balik dari Johor tauke sempat singgah bazar ramadhan berhampiran rumah tauke. Kenaikan harga barang memang mempengaruhi harga juadah yang dijual di bazar ramadhan. Niat hati nak berbelanja dalam RM10 sahaja tapi terlebih jugak bajet. Makanan yang tauke beli di bazar ramadhan semalam adalah seperti berikut:
  1. Nasi Putih(2)+Ikan Bakar(Seekor)+Ayam Rendang(Seketul) = RM 8.50
  2. Sayur Cendawan Goreng = RM2.00
  3. Kuih Popia Basah(2) = RM1.20
  4. Air Mangga = RM2.00
Jumlah semua sekali RM13.50. Mahal kan? Nampak macam sikit je beli.Tapi lebih gak RM10. Ni tak termasuk kurma Yusof Taiyob RM13 yang tauke beli. Takpela.. Hari pertama ramadhan kan. Lepas ni nampak gaya kena la masak sendiri. Barula tak lari bajet.

Syukur di bulan puasa ini pengunjung blog tauke hampir mencecah angka 1000. Maaf kerana dalam 2-3 hari ini tauke tidak mengemaskini dengan post yang terbaru kerana bercuti di kampung isteri tauke di Johor. Meraikan ketibaan Ramadhan di sana. Semoga anda terus memberi sokongan kepada blog Budget PCpart. 

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -