Paling Popular

Ogos 22, 2011

MAJALAH BPCP 


Mozilla telah mengeluarkan versi terbaru Firefox iaitu Firefox 6. Firefox merupakan "web browser" pilihan utama tauke. Namun, fenomena yang sama lagi berlaku kali ini. Selain daripada pertukaran versi baru ini yang terlalu cepat, versi 6 ini dilihat tidak banyak bezanya berbanding versi Firefox 5, mahupun Firefox 4. Memang terdapat pelbagai penambahbaikan dan pertambahan fungsi yang dilakukan pada versi terbaru ini, namun tiada perubahan dilakukan pada antaramuka @ "interface". Nak tahu apa yang baru baca (disini).

Memanglah tak jadi masalah bagi sesetengah orang tetapi pada tauke pembaharuan yang mendadak ini selalu beri masalah pada tauke seperti add-ons tidak disokong oleh versi yang terbaru ini. Sekarang ini IDMCC yang merupakan add ons untuk intergrate Internet Download Manager tak berfungsi lepas update pada versi terbaru ini. Jadi tak ada link download automatik keluar dah untuk memudahkan tauke download video kat YouTube. Leceh-leceh..

Mengikut lumrah alam dunia pembangunan perisian, selalunya apabila sesebuah perisian versi terbaru dihasilkan antaramukanya mesti bertukar. Jika setakat penambahbaikan sahaja, versi terbaru yang dihasilkan biasanya akan menyokong lagi add-ons sedia ada dan angka yang baru dikemaskini tersebut ditambah angka satu titik perpuluhan di belakangnya. Contoh versi sebelum ini ialah Firefox 5.0, selepas penambahbaikan atau perubahan kecil dilakukan versi terbaru ialah Firefox 5.1.

Jika dilihat versi-versi Firefox sebelum ini perbezaan boleh dilihat dengan jelas jika dibandingkan antara versi 3 dan versi 4. Segalanya berubah dari segi penambahbaikan, pertambahan dan perubahan fungsi mahupun antaramukanya. Tapi sejak  versi 4 hingga 6 tauke nampak versi 4,5 dan 6 lebih kurang jer. 
>
Di bawah adalah screenshot Firefox dari versi pertama lagi.

Firefox 1

Firefox 2

Firefox 3

Firefox 4

Firefox 5

Firefox 6


Camner pun ini tidak menggugat kedudukan Firefox sebagai web browser pilihan utama tauke...Tauke harap lepas ini versi 7 biarlah support semua add-ons versi lama dan lebih pantas..

2 Responses so far.

  1. rasa cam baru jer 2 bulan lepas diorang wat kuar firefox 4.. tetiba jer dah masuk firefox 6. IDM mmg tak integrate kalu update firefox versi baru.. kena tunggu IDM wat kuar update baru yg leh integrate ngn firefox 6 tu.

  2. Unknown says:

    tu la pasal... macam baru je lagi.. tu pun dah ada version 7 beta..

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -