Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Video BPCP. Papar semua catatan

Lingkaran Landasan Keretapi Model Terpanjang dan Terperinci di Dunia

MAJALAH BPCP[Video]


Sekiranya anda berpeluang ke Hamburg German, jangan lupa untuk singgah di  Miniatur Wunderland Hamburg yang menempatkan model permainan yang terbesar dan terperinci di dunia. Saiz layout model tersebut adalah 1300m panjang dan 1300m lebar. Bayangkan, korang kena jalan1.3 km untuk melihat kesemua model permainan ini.

Yang paling mengkagumkan ialah butiran yang terdapat pada model permainan ini. memang seumpama dunia nyata. Kalau lingkaran keretapi mainan tu tauke yakin memang semua dah biasa tengok, tapi bagaimana dengan lapangan terbang yang sungguh sibuk dengan kapal terbang permainan mendarat dan terbang seakan-akan betul? Setelah kapal terbang tu mendarat ia akan ke tempat parking yang ditetapkan, kemudian trak yang membawa tangga akan ke tempatnya untuk membolehkan penumpangnya tutun. Tapi penumpangnya tak adalah..! Memang macam betullah. Tonton video di bawah untuk melihat model permainan tersebut.

Antara butiran menakjubkan dan menarik pada model ini:
  • Penyelam kena kejar jerung.
  • Orang ramai tunjuk perasaan.
  • Perlawanan bola sepak berlangsung di stadium.
  • Kamera "Speed Trap" yang mengesan kelajuan kenderaan
  • Kapal cruise yang berlayar mengikut destinasi yang ditetapkan komputer
Macam-maca lagilah. Nak tahu lebih lanjut boleh lihat di website rasminya: http://www.miniatur-wunderland.com/

Jom Naik Kapal Terbang Bajet

MAJALAH BPCP [Video]

Hari ini. syarikat penerbangan tambang murah dilihat mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Dengan harga yang berpatutan, bukan hanya yang kaya raya sahaja yang dapat menikmati pengalaman menaiki kapal terbang. Namun sudah tentulah sekiranya harga tiket penerbangan yang murah ianya setara dengan perkhidmatan yang diterima. Sebagai contoh tengok video di bawah ni.

Baju Besi Ironman Akan Menjadi Realiti

MAJALAH BPCP [Video]

Sebuah syarikat di Amerika Syarikat iaitu Raytheon telah menghasilkan sebuah suit yang dipanggil "Exoskeleton" atau "XOS2 robotic suit"yang membolehkan manusia mengangkat beban sehingga 90 kilo dengan mudah. Dengan terhasilnya suit ini tak mustahil suatu hari nanti. Tengok video dibawah untuk melihat kehebatan Exoskeleton ini.

Siapa Cakap Floppy Drive dah Ketinggalan Zaman?

MAJALAH BPCP [Video]

Siapa cakap Floppy drive dah ketinggalan zaman? Tengok video ni.

Dahsyat-dahsyat. Boleh buat lagu Star Wars lagi. Menjadi lak tu. Tapi kan cuba try tanyer adik-adik kita yang sekolah rendah tu. Diaorang tau tak apa benda ni?

Bina Sendiri Komputer Bajet Anda

Pelajari sendiri bagaimana untuk memasang komputer desktop dangan bajet dibawah USD500, kalau covert duit kita dalam RM 1,500. Komputer ni boleh dikatakan murah sekiranya dikategorikan sebagai komputer ntuk "Gaming". Tapi kalau setakat nak guna main internet, buat kerja sekolah, tengok video, dengar lagu boleh buang grafik kad tu. Jimat lagi RM 100.


Spesifikasi komputer desktop yang dipasang adalah seperti berikut:
  • Processor - AMD Athlon Dual Core 2.9Ghz - USD60 (RM180)
  • Memori - 4 GB Kingston DDR3 SD RAM - USD66 (RM200)
  • Kad Grafik - Sapphire Radeon HD4650 512MB - USD34 (RM103)
  • Motherboard - Asrock AM3 AMD770 ATX - USD60 (RM180)
  • Pemacu Optik - Lite-ON DVD-CD Burner - USD17 (RM51)
  • Pemacu Keras - Samsung 7200RPM 500GB SATA - USD55 (RM166)
  • Power Supply - Antec 380watt - USD45 (RM136)
  • Casing - Gigabyte ATX MId Tower - USD17 (RM51)
  • OS - Window 7 Home Premium 64Bit - USD100 (RM 302)
Jumlah keseluruhan ialah RM 1,450. Harga ini adalah mengikut harga market di Amerika Syarikat. Tapi kalau mengikut pengetahuan tauke, harga kat market Malaysia boleh dapat lagi murah. Tapi, video ini tidak mengambil kira harga monitor, keyboard, mouse dan speaker yang mana tauke rasa tidak kurang pentingnya kalau nak guna komputer ni. Tapi kalau dalam bajet RM1,500 ni, Insyaallah boleh dapat. Pandai-pandai ar "nego" dan "survey" habis-habisan kat Lowyat Plaza, KL tu. Pun begitu kita boleh jimat lagi sekiranya guna OS yang free macam Ubuntu11.04, Tak payah beli Window7 Home tu, RM 300.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -