Paling Popular

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan ubuntu/. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Ubuntu 11.10 Beta 2 Test Run - Mantop!

UBUNTU/OS BAJET


Walaupun hanya tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum versi 11.10 dilancarkan, disebabkan dah tak tahan, tauke download beta 2 version dan test run guna Live USB.

Persepsi mula-mula sebelum klik apa-apa:
-> Lebih kurang macam 11.04 jer..

Lepas explore klik sana sini:
-> Warghh...!! Mantop...!!

Memang dari segi interfacenya memang tak banyak kelainan. Tetapi pada versi 11.10 ni memang banyak penambahbaikan yang dilakukan. Boleh nampak dari segi kelajuannya, lebih user friendly, rasa macam stabil sikit dan macam-macamlah. Kalau korang nak tahu kena try test sendiri.

Ni preview video Ubuntu 11.10 yang baru tauke tengok tadi:
Ini baru versi beta 2, belum final lagi. Tauke yakin versi final nanti mesti lagi best. Wallpaper dalam versi ni sama jer macam versi 11.04, versi final nanti kot baru dorang letak.

Kalau korang kemaruk jugak nak try versi Ubuntu 11.10 Beta 2 ni boleh pergi link ini: Review&Download Ubuntu 11.10 Beta 2

Gambar-gambar Untuk Penyertaan "Wallpaper Default Ubuntu 13.10"


UBUNTU


Begitu cun sekali penyertaan-penyertaan dari "phothographer" atau "designer" untuk menjadikan gambar mereka sebagai wallpaper default Ubuntu 13.10. Anda boleh lihat sendiri di laman Flickr disini. Penyertaan dah pun ditutup. Gambar yang dihantar memang sesuai untuk dijadikan wallpaper bukan sahaja di OS linux malah Windows ataupun Mac OS.

Tetapi gambar yang dihantar kebanyakkannya adalah gambar yang ditangkap dari kamera-kamera canggih seperti DSLR. Tak banyak gambar direkacipta sendiri menggunakan perisian komputer. Gambar yang dihantar juga kebanyakkannya gamabar alam semulajadi atau cicak rasmi untuk versi Ubuntu 13.04 iaitu "Saucy Salamander". Tauke sendiri sering "edit" gambar-gambar dari wallpaper Ubuntu untuk dijadikan latar belakang banner dan sebagainya. 

Apapun gambar-gambar ni memang cun. Muat turun di link ini: www.flickr.com/groups/2234951@N20/pool/
Tag : , ,

Majalah Full Circle Edisi 52 Dah Keluar

OS BAJET/UBUNTU


Majalah Percuma yang memberikan info berkenaan Ubuntu iaitu Majalah Full Circle telah mengeluarkan edisi terbaru iaitu edisi #52 dan boleh dimuat turun disini.

Menarik Dalam Edisi #52:
* Command and Conquer.
* How-To : Program in Python - Part 26, LibreOffice - Part 7, Ubuntu Development - Part 4, GRAMPS - Part 1, and Ubuntu For Business & Education.
* Linux Lab - ZoneMinder CCTV - Part 1.
* Review - Chrombook.
* I Think - Would you like to see an audio editing series with Audacity?
plus: Ubuntu Games, My Story, and much much more!

Dapatkanya sementara masih panas!
http://fullcirclemagazine.org/issue-52

Latest Update - Berjaya Install Ati Driver di Ubuntu

DARI BENGKEL TAUKE

Akhirnya berjaya juga install ATI driver yang stabil untuk Ubuntu...
Sebenarnya Ubuntu dah ada dah driver untuk sokong kad grafik ATI ni. Tapi yang open source punya, dipanggil flglx driver. Tapi kebanyakkan kad grafik ati yang terkini tidak berfungsi dengan baik. Namun Ubuntu turut menyediakan fungsi untuk memuat turun driver dari pengeluar ATI ni namun tauke dah cuba, crash pulak grafik tauke.

Akhirnya baru-baru ini tauke cuba buat sedikit kajian di internet. Tauke cyba install secara manual driver ATI tauke dari website ATI. Akhirnya berjaya...

Lepas ni tauke nak try install fire effect di Ubuntu. Mesti mengancamlah..

Ubuntu 11.10 (Oneiric Ocelot) - 59 Hari Lagi.

OS BAJET/UBUNTU

Hanya tinggal 59 hari sahaja lagi untuk Ubuntu 11.10 atau nama kodnya Oneiric Ocelot akan dilancarkan. Tak sabar untuk tauke mencubanya. Kepada peminat Ubuntu, di blog ini tauke letakkan banner 'countdown' yang memaparkan jumlah hari yang tinggal sebelum Ubuntu 11.10 ini dilancarkan. Korang boleh tengok banner tersebut di sebelah kanan, di bawah Nuffnang ads blog tu
Tag : , ,

Latest Ubuntu Free Zine- Full Circle Edisi #53

UBUNTU/OS BAJET


Edisi ni sebenarnya bukannya baru keluar, tapi tauke yang sebenarnya baru nak inform kat semua. Ini adalah diakibatkan oleh penyakit malas update blog datang kembali. Busy sikit buat perkara lain.

Menarik Dalam Edisi #53:
* Command and Conquer.
* How-To : Program in Python – Part 27, LibreOffice – Part 8, Backup Strategy – Part 1, GRAMPS – Part 2, and Ubuntu For Business & Education – Part 2.
* Linux Lab – ZoneMinder CCTV – Part 2.
* Review – Linux Mint 11.
* I Think – With the rise of internet email, do we still need an email client installed by default?
plus: Ubuntu Games, My Story, and much much more!

Get it while it’s hot!
http://fullcirclemagazine.org/issue-53/

Majalah Full Circle Edisi 51

OS BAJET/UBUNTU

Majalah Percuma Ubuntu edisi 51 kini boleh dimuat turun di laman rasmi Full Circle.


Antara yang menarik dalam edisi bulan ini:
* Command and Conquer.
* How-To : Program in Python – Part 25, LibreOffice – Part 6, Ubuntu Development – Part 3, and Using KDE (4.6) Part 2.
* Linux Lab – Creating Your Own Repository.
* Review – GRAMPS.
* Top 5 – VOIP Clients.
* I Think – What Distro(s) Do You Use?
plus: Ubuntu Games, My Story, and much much more!

Dapatkannya sementara masih panas!
http://fullcirclemagazine.org/issue-51/

Kenapa Ubuntu 11.10 Hebat Sangat [Video]

MAJALAH BPCP [Video]

Versi terbaru Ubuntu iaitu 11.10 telah dilancarkan Oktober lalu. Kenapa Ubuntu 11.10 ni best sangat? Korang boleh tengok video di bawah.

Ubuntu dengan rasminya menjadi OS rasmi yang mengkuasakan blog Budget PCpart.
Hidup Open Source!

Asus NVIDIA GT520 - Grafik Kad Bajet Yang Low Profile Tapi Sempoi

GAJET BAJET


Baru-baru ini tauke ada membaiki sebuah Desktop PC kawan tauke. Yang rosaknya adalah kad grafik. Jadi tauke mencadangkan padanya Asus NVIDIA GT520. Kad grafik kategori low-end@bajet tapi sempoi.

Sejak menggunakan Ubuntu tauke telah serik untuk menggunakan kad grafik yang berteraskan ATI Radeon. Belum ada driver stabil untuk model ATI Radeon dalam platform Ubuntu. Banyak fungsi menarik Ubuntu seperti 3D cube, fire effect, water effect dan lain-lain tidak berfungsi jika anda menggunakan kad grafik ATI. Tapi NVIDIA sebaliknya, tiada masalah.



Kad Grafik Asus NVIDIA GT520 merupakan gabungan antara kualiti grafik dan baik dan profil yang sederhana. Dengan heat-sink tanpa kipas, kad ini adalah sangat senyap dan heat-sinknya meliputi hampir keseluruhan peranti pada kad tersebut mengelakkannya dari kepanasan melampau dan sekaligus mengekalkan prestasinya.  

Port DVI, HDMI dan Dual DVI

Didatangkan dengan memori DDR3 bersaiz 1Gb menjadikannya begitu lancar dan efisyen. Dengan port HDMI yang terdapat padanya ia boleh menokong Full HD 1080p dan port Dual Link DVI sesuai dengan kebanyakkan display terkini dengan resolisi sehingga 2560x1600. Kad ini sesuai untuk Gaming, serta mempercepatkan proses edit video atau gambar.

Kad ini tauke beli dengan harga RM190.
Tag : , , ,

Tonton TV Internet di Ubuntu @ TV-Maxe

UBUNTU 


Cuba teka channel apa yang ditayangkan dalam gambar di atas? HBO beb..! Free jer tauke layan. (Tapi bil internet tak free la..)

Di ubuntu, selain menggunakan "Gsopcast" yang menyerupai "Sopcast" di Windows korang boleh menonton TV Internet menggunakan perisian yang lebih canggih iaitu "TV-Maxe".

Seperti Sopcast, TV-Maxe juga adalah berkonsepkan P2P atau hubungan secara perkongsian data. Jadi lebih ramai yang menonton di TV-Maxe, maka lebih lancarlah channel yang ditayangkan. Ada lebih 50 channel yang boleh dipilih untuk tontonan anda.Berbanding sopcast, Tv-maxe mempunyai interface yang ebih menarik dengan channelnya mempunyai logo masing-masing dan mudah digunakan.



TV-maxe hanya dikhususkan untuk pengguna platform Linux. Anda boleh memuat turun perisian ini di laman http://code.google.com/p/tv-maxe/ atau install di terminal (ctrl+alt+t) menggunakan code berikut:
sudo add-apt-repository ppa:venerix/blug
sudo apt-get update
sudo apt-get install tv-maxe 
Untuk maklumat lanjut boleh tengok sendiri di laman Tv-Maxe ni disini -> TV-Maxe

Beatbox - Pemain Muzik yang ringan lagi canggih

Kepada pengguna Ubuntu atau OS Linux yang lain anda harus mencuba pemain muzik yang sangat ringan dan pantas iaitu Beatbox. Dibandingkan dengan perisian pemain muzik lain yang tauke gunakan di komputer tauke, tauke rasa Beatbox adalah yang paling pantas dari segi kepantasan membuknya hinggalah kepantasan memproses "Playlist"nya. Antaramukanya juga sangat kemas dan ringkas,serta mempunyai fungsi-fungsi penting yang diperlukan oleh sebuah perisian pemain muzik.

Antara funsi-fungsi best yang terdapat pada Beatbox:
  • Library Management, termasuk auto-importing to ~/Music folder
  • Boleh juga memainkan video
  • Playlist yang smart
  • Disertakan dengan pemain Live Internet Radio, "Last.fm"
  • Ubuntu Sound Menu support
  • Equalizer
  • Shuffle, repeat, dan queue options
  • Album Art dan gambar Artist yang dicari secara automatik
Dapatkan Beatnox untuk Ubuntu anda disini:-
  • https://launchpad.net/~elementaryart/+archive/elementarydesktop/+packages 

  • Tag : ,

    BPCP Kini Unifi-ed!

    DARI BENGKEL TAUKE
    Akhirnya.. Kini segala post yang diasilkan di Budget PCpart adalah dikuasakan oleh Unifi..! Hehe.. Bukan dorang sponsor pun, cuma tauke baru je rembat Unifi ni.. Memang laju la Unifi ni. Tauke ambil pakej VIP 5. Ni hasil test speed di Speedtest.net:
    Ok la kalau download tu dapat 4.72mbps. Ikut kata orang TM kelajuan tu bergantung dengan jarak tiang fibre optik tu dengan rumah. Tapi tauke hanya mengambil masa kurang 10 minit jer untuk muat turun movie bersaiz 700mb berbanding sebelum ni 1 jam lebih kalau broadband 3G tauke tak kena troutle lagi. Memas puas hati la.

    Router Modem yang TM berikan tu pun best jugak. Ada banyak port untuk LAN dan ada wireless lagi. Jenama D-link yang memang terkenal dengan perkakasan "Networking". Dulu tauke pasang Streamyx memang cap ayam jer Modemnya. Sekejap je pakai problem. Kena kilat terus out.

    Kalau korang nak tahu, VIP tu adalah singkatan untuk Video+Internet+Phone. Jadi selain internet, tauke juga boleh tengok TV kabel melaui Set Top Box dan boleh buat panggilan telefon melaui Dect Phone yang disertakan. Ni gambar Set Top Box dengan Dect Phone tu:


    TV kabel dari TM yang dikenali" HyppTV" ada semua channel TV1 sampai TV9 dan macam-macam channel tambahan yang lain. Buat masa ni promosi dari TM, TV tambahan tu adalah percuma sehingga 1 bulan. Lepas tu kena bayar mengikut pakej kalau nak tengok lagi. Antara fungsi yang best Hypp Tv ni ialah ianya tiada masalah walaupun hujan atau awan mendung sekalipun. Tak macam Astrxx tu la. Hujan je putus. Selain tu sekiranya anda mempunyai TV yang menyokong HDMI technology boleh sambung Set Top Box tu dengan HDMI kabel yang diberi percuma. Gambar memang cantik samapai nampak jerawatlah.

    Selaku Die Heart Fan Ubuntu, tauke akan ceritakan kelebihan menggunakan Ubuntu ni dengan sokongan Unifi baru tauke tu dalam post yang akan datang.

    Ubuntu 11.10 - Hanya Satu Hari Sahaja Lagi!

    UBUNTU/OS BAJET

    Hanya tinggal satu hari sahaja lagi atau lebih tepanya 1 Hari, 14 Jam, 51 minit, 32 saat (pada masa post ini ditulis). Korang boleh tengok live countdown macam dalam gambar diatas tu disini: http://www.thisisthecountdown.com/

    Furgh.. tak sabar rasanya.. Dah tau dah bukan drastik sangat perubahan pada versi terbaru ini, tapi versi 11.04 sekarang ni pun dah best dah bagi tauke. Dalam versi 11.04 macam2 bugs team developer ni fixkan dan dikatakan lebih laju. Macam mana yer? apa pun tunggu esok.

    P.S. : Mintak2 kapasiti server dia besar supaya tak lambat sangat upgrade. Kalau kat malaysia ni tauke download dari server UPM.

    Ulangtahun Ke 20 Linux Hari Ini

    OS BAJET

    Hari ini Linux menyambut ulang tahun ke 20 kewujudannya. Diasaskan oleh Linus Torvalds yang mencipta Linux ini bermula dari sekadar hobi atau suka-suka tetapi kini Linux telah memberikan pelbagai impak yang besar dalam dunia perkomputeran terutamanya internet.

    Semperna ulang tahun mereka Linux Foundation telah mengeluarkan poster infografik berikut yang menunjukkan sejauh mana Linux telah berkembang. (Bahasa Inggeris, tak faham tanya je tauke kat komen)


    Tauke tak ada hand phone Android tapi desktop PC tauke ada Ubuntu, yang juga merupakan OS Linux. Tak sabar rasanya nak cuba Ubuntu 11.04. 49 Hari lagi.
    Tag : , ,

    Notebook Bajet - Inspiron 14 N4050 Terbaru Dari Dell

    NOTEBOOK BAJET
    * Panduan untuk memilih notebook
    dengan budget RM1,800 ke bawah.


    Harga: RM 1549*
    *Tauke survey di Lowyat Plaza
     


    Spesifikasi:
    • Processor Intel Dual Core i3 2.1Ghz
    • Memori 2GB DDR3 SDRAM
    • Pemacu Keras 500GB Serial ATA ( 5400rpm )
    • Video Grafik Intel® HD
    • Pemacu Optik Tray-load DVD+/-RW
    • Skrin 14.0" HD WLED True-Life ( 1366 x 768 )
    • 1.3MP Integrated Webcam with built-in analogue microphone
    • Combo Dell Wireless Card 802.11b/g/n, BT3.0+HS
    • 3 port USB 2.0, port HDMI dan VGA, dan port Ethernet / RJ45
    Disarankan untuk:
    • Simple Game, Office, Internet, Video, Audio

    Review Tauke:
    Dell telah melancarkan model yang dikategorikan sebagai notebook Low-End/Bajet/Murah iaitu Inspiron 14" N4050. Jadi berbaloikah anda membeli notebook ini dengan harga yang murah dan mampu milik iaitu RM 1,549? Baca review tauke.

    Model ini sebenarnya didatangkan dengan tiga siri processor iaitu Intel dual core 2.0Ghz (RM1,349), Intel i3 2.1Ghz (RM1,549) dan Intel i5 2.3Ghz(RM1,899). Tetapi memilih serta mencadangkan siri Intel i3 2.1Ghz kepada anda. Kalau murah sangat pasti banyak kekurangan dan tauke tidak review model i5 tu sebab dah lebih dari target harga budget yang tauke set kat review ini (RM1,800 ke bawah).

    Dengan processor generasi keduannya iaitu Intel® Core i, notebook ini sesuai dan kelajuannya sangat memadai untuk kegunaan asas untuk sesebuah notebook seperti membuat tugasan pejabat/universiti/sekolah, melayari internet, menonton video atau mendengar lagu kesukaan. Antara kelebihan notebook ini, ia mempunyai "shortcut" untuk memainkan lagu atau video serta melihat gambar. Dari segi stail dan designnya, tauke tertarik dengan designnya yang kemas dan menarik. Notebook ini didatangkan dengan dua warna iaitu merah epal dan hitam. Saiz LED screennya ialah 14", tidak terlalu kecil untuk tauke. Best jugak kalau nak tengok video. Perbezaan antara siri i3 dan i5 selain dari processornya ialah model i5 didatangkan dengan grafik AMD Radeon HD6470. Membolehkan korang buat perkara yang melibatkan 3D seperti game atau reka bentuk grafik. Ini untuk yang ada duit lebih boleh la beli. Berat keseluruhan model ini ialah 2.2kg. Agak ringan juga. Baterinya adalah bateri standard 6 sel Jadi boleh bertahan dengan kapsiti penuh selama 3-4 jam.

    Daripada kebanyakan notebook yang pernah Tauke beli atau tolong belikan untuk kawan, model Dell adalah yang paling tauke percaya dari segi kualiti atau ketahanannya. Selain daripada itu jaminan warrantynya iaitu "on site warranty" adalah sangat menarik. Sekiranya notebook atau product Dell anda rosak wakil dari syarikat Dell boleh ke rumah anda untu membaikinya tanpa sebarang bayaran selagi dalam warranty tersebut. Notebook ini didatangkan dengan 1 tahun "on site warranty". Mengikut pengalaman tauke, harga notebook dari Dell sekiranya dibeli secara online adalah sedikit mahal dan aksesori lain seperti beg dan mouse dikenakan bayaran berasingan. Tetapi, sekiranya pergi terus ke pusat jualannya seperti di Low Yat Plaza atau Mid Valley aksesori ini diberikan percuma. Jadi tauke nasihatkan beli terus di situ.

    * Harga yang dipaparkan adalah merujuk kepada tinjauan yang dijalankan tauke di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur. Tauke sarankan untuk menggunakan OS percuma seperti Ubuntu untuk mendapatkan harga tersebut.

    Kawal Komputer di Rumah Dari Kedai Makan

    PERISIAN BAJET

    Sekiranya anda nak kawal komputer anda yang berada di rumah tapi anda berada di Mac D, kedai mamak, atau di mana sahaja yang ada hubungan internet, anda boleh lakukannya dengan menggunakan perisian TeamViewer. Boleh muat turun disini.

    Secara lebih jelasnya menggunakan Team Viewer ini adalah seperti "Remote Desktop"lah. Yang menariknya Team Viewer ini ialah anda boleh menggunakannya tak kira Platform apa. Windows ke windows boleh, windows ke Ubuntu pun boleh, atau sebaliknyalah. Nak menggunakannya juga sangatlah mudah. Perisian ini akan generate ID dan password secara automatik. Jadi untuk Remote Desktop komputer, kita perlu tahu ID dan password komputer yang kita hendak kawal. Masukkan ID tersebut dan Password terus boleh kawal. Nak faham dan tahu lebih lanjut tengok video di bawah atau ke laman rasminya -> Team Viewer.

    Laman Utama Linux Kena Hack

    MAJALAH BPCP

     
    Laman utama Linux iaitu Linux.com dan join venturenya iaitu Linux Faundation telah ditutup untuk sementara waktu kerana telah diceroboh. Korang boleh tengok sendiri release note yang dikeluarkan oleh laman web tersebut dengan melayari laman Linux.com dan Linux Faundation

    Tauke tak terkejut sangat dengan info ini kerana walaupun kita tahu OS daripada adalah 100% bebas virus namun dari segi keselamatan ia mempunyai banyak kelonggaran. Maklumlah Linux berpegang kepada konsep sumber terbuka, jadi semua benda kenalah terbuka kan? Kumpulan Hackers antarabangsa yang mengejutkan dunia baru-baru ini iaitu Gaysec juga dikatakan menggunakan OS daripada Linux iaitu Ubuntu untuk melakukan aktiviti pencerobohan tanpa sempadan mereka.

    Dari Bengkel Tauke - Membaiki Komputer Rosak? DIY

    DARI BENGKEL TAUKE

    Semalam tauke baiki komputer member. dalam post ini tauke tunjukkan bagaimana untuk membaiki komputer DIY. Tak perlu hantar kedai kalau dah boleh repair sendiri. Korang rasa kenapa komputer ni kat display dia keluar macam dalam gambar di atas? Hipotesis awal tauke, selalunya masalah ini berlaku sama ada berpunca dari Graphic Card atau mainboard yang bermasalah. Tapi menurut kawan tauke, dia kata hard disk dia rosak. Sebab masuk windows boleh tapi akan "Freeze@Hang". Ok, takpe jom tengok macam mana tauke check komputer ni.

    Disebabkan tauke merasakan kerosakan ini berpunca dari video accelaratonya ataupun graphic cardnya jadi tauke buka casing dan tauke tanggal grapic card komputer ini. Kemudian tauke sambung cabel monitor pada VGA asal yang terdapat pada mainboard komputer ini.
    Disebabkan, kemungkinan komputer ini telah diset untuk display utamanya adalah graphic card tadi jadi tauke mengambil langkah selamat dengan reset jumper mainboard supaya display yang akan didetect nanti adalah VGA asal mainboard. "ON" balik komputer  dan hasilnya seperti berikut.

    Masalah selesai!!.. Jadi betullah disebabkan oleh graphic card tadi. Tak sampai 15 minit tauke repair komputer ni. Senang tak. Ni gambar graphic card yang bermasalah tadi untuk tatapan korang.
    nVIDIA GF8500GT
    Namun VGA asal komputer ini adalah standard Intel Graphic biasa. Jadi tak boleh la kawan tauke nak main game ynag tinggi grafiknya. Jadi tauke sarankan padanya untuk beli yang baru jika nak main game-game macam tu. Tapi kalau takat nak main Angry Bird sepatunya tiada masalah.
    Disebabkan kawan tauke tu cakap hard disk dia dikhuatiri rosak, tauke check juga hard disk dia. Macam mana tauke check? Nanti tauke tunjuk dalam post lepas ini Bagaimana untuk check Hard Disk anda dengan Ubuntu 11.04. 

    Review PC Budget Terkini

    PC BUDGET
    * Panduan untuk memilih komputer desktop
    dengan budget RM1,600 ke bawah.


    Anggaran Harga: RM 1563
     


    Spesifikasi:

    • Intel Dual Core i3 3.06Ghz - RM 320
    • ASUS P8H61-M LE Mainboard - RM 250
    • Kingston 4GB 1333Mhz DDR3 System Memory - RM 85
    • 500GB SATA6.0 System Harddisk - RM 110
    • 22X DVDRW / CDRW DRIVE - RM 65
    • Graphic Card ASUS ATI Radeon EAH5450 1GB D3 - RM 175
    • Cooler Master Elite 342 / 343 M-ATX Casing - RM 109
    • 350Watts ACBEL Power Supply Unit - RM 125
    • ASUS 18.5”VH192D LCD Monitor - RM 280
    • Keyboard NEWTOUCH K120 USB - RM 25
    • Mouse M100 USB Optical - RM19
    Disarankan untuk:
    • Simple Game, Internet, Video, Audio
    • 3D Game, Rekacipta Grafik

    Review Tauke:
    Processor Intel i3 dengan frekuensi 3.06Ghz hari ini sudah memadai untuk sebuah desktop budget yang laju dan sesuai untuk melakukan pelbagai tugasan dengan komputer anda. Mainboard ASUS P8H61-M LE yang lengkap dengan 6 port USB2.0, 4 port SATA 3, DVI dan VGA output untuk Intel Graphic, PCI-e 16X dan 1X untuk kad grafik korang. Namun memori slot dia hanya 2 sahaja. Jadi lepas ni nak upgrade RAM boleh sampai 8GB sahaja. Memori 4GB oleh Kingston, Pemacu keras dengan saiz 500GB oleh Western Digital sangat diyakini tauke kemampuan dan ketahanannya. Casing Cooler Master yang standard yang dimuatkan Power Supply ACBEL 350Watt dilihat sesuai untuk menepati budget anda. Ada lagi power supply standard yang lagi murah dalam RM 50 tetapi sangat tidak digalakkan, komputer anda mungkin kekurangan kuasa apabila anda tambah peranti optik atau pemacu keras kelak. Pernah terjadi pada tauke. Komputer sering tak boleh boot. Tauke, tukar power supply yang mahal sikit baru OK. Kad grafik ASUS EAH5450 dengan main processornya 650MHz ATI Radeon HD 5450 yang disertakan dengan memori DDR3 1GB cukup untuk anda bermain permainan 3D terkini atau membuat design dengan kelajuan yang seimbang. Monitor ASUS dengan saiz 18.5 inchi cukup untuk membolehkan anda mendapat output dari PC anda walaupun ia bukan saiz yang terbesar dalam keluarannya.
    Kesimpulannya, anda tidak akan merasa menyesal dan berpuas hati dengan komputer desktop ini dengan budget RM1563 anda. Jika ada duit lebih lepas ini, bolehlah upgrade processor anda sehingga ke i7.

    * Untuk penjimatan dan menepati budget anda, tauke galakkan untuk memasang sendiri komputer desktop anda dan gunakanlah OS Ubuntu.
    Tag : ,

    Navigasi Pantas

    - Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -