Paling Popular

April 24, 2011


Browser yang digemari Tauke hari ini bukanlah Google Chrome seperti kebanyakkan orang guna. Tapi memang sejak mula berjinak-jinak dengan internet lagi Tauke lebih gemar menggunakan Firefox berbanding browser-browser lain.Selain sebab firefox laju, "Add Ons" atau "Plug-ins" yang ada pada firefox ni memang digemari tauke. Selain dari itu Tauke juga merupakan seorang penggemar "open-Source" system dan firefox adalah dibina berdasarkan konsep open-source.
Walaupun dah agak lama dilancar iaitu pada 22 Mac yang lalu, tapi masih belum terlambat untuk tauke menghebohkan kepada pembaca blog ini berkenaan versi terbaru Firefox iaitu Firefox 4. Sebelum ini tauke ada menulis mengenai versi beta berkenaan Firefox ini yang boleh dicuba untuk bagi komen dan sebagainya. Terdapat pelbagai fungsi terbaru dan menarik yang terdapat pada Firefox 4 ini. Antaranya:
  • Firefox 4 didakwa 3.5X ganda lebih laju berbanding versi sebelum ini
  • Fungsi "Tabs" yang boleh dimanipulasikan dengan mudah mengikut kehendak pengguna


  •  Antaramuka atau "interface" yang memudahkan, lebih cantik dan lebih menarik
  • Peningkatan keselamatan
  • Dan macam-macam lagi..lihat sini

Komen Tauke:
Memang ada rasa sedikit laju berbanding versi sebelum ini. Interface dia memang menarik dan memudahkan. tauke sangat menyarankan kepada pengguna Netbook untuk menggunakan browser ini kerana segala icon dan menu diletakkan pada satu menu kecil. Ini menghasilkan paparan internet lebih luas berbanding sebelum ini browser kita menjadi kecil disebabkan menu atau icon-icon seperti butang, booksmark dan sebagainya. Namun macam biasa, disebabkan Firefox ini baru dilancarkan, masih ada plug-ins yang belum diupdateuntuk menyokong versi terbaru ini. Tapi jangan risau, tauke yakin bila keluar versi update terbaru "confirm" dah tak ada masalah dah...-Tauke_bengkel

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -