Paling Popular

Ogos 15, 2011

KATA TAUKE

Setelah sekian lama tauke menyepi, kini tauke kembali dan ingin berkongsi info berharga kepada semua pengunjung BPCP. Antara sebab tauke berehat sebentar dari terus menulis dalam blog ini adalah kerana kurang yakin 'blog ads' yang baru tauke daftar awal bulan lepas memberikan hasil. Tetapi alhamdulillah, tadi tauke check rupa-rupanya setelah sebulan baru boleh nampak hasilnya. walaupun 'Earnings' tu tak seberapa, yang penting nampak keberkesanan letak Nuffnang ni.


Untuk makluman semua, walaupun dunia 'blogging' ini telah lama tauke ceburi, tetapi penggunaan 'blog ads' adalah masih baru bagi tauke. Dulu pernah cuba apply Adsense tetapi google tak approve kerana bahasa blog tauke iaitu Bahasa Melayu tidak difahami mereka. Maksudnya bahasa melayu adsense tak approve. Kalau korang nak diapprove tauke sarankan agar buat blog itu dalam Bahasa Inggeris. 

Walaupun tiada sebarang 'blog ads', tauke tetap terus menulis di blog ini kerana minat tauke yang begitu mendalam dalam dunia perkomputeran ni. Namun setelah sekian lama menulis di BPCP ini, tetiba bulan lepas tauke rasa nak cuba balik blog ads ini kerana yakin BPCP kian mendapat sambutan. Tauke pilih Nuffnang. Tauke tengok banner Nuffnang ini pun sangat kemas dan sesuai dengan blog tauke. Dengan Nuffnang ni korang kena tunggu sebulan untuk lihat hasilnya. Kena banyak bersabar dan terus mengemaskini blog anda.

Jadi lepas ini, tauke akan teruskan perjuangan untuk berkongsi segala maklumat dan pengetahuan berharga untuk semua pengunjung BPCP hasil dari dorongan yang ada dari Nuffnang ini. Kalau korang ada idea macam mana tauke nak tingkatkan lagi pendapatan Nuffnang ini sangat dialu-alukan untuk meninggalkan idea tersebut di ruang komen.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -