Paling Popular

Julai 28, 2011

SUKAN BPCP

Wargh.. Best betul poster di atas ni kan. Kreatif dan ganass..! Lepas tengok poster ni, terus tauke plan nak buat review pasal perlawanan yang akan berlangsung malam ini.  Perlawanan yang akan menentukan sama ada pasukan Malaysia dapat meneruskan perjuangan ke Pusingan ke 3 piala dunia. 

Skuad Harimau Malaya seperti semua sedia maklum telah ketinggalan secara agreaget 5-3 setelah tewas di Singapura tempoh hari. Namun ini tidak bermakna kita tidak hebat atau mampu menang tempoh hari. Pasukan yang kuat tidak semestinya dijamin kemenanngannya. Sebagai contoh Manchester United yang menjadi juara Liga Inggeris musim lalu. Ada jer dia kalah dengan Liverpool dan beberapa pasukan liga Inggeris yang lain tapi tetap dianggap pasukan yang kuat. Apa yang tauke cuba sampaikan disisni, selain daripada usaha yang bersungguh-sungguh, rezeki@tuah@nasib juga memainkan peranan. "BOLA KAN BULAT", kata-kata "cliche" yang boleh dikaitkan dengan permainan bola sepak ini. Kita tak pasti bila bola itu akan berhenti bergolek. Bayangkan sekiranya bola tu tak bulat, berbentuk segiempat @ segitiga @ piramid mahupun berbentuk silinder. Mesti lebih mudah untuk bajet bila ianya akan berhenti bergolek.


Mengulas berkenaan perlawanan tempoh hari, jaringan Safee Saili pada minit pertama itu sepatutnya meningkatkan semangat pemain kita untuk meningkatkan lagi asakan. Sebaliknya pasukan Singapura yang ghairah mencari gol sehingga 4 biji gol diperolehi mereka pada separuh masa pertama. Ada yang menyalahkan pertahananlah, rumput sintetiklah, dan ada juga yang turut mengatakan pasukan Malaysia akan bermain rileks sangat bila dah mendahului jaringan, tak main sungguh-sungguh. Tetapi kesungguhan mereka sebenarnya ada pada perlawanan itu apabila kita berjaya mengurangkan defisit jurang gol kepada 2 setelah tewas 5-3. Seperti yang tauke katakan tadi, pada pandangan tauke bukan kerana tiada kesungguhan sebaliknya, "Bola itu Bulat" turut memainkan peranan.

Pada perlawanan malam ini, diharapkan dengan bantuan rumput sebenar dan tuah@bola yang bulat itu akan menyebelahi kita untuk menang besar malam ini. Kapten pasukan negara sebelum ini iaitu Safiq Rahim "confirm' dah tak boleh main sebab kena kad merah hari tu. Sayang juga sebab sepakan percumanya sering membuahkan hasil. Menurut akhbar Kosmo! posisi kapten kemungkinan besar akan digalas oleh penyerang prolifik negara iaituSafee Saili. Aidil Zafuan juga akan bermain malan ni, jadi jaringan "free kick" dia akan ditagih malam ini. Menurut Dato' Raja, pasukan negara akan memakai jersi biru pada malam ini walaupun bermain di tempat sendiri.

Tauke pada mulanya ada plan juga nak tengok kat Bukit Jalil, bukan jauh pun. Tapi lepas tengok TV1 pun ada tayang terus cancel. Nasib baik tak beratur beli tiket pun. Orang beratur 2-3 jam pun tak dapat tiket kerana tiket habis. Yang mengambil kesempatan pun ada. Dah tahu tiket habis dijual, beberapa ulat tiket jual tiket perlawanan malam ini di internet dengan harga yang boleh terbeliak biji mata. Tiket yang sepatutnya berharga RM30 dijual dengan harga RM300. Gila mahal... Dengan tak rasa bersalahnya ulat tiket tersebut turut menyatakan relevennya harga tiket tersebut dijual dengan harga begitu adalah kerana usaha dia yang telah telah beratur panjang dan sanagat lama hingga berpeluh darah..(takde darah, tauke lebih2..). Tapi Tauke pelik, kenapa peluh yang menitis itu tidak dipedulikannya untuk menunjukkan semangat patriotik kepada negara. Jual banyak pulak tu, bukan sekeping. Nampak sangat nak meraih keuntungan.

Apa pun semoga pasukan negara menang besar malam ini dan seterusnya layak ke pusingan ke 3 piala dunia. Jangan buat simple mistake. Kalau boleh orang Islam yang tengok kat stadium tu jangan tinggal solat Maghrib. Keputusan malam ini sebenarnya ditentukan oleh-Nya.

2 Responses so far.

  1. ramai cakap defend lemah. tah la. den pon tak taw. bkn tengok pn. huhu. tapi malan ni nk tgk. same2 menyokong Malaysia! WEEHOO. bagi semangat dekat mereka.

  2. Unknown says:

    Belajarlah dari kesilapan...

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -