Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Wayang BPCP. Papar semua catatan

"Source Code" - Orang Mati Tolong Orang Hidup

WAYANG BPCP
*Awas!,Mungkin Spoiler.
Daripada tajuk dia (Souce Code) ingatkan cerita pasal hackers atau seangkatan dengannya. Tapi cerita pasal orang mati tolong orang hidup. Tapi, walaupun bukan pasal hackers atau seangkatannya, filem ini tetap best. Filem "Source Code" ini ala-ala macam cerita Deja Vu kalau korang pernah tengok (Yang Denzel Washington dengan Hally Berry berlakon tu). Baru siap download semalam dan disebabkan filem ini baru ditayangkan belum ada subtitle yang match. Terpaksalah tauke kuatkan speaker nak tangkap dialong cerita ni.
 "Source Code" mengisahkan Colter Stevens, seorang juruterbang tentera Amerika Syarikat yang keliru kerana secara tiba-tiba dia berada di dalam sebuah keretapi walaupun seingat dia kali terakhir dia sedang memandu helikopter di Afghanistan. Umpama  dalam mimpilah. Yang lebih peliknya, lepas dia tengok di cermin, dia menyedari identitinya kini telah bertukar menjadi orang lain. 8 minit kemudian, keretapi yang dinaikinya tiba-tiba meletup Stevens tiba-tiba berada dalam sebuah bilik besi. Dia kemudian bertemu dengan seorang tentera wanita bernama Goodwin melalui sebuah skrin monitor di dalam bilik itu yang mengarahkannya untuk kembali ke keretapai tadi dan mencari dalang yang meletupkan keretapi tersebut.
Walaupun keliru Stevens menurut arahan kerana dia merupakan seorang tentera yang patuh tetapi masih gagal mencari dalang tersebut kerana dia mesti mencarinya dalam masa 8 minit. Lepas itu keretapi itu akan meletup.Walaupun gagal, Stevens dihantar berulang kali sehinggalah dia merasa tertekan dan meminta penjelasan kepada Goodwin tentang semua yang berlaku. Bagaimana dia boleh berada dalam keretapi itu dan diulang-ulang pula berkali-kali, dan dimana dia sekarang. Stevens kemudian diberitahu yang dia  sebenarnya dah mati. Jeng..jeng...jeng... Oklah cukuplah sipnosis filem ini setakat itu. Nanti tak best pulak korang tengok.

Kalau korang dah tengok "Deja Vu" kemudian layan cerita ini korang tak rasa terkejut sangatlah dengan kejutan-kejutan dalam cerita ni. Tapi tetap terkejut. Plot ceritanya memang best, tapi dialog yang cakap banyak kat tengah-tengah cerita tu agak sedikit membosankan. Ttaklah lama sangat. Bila dah start aksi balik, terus rancak cerita ni.

Bintang: 4/5
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -